Tips Mudah Dekorasi Ruang Tamu Sempena Aidil Fitri

Dengan Bismillah dan Selamat Sejahtera,
Teringin pula rasanya membuat dekorasi di ruang tamu rumah sempena Aidil Fitri nanti.Tahun ini merupakan tahun keempat saya berhari raya di rumah yang kami beli sendiri. Sebelum ini, tidak terfikir untuk mengubah dekorasi ruang tamu, kerana semuanya masih baru. Namun terasa ingin buat sedikit perubahan pada ruang tamu, kerana disinilah "ruang cerita dan bersaudara" di mana rakan taulan, jiran dan ahli keluarga berkumpul jika bertandang ke rumah.

Dekorasi Ruang Tamu Sempena Aidil Fitri

Beberapa hari lalu, selepas mendapat Buffered Earnings ( BE) daripada IKEA, saya terus ke laman sesawang IKEA dan melihat sendiri cadangan dan pilihan fabrik yang ditawarkan sama ada untuk fabrik langsir, ambal, cadar di bilik tidur dan banyak lagi. Ada juga cadangan dekorasi untuk ruang tamu. Memang banyak pilihan dan beri idea yang menguntungkan kepada saya yang berhasrat membuat dekorasi di ruang tamu rumah sempena Aidil Fitri nanti.



erikut beberapa pilihan yang boleh kita perolehi di bahagian living room.IKEA turut memberi banyak inspirasi kepada kita untuk memilih pelbagai produk barangan perhiasan untuk disesuaikan diruang tamu. Jom, kita tengok :





Pilihan-pilihan yang diberi membolehkan kita memilih perabot dan perhiasan yang sesuai dengan dekorasi ruang tamu yang kita inginkan. Antaranya di IKEA kita boleh dapatkan pelbagai jenis Sofa dan armchair, meja kopi dan meja sisi yang berpadanan dengan sofa,kabinet TV, lampu hiasan dan banyak lagi.

Harapnya dengan cadangan dekorasi ini, dapatlah saya membuat sedikit ubahsuai di ruang tamu rumah saya nanti. Anda pula, bagaimana? Sudah ada idea untuk mewujudkan kelainan di ruang tamu sempena Aidil Fitri nanti ?  

Post a Comment

0 Comments