Penjawat Awam Dapat Gaji Sebanyak Satu (1) KGT mulai Julai 2013

Dengan Bismillah,
Nampaknya tersenyum lebarlah kebanyakan penjawat awam di Malaysia menjelang bulan hadapan ( Julai 2013 ). Mana tidaknya, seperti yang dijanjikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, para penjawat awam akan mendapat Gaji sebanyak satu (1) Kenaikan Gaji Tahunan ( KGT ) dan pemberian gaji dengan amaun sebanyak (1) KGT ini akan dikuatkuasakan mulai bulan Julai 2013.

Sehubungan dengan itu, saya berbesar hati berkongsi info ini sebagai rujukan rakan di kalangan penjawat awam yang bakal menerima satu (1) Kenaikan Gaji Tahunan ( KGT ) mulai Julai 2013.

Sumber info mengenai pemberian gaji dengan amaun sebanyak (1) KGT
Pengenalan Pemberian Pemindahan Gaji Dengan Amaun Bersamaan satu (1) Kenaikan Gaji Tahunan (KGT)

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA )telah mengeluarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 tahun 2013 yang bertujuan melaksanakan keputusan Kerajaan mengenai pemberian pemindahan gaji dengan amaun bersamaan satu (1) Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) kepada semua pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan di bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM).

Kerajaan memutuskan supaya kajian penambahbaikan skim perkhidmatan, penambahbaikan landasan kemajuan kerjaya serta pembetulan kepada masalah struktur gaji dalam SSM diselesaikan sebelum 31 Disember 2013 iaitu berdasarkan ucapan YAB Perdana Menteri semasa Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ketiga Belas (MAPPA XIII) pada 11 Mac 2013.

Berikutan daripada kajian penambahbaikan tersebut, gaji pegawai di bawah SSM akan dipindahkan ke struktur gaji baru dengan diberikan faedah pemindahan gaji dengan amaun bersamaan satu (1) KGT. Memandangkan kajian tersebut dijangka selesai pada akhir tahun 2013, maka Kerajaan bersetuju supaya faedah pemindahan gaji dengan amaun bersamaan satu (1) KGT diberi lebih awal pada 1 Julai 2013.

PELAKSANAAN PEMINDAHAN GAJI DENGAN AMAUN BERSAMAAN SATU (1) KGT

Pegawai Yang Layak

Pemberian pemindahan gaji dengan amaun bersamaan satu (1) KGT ini melibatkan pegawai Perkhidmatan Awam di bawah SSM bertaraf tetap, sementara dan kontrak (Contract of Service) yang telah dilantik sebelum 1 Julai 2013 dan sedang berkhidmat pada 1 Julai 2013, termasuk pegawai yang berada dalam keadaan seperti berikut:

  1. pegawai yang dipinjam atau ditukar sementara ke agensi Kerajaan.
  2. pegawai yang dipinjamkan ke pertubuhan antarabangsa atau sektor swasta.
  3. pegawai yang cuti bergaji penuh, cuti separuh gaji dan cuti tanpa gaji.
  4. pegawai yang meninggal dunia pada 1 Julai 2013.

Pegawai Yang Tidak Layak

Urusan pemberian pemindahan gaji ini tidak melibatkan:
  1. pegawai yang masih berkhidmat di bawah saraan Laporan Gaji Jawatankuasa Kabinet (JKK) 1976 atau Sistem Saraan Baru (SSB).
  2. pegawai yang dikenakan tindakan tatatertib dengan hukuman buang kerja yang berkuat kuasa mulai 1 Julai 2013.
  3. pegawai yang dilantik mulai 1 Julai 2013.
  4. pegawai yang bersara pada atau sebelum 1 Julai 2013.
  5. pegawai yang meninggal dunia pada atau sebelum 30 Jun 2013.
Prinsip dan Kaedah Pemberian Pemindahan Gaji

Pegawai yang layak akan diberi pemindahan gaji dengan amaun bersamaan satu (1) KGT mengikut gred jawatan/ gred gaji masing-masing pada 1 Julai 2013 berdasarkan gaji hakiki pegawai pada 30 Jun 2013.



Pergerakan Gaji Tahunan
Pemberian pemindahan gaji ini tidak menjejaskan Pergerakan Gaji Tahunan pegawai bagi tahun 2013 dan tahun berikutnya, tertakluk kepada had gaji maksimum dalam JGMM serta pegawai memenuhi syarat dan peraturan Pergerakan Gaji Tahunan yang berkuat kuasa.

Tarikh Pergerakan Gaji
Pemberian pemindahan gaji ini tidak mengubah Tarikh Pergerakan Gaji (TPG) pegawai.

Elaun dan Kemudahan
Syarat dan peraturan elaun dan kemudahan yang berkuat kuasa dikekalkan.

Tarikh Kuat Kuasa
Pekeliling perkhidmatan ini berkuat kuasa mulai 1 Julai 2013.

Tarikh Gaji penjawat awam pada bulan Julai 2013 ialah pada 25 Julai 
Penutup
Semoga perkhabaran gembira ini memberi satu dimensi baru dalam gaya berfikir dan bekerja kepada seluruh warga perkhidmatan awam di Malaysia. Meskipun ia adalah kenaikan Gaji Tahunan (KGT) yang diberi setahun awal, namun sedikit sebanyak ia turut membantu para anggota penjawat awam merancang kewangan keluarga atau diri sendiri dengan lebih baik.

Post a Comment

4 Comments

  1. senyum lebar ler kakak Vee . nak raya kan ...

    ReplyDelete
  2. blehlah awak mintak duit raya lebih sikit nanti..heheh..

    ReplyDelete
  3. Maksudnya, dua kali kenaikanlah untuk tahun ini? Pergerakan gaji seperti biasa dan kenaikan yang diumumkan ini?

    ReplyDelete
  4. yup! betul tu Tetamu ISTIMEWA ku..:)-

    ReplyDelete

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!