Terima Kasih Sembangcyber.com

Dengan Bismillah,
Beberapa hari ini saya asyik berblog walking ke merata blog, hanya ingin mencari tutorial yang sesuai yang dapat menyelesaikan kebuntuan saya akan masalah header blog saya yang hanya dapat dilihat separuh sahaja. Aduhaii..serabut juga mata saya sendiri melihatnya. Almaklumlah, saya baru sahaja bertukar template daripada template blogger biasa kepada Get smart with the Thesis Blogger Template from Forblogger.net

Ini header blog jika dilihat penuh
Setakat yang saya tahu, belum ramai yang buat tutorial tentang thesis template blogger ni. Akhirnya, saya dengan rasa segan dan penuh harap ( huhu ) menghantar komen kepada tuan tanah www.sembangcyber.com dan minta beliau sediakan dan buat satu tutorial bagaimana nak customize header.

tutorial customize header yang disediakan di www.sembangcyber.com

laman web .sembangcyber.com
Jadi, kepada sesiapa yang ingin mendapatkan pelbagai tutorial berkaitan Thesis Blogger Template ni, boleh pi website Encik Mrie RnieKalau anda ada apa-apa pertanyaan, tuliskan di ruangan komen supaya mudah beliau segera menghubungi atau like fb fanpage ( lebih cepat ) untuk beliau reply komen kita. Hantar pertanyaan diemail beliau boleh juga, tapi lambat sikit arr..hehe..( saya pulak yang lebih2..hihi)

Akhir kata : Selamat maju jaya kepada Encik Mrie Rnie dalam dunia blogging :)-

Meski ianya hanya sebesar biji sawi
Ia tetap Allah perhati
Biar ia hanya setaman budi
Ia tetap membahagiakan hati

Pulau Pandan Jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Hancur badan dikandung tanah
Budi yang baik di kenang jua...



Post a Comment

4 Comments

  1. blog saya juga menggunakan template yg sama. mmg best

    ReplyDelete
  2. sebelum ni saya memang perasan blog ciklaili berubah wajah, bila saya bertukar ke template yang sama, memang rasa lebih mudah dan bersemangat menulis blog..hhaa..:)-

    ReplyDelete
  3. ehh,template ni macam template ciklaili..memangb mesra SEO...

    ReplyDelete
  4. ye Eyriqazz, template yang sama cuma berbeza rangking PR nye..hhuhu..

    ReplyDelete

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!