Debaran Contest SEO :10 Blogger Terbaik Malaysia

Dengan Bismillah,
Saya sebenarnya sudah berasa dan terasa debaran ini. Debaran menanti keputusan siapakah pemenang Contest SEO anjuran ohcikgu.com.Seawal menyertai contest SEO ini saya sudah tersalah sangka dan tafsir. Kesilapan saya kerana tidak membaca sepenuhnya syarat penyertaan atau tatacara pertandingan ini. 


Saya benar-benar terlepas pandang frasa ini :

4.  Artikel para pemenang akan disemak di Google.com. Bukan  
      Google.com.my.Penyertaan dari luar Malaysia juga diterima.

Huhai..jika semakan dibuat di Google.com, alamatnya entri saya yang ini, pasti bersaing dengan kebanyakan artikel Berbahasa Inggeris. Cabaran seperti ini memang agak mendebarkan. Walau apapun, debaran itu sudah sepatutnya saya lupakan. Hanya tinggal sehari sahaja, contest SEO 10 Blogger Terbaik Malaysia akan berakhir.

Setakat waktu saya menulis entri ini, berikut merupakan senarai peserta yang bertanding menyertai contest SEO Blogger Terbaik Malaysia. Senarai ini mungkin menjadi senarai muktamad, jika penganjur ohcikgu.com tidak mendapat sebarang penyertaan atau beliau sendiri tidak membuat sebarang update.

Mari kita lihat, siapakah gerangan mereka yang sama-sama menyahut cabaran contest SEO 10 Blogger Terbaik Malaysia. 


Anda boleh menyemak entri ini di engine carian google.com untuk menyemak kedudukan entri ini dalam senarai kedudukan manakah entri ini berada. Sama ada di halaman utama engine carian atau kedua dan ketiga atau anda tak jumpa. huhu.

Sambil itu, kita juga ( jika anda seorang blogger) boleh melayari laman sesawang mereka untuk meneliti dan memerhati strategi SEO yang mereka lakukan dalam contest SEO ini dan sekaligus mendapat review blog manakah yang hangat di pasaran sekarang.haha.Ini antara strategi blogwakling yang mudah dan memudahkan. Cubalah.

Dan, ini pula senarai penaja contest SEO Blogger Terbaik Malaysia. Selain ohcikgu.com sebagai penaja utama, mereka ini juga penaja bersama yang sudi memeriahkan contest SEO Blogger Terbaik Malaysia.




Mereka ialah Fivio.comNadot.myEffortlab Cik LailiHalim RDFLadfeAmirAmiRini,MyadynaMy AdamRanggi LifestyleMinda Emas NetworkCikTOMMiecyber’s Blog,Hamdan’s BlogKain Cotton Murahbooblogs.comCheese MazKakimedia.MY,ContengConteng.com dan Blog Hati Putera

Akhir kata, Selamat Maju jaya kepada anda semua. Kalah dan menang itu adat pertandingan. Walau apapun di hujung pertandingan ini yang akan anda hadapi, itu tidaklah penting berbanding saat anda memulakan langkah menyertai pertandingan ini. Itulah yang penting. Gagal setelah mencuba itu lebih baik dari tidak mencuba langsung kan...

Mohon permisi diri.




Post a Comment

4 Comments

  1. Mendebarkan. Masing-masing bersaing secara sihat

    ReplyDelete
  2. betullah...:)-terima kasih baca entri ini.

    ReplyDelete
  3. Ehh betul ke tarikh tutup dia tu?bukan ke akhir bulam mac?hehe

    ReplyDelete
  4. betul sdr hafizul, penganjur pun dah buat pengumuman penyertaan dah ditutup..:)-

    ReplyDelete

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!