Cara Tukar Alamat Pusat Mengundi

Dengan Bismillah,
Semenjak pembubaran parlimen pada hari Rabu baru-baru ini, saya dan Encik Husband ada berbincang sesama sendiri, akan tarikh jangkaan pilihanraya akan diadakan, meskipun ada tempoh sehingga 60 hari selepas pembubaran parlimen.



Hal ini menjadi topik bualan kami kerana meskipun kami datang dari negeri yang sama, namun masih ada halangan di mana tempat mengundi kami berbeza, seorang di Muar dan seorang lagi di Johor Bahru. Encik Husband ada menyebut tentang kaunter berkomputer SPR di Pejabat Pos, yang katanya memberi peluang kepada kita untuk membuat pertukaran tempat mengundi. Saya cuba dapatkan maklumat tentang cara atau prosedur yang membolehkan kita membuat pertukaran tempat mengundi, dan di sini, saya telah mendapat info yang terbaik, yang ingin saya kongsi dengan anda semua.

PANDUAN TUKAR ALAMAT PUSAT MENGUNDI :

Prosedur yang pertama pergi tukar alamat dalam MyKad dulu di pejabat JPN. Sedikit info yang saya ambil di website JPN tentang pertukaran alamat.   

SYARAT PERMOHONAN

1. Pemohon mestilah hadir.
2. Borang Pertukaran Alamat (dapatkan di kaunter JPN) telah diisi dengan lengkap.
3. Alamat mestilah menggunakan alamat tempat tinggal tetap di dalam Malaysia. Alamat      
    tempat   bekerja, pejabat, organisasi atau alamat peti surat (P. O. Box) tidak   
    dibenarkan.

PROSEDUR PERMOHONAN
 

Pemohon dikehendaki datang ke Kaunter JPN dan membawa Kad Pengenalan (asal dan salinan):

BAYARAN TUNAI / ELEKTRONIK

Warganegara = RM 10.00

    (i) Jika pertukaran alamat melibatkan pengeluaran kad baru = RM 10.00
    (ii) Jika pertukaran alamat dalam cip (kemaskini) tanpa melibatkan pengeluaran kad        
          baru = RM2.00

Bukan Warganegara = RM 40.00

    (i) Jika pertukaran alamat melibatkan pengeluaran kad baru = RM 40.00
    (ii) Jika pertukaran alamat dalam cip (kemaskini) tanpa melibatkan pengeluaran kad 
          baru = RM2.00

Makluman: Mengikut Peraturan 15, Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2001) setiap orang hendaklah memohon gantian Kad Pengenalan jika bertukar tempat kediaman yang akan didiami selama 90 hari atau lebih.  

Selepas sebulan, anda boleh ambil Mykad baru anda di pejabat JPN dan pergi ke mana-mana pejabat pos berkomputer. Anda hanya perlu tunjukkan Mykad baru anda di kaunter dan kerani bertugas akan masukkan maklumat terkini anda dalam Borang A Pendaftaran pemilih 2002, dan anda akan diberikan sesalinan borang ini.



Anda boleh mendapatkan senarai pejabat pos berkomputer di seluruh negara melalui alamat ini. Semoga bermanfaat kepada anda semua.

sekiranya anda merupakan pemilih baru yang belum pernah mengundi sebelum ini, maka anda boleh ke pautan ini untuk mendapatkan maklumat dan cara mendatar sebagai pengundi di Malaysia-cara-cara daftar sebagai pengundi di Malaysia-


Post a Comment

8 Comments

  1. salam perkenalan dari saya suteraungu87.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. terima kasih dan selamat datang ke blog saya, sutera ungu:)-
    salam perkenalan juga..:)-

    ReplyDelete
  3. errrr.. agak2 sempat lagi tak nak tukar alamat mengundi ni ya??

    sy musykil knp JPN tak nak link terus dgn SPR bila pemohon mohon KP baru dgn alamat baru..

    ReplyDelete
  4. tq share this info yer

    ReplyDelete
  5. terima kasih baca entri ini. kepada Seri Kandi,saya pun hairan, mungkin ada prosedur tertentu yang menyebabkan jpn tak dapat nak link trus pertukaran alamat kita dengan SPR. Kalau ikut tempoh yang jpn beri, rasanya tak sempat nak tukar alamat dah...tarikh buang undi pun dh diumumkan kan..huhu...

    ReplyDelete
  6. Hi,Cik Matahariku,Selamat Berkenalan.
    Saya nk tnya pasal bagaimanakah cara utk saya membuat Pertukaran Pusat Mengundi ini?
    Sebabnya saya ni kali pertama nak mengundi.
    kenapa pusat mengundi saya tidak sama dgn ibu bapa saya?Sedangkan alamat dlm ic ibu bapa saya adalah sama dengan saya.
    Dlm masa terdekat ni,masih sempat lagi ke tidak utk
    saya membuat pertukaran ini?
    Thank You!
    Saya Cik Matahariku

    ReplyDelete
  7. sdri, sila baca entri di atas dulu ye...:)- kl ikut pmhaman sy, utk pilihanraya kali ini, sdri dh tak sempat tukar alamat tmpt mngundi sbb ia perlukn tempih sebulan utk proses tkr alamat ni. tapi utk next pilihanrya, maybe next 5 years bolehlah. berkenaan dgn alamat sdri yg sm dgn parents, tapi tmpt mngundi berbeza, itu sy tdk pasti .sila rujuk ke bhgian nama pemilih di Spr. maaf jika informasi krg memuaskn.

    ReplyDelete
  8. Sya mahu tukar alamat tapi sulit di JPN....pegawai jpn ckp mahu ada bil elektrik.atas nama sendiri...Sya mana ada rumah sendiri....JPN bukit garam kinabatangan Sabah...

    ReplyDelete

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!