Dengan Bismillah,
Nampaknya tersenyum lebarlah kebanyakan penjawat awam di Malaysia menjelang bulan hadapan ( Julai 2013 ). Mana tidaknya, seperti yang dijanjikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, para penjawat awam akan mendapat Gaji sebanyak satu (1) Kenaikan Gaji Tahunan ( KGT ) dan pemberian gaji dengan amaun sebanyak (1) KGT ini akan dikuatkuasakan mulai bulan Julai 2013.
Sehubungan dengan itu, saya berbesar hati berkongsi info ini sebagai rujukan rakan di kalangan penjawat awam yang bakal menerima satu (1) Kenaikan Gaji Tahunan ( KGT ) mulai Julai 2013.
Sumber info mengenai pemberian gaji dengan amaun sebanyak (1) KGT |
Pengenalan Pemberian Pemindahan Gaji Dengan Amaun Bersamaan satu (1) Kenaikan Gaji Tahunan (KGT)
Jabatan Perkhidmatan Awam
(JPA )telah mengeluarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 tahun
2013 yang bertujuan melaksanakan keputusan Kerajaan mengenai
pemberian pemindahan gaji dengan amaun bersamaan satu (1) Kenaikan
Gaji Tahunan (KGT) kepada semua pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan
di bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM).
Kerajaan memutuskan
supaya kajian penambahbaikan skim perkhidmatan, penambahbaikan
landasan kemajuan kerjaya serta pembetulan kepada masalah struktur
gaji dalam SSM diselesaikan sebelum 31 Disember 2013 iaitu
berdasarkan ucapan YAB Perdana Menteri semasa Majlis Perdana
Perkhidmatan Awam Ketiga Belas (MAPPA XIII) pada 11 Mac 2013.
Berikutan daripada kajian
penambahbaikan tersebut, gaji pegawai di bawah SSM akan dipindahkan
ke struktur gaji baru dengan diberikan faedah pemindahan gaji dengan
amaun bersamaan satu (1) KGT. Memandangkan kajian tersebut dijangka
selesai pada akhir tahun 2013, maka Kerajaan bersetuju supaya faedah
pemindahan gaji dengan amaun bersamaan satu (1) KGT diberi lebih awal
pada 1 Julai 2013.
PELAKSANAAN
PEMINDAHAN GAJI DENGAN AMAUN BERSAMAAN SATU (1) KGT
Pegawai Yang Layak
Pemberian pemindahan gaji
dengan amaun bersamaan satu (1) KGT ini melibatkan pegawai
Perkhidmatan Awam di bawah SSM bertaraf tetap, sementara dan kontrak
(Contract of Service) yang telah dilantik sebelum 1 Julai 2013 dan
sedang berkhidmat pada 1 Julai 2013, termasuk pegawai yang berada
dalam keadaan seperti berikut:
- pegawai yang dipinjam atau ditukar sementara ke agensi Kerajaan.
- pegawai yang dipinjamkan ke pertubuhan antarabangsa atau sektor swasta.
- pegawai yang cuti bergaji penuh, cuti separuh gaji dan cuti tanpa gaji.
- pegawai yang meninggal dunia pada 1 Julai 2013.
Pegawai Yang Tidak
Layak
Urusan pemberian
pemindahan gaji ini tidak melibatkan:
- pegawai yang masih berkhidmat di bawah saraan Laporan Gaji Jawatankuasa Kabinet (JKK) 1976 atau Sistem Saraan Baru (SSB).
- pegawai yang dikenakan tindakan tatatertib dengan hukuman buang kerja yang berkuat kuasa mulai 1 Julai 2013.
- pegawai yang dilantik mulai 1 Julai 2013.
- pegawai yang bersara pada atau sebelum 1 Julai 2013.
- pegawai yang meninggal dunia pada atau sebelum 30 Jun 2013.
Prinsip dan Kaedah
Pemberian Pemindahan Gaji
Pegawai yang layak akan
diberi pemindahan gaji dengan amaun bersamaan satu (1) KGT mengikut
gred jawatan/ gred gaji masing-masing pada 1 Julai 2013 berdasarkan
gaji hakiki pegawai pada 30 Jun 2013.
Sila rujuk : Pautan Pekeliling Perkhidmatan Bil.5 Tahun 2013
Pergerakan Gaji
Tahunan
Pemberian pemindahan gaji
ini tidak menjejaskan Pergerakan Gaji Tahunan pegawai bagi tahun 2013
dan tahun berikutnya, tertakluk kepada had gaji maksimum dalam JGMM
serta pegawai memenuhi syarat dan peraturan Pergerakan Gaji Tahunan
yang berkuat kuasa.
Tarikh Pergerakan Gaji
Pemberian pemindahan gaji
ini tidak mengubah Tarikh Pergerakan Gaji (TPG) pegawai.
Elaun dan Kemudahan
Syarat dan peraturan
elaun dan kemudahan yang berkuat kuasa dikekalkan.
Tarikh Kuat Kuasa
Pekeliling perkhidmatan
ini berkuat kuasa mulai 1 Julai 2013.
Tarikh Gaji penjawat awam pada bulan Julai 2013 ialah pada 25 Julai |
Penutup
Semoga perkhabaran gembira ini memberi satu dimensi baru dalam gaya berfikir dan bekerja kepada seluruh warga perkhidmatan awam di Malaysia. Meskipun ia adalah kenaikan Gaji Tahunan (KGT) yang diberi setahun awal, namun sedikit sebanyak ia turut membantu para anggota penjawat awam merancang kewangan keluarga atau diri sendiri dengan lebih baik.
4 Comments
senyum lebar ler kakak Vee . nak raya kan ...
ReplyDeleteblehlah awak mintak duit raya lebih sikit nanti..heheh..
ReplyDeleteMaksudnya, dua kali kenaikanlah untuk tahun ini? Pergerakan gaji seperti biasa dan kenaikan yang diumumkan ini?
ReplyDeleteyup! betul tu Tetamu ISTIMEWA ku..:)-
ReplyDeleteThanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!