Iltizam dan Syukur Kami

Dengan Bismillah,
Cuti Hujung minggu baru-baru ini saya dan keluarga ( suami dan anak-anak ) sempat berkunjung dan menziarah kedua ibu bapa kami di Muar, Johor. Ya, kunjungan dan ziarah rutin seorang anak kepada orang tuanya.Cumanya, ziarah kali ini, tentunya agak istimewa kerana kami bawa bersama WYC, yang baru sahaja menjadi sebahagian daripada kami seawal Mac 2013.

" Dan (ingatlah juga), tatkala TuhanMu memaklumkan :
"Sesungguhnya, jika kamu bersyukur, pasti kami akan menambah ( nikmat ) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmatKu ), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih".
 ( QS 14:7 )


Awalnya, kunjungan ini dirancang sebaik sahaja, warga baru keluarga kami yang kami namakan WYC itu selamat kami terima, tetapi memandangkan kekangan masa, maka hujung minggu baru-baru ini merupakan kesempatan terbaik kami yang Tuhan izinkan.

Dalam senyap dan diam, saya dan suami sangat bersyukur. Bersyukur kerana impian dan hasrat kami untuk mencapai apa yang kami rencanakan akhirnya menjadi kenyataan. Encik Suami saya anak sulung dalam keluarganya. Walaupun perancangan memiliki WYC, adalah plan kami bersama, tetapi Encik Suami saya tidak pernah lupa untuk meminta pandangan dan nasihat kedua orang tua kami di Muar.Ya, Dia sangat mendahulukan kedua ibu bapanya dalam urusan-urusan besar hidupnya. Saya faham itu.

Meski bagi sesetengah orang lain, apa nak kisah setakat beli kereta atau tukar kerja baru, orang tua tidak perlu diberitahu atau dikongsi bersama, tetapi ia tidak bagi kami. Ada masa, saya juga masih memohon doa dan berkongsi berita dengan ibu di Kota Tinggi, Johor, akan keputusan dan perubahan dalam keluarga kami.


Saya banyak belajar, daripada Encik Suami sendiri. Daripada tindakan dan kematangannya berfikir, saya tahu, WYC yang menjadi sebahagian daripada kami sekarang ini, merupakan dedikasi kepada ibu bapanya di Muar, Johor yang banyak berkorban dan berjasa memberi didikan dan membesarkannya. Ya, kami gembira kerana mengembirakan dan membahagiakan.

Semoga dengan adanya WYC ini, menambah iltizam dan kesyukuran kami, supaya tekun dan sabar mendidik zuriat-zuriat kami, lebih kuat dan ikhlas bekerja dan lebih bersungguh dalam mempertingkat ibadah dan hubungan kami sesama insan. Ya, kami anggap WYC adalah pemberianNya..yang menginspirasikan kami...AlHamdulillah. Allah hu Akhbar!..

“Dan sesungguhnya telah Kami berikan hikmat kepada Luqman, yaitu: “Bersyukurlah kepada Allah. Dan barangsiapa yang bersyukur (kepada Allah), maka sesungguhnya ia bersyukur untuk dirinya sendiri; dan barangsiapa yang tidak bersyukur, maka sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji.” (QS. 31 : 12 )

Post a Comment

2 Comments

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!