Edisi Khas Ramadan : Muhasabah Fasa Pertama Ramadan

Dengan Bismillah,
Kenangan menjalani ibadah puasa sepanjang ramadan time bergelar student memang sukar dilupakan. Tambahan lagi bila waktu itu tiada komitmen untuk memasak berbuka atau bersahur. Zaman belajar saya masa di Bangi dahulu, saya menetap di Kolej ( dulunya masa saya belajar di panggil kampung siswa atau ringkasnya Kamsis) selama 6 semester (3 tahun ).Orang Kuat Kolej nih..hehhe. 

Saya fikir masa tu, lebih banyak kemudahan yang saya nikmati bila tinggal di kolej berbanding menyewa di luar.Lagipun Fakulti, Library dan Pusat Kemudahan Siswa ( Pusanika ) dekat dengan kolej saya. Pergi kelas jalan kaki je masa tu. Bila duduk di kolej, tu yang tak boleh masak, jadi bujang..err..anak dara senanglah kan masa tu.Pemalas adalah.

Masa ni, kalau sanggup bertadarus sepanjang malam pun tiada masalah kan ? Eh, saya masa tu ada ikut kumpulan usrah, jadi tadarus lebih mudah sebab kami ada kumpulan kecil dan surah-surah dalam Al Quran kami agih-agih supaya dapat khatamkannya di penghujung ramadan.Al Hamdulilah.

Muhasabah Fasa Pertama Ramadan

Menginjak ke usia dewasa, ketika pertama kali menceburi dunia pekerjaan, ada seorang akak yang menasihatkan saya, katanya lebih kurang macam ni:

Kenangan di Tanjung Sedili Resort, Mersing bersama AKAK yang bagi nasihat
ketika bujang nilah sebelum ada komitmen dengan anak dan suami serta rutin rumahtangga, kalau nak solat sunat, bangunlah setiap malam. kalau tak boleh, usahakan juga.Nanti time dah berkahwin dan ada anak, masa tu solat lima waktu pun tak tentu arah..nak kuhsyuk dalam solat, lagilah..buatlah ibadah betul-betul..
Benarkah kata-katanya itu? Bagi anda yang belum berumahtangga, tentu tertanya-tanya soalan sebegini. Bagi saya, betul sangat pesan dan nasihat akak tu. Bayangkan jika anda sedang solat, anak kecil tiba-tiba datang dan senghaja baring di atas sejadah. Tu belum lagi dia panjat belakang kita. Jadi, jika jodoh anda belum sampai, inilah hikmahnya :)-

Bila Ramadan menjengah, tak usah cakap tentang komitmen bertadarus dan bersolat terawih. Kadang-kadang sempat mengaji, ada masa pula tak sempat berterawih.Ini realiti saya sendiri bila sudah berkeluarga. Orang lain saya tidak pasti. Mungkin mereka lebih bijak mengurus rumahtangga, maka tiadalah"masalah" seperti saya kan?

Hari Terakhir Fasa Pertama Ramadan


Menjelang hari terakhir fasa ramadan kita yang pertama, saya terfikir sejauhmana saya telah benar-benar menghargai ramadan ini dengan sepenuh hati, jiwa dan ikhlas mengerjakan apa yang dituntut.Oh ye kan, Allah tu kan maha penyayang. Jadi, setiap kekurangan kita dalam beribadah, diganti pula dengan pengorbanan kita mendidik dan mengasuh anak-anak, memasak, dan pelbagai lagi rutin rumahtangga. 

Bagi si suami pula, bila sudah berkeluarga, tuntutan menjaga nafkah keluarga semakin berat.Itu belum lagi komitmen dengan kerjaya, tolong isteri di rumah, bermain bersama anak-anak dan amalan ibadah yang lain. Jadi bagi yang masih solo-molo tu, isilah masa terluang anda dengan tumpuan penuh beribadah, lagi-lagi sempena ramadan ini.

Muhasabah Pada Setiap Tangga Usia

Bukan semua orang jalan hidupnya bagaikan air yang mengalir deras, ada masa air yang mengalir akan bertemu jua liku-liku dan onak-onak kehidupan. Sebagai HambaNya, wajarlah sentiasa muhasabah diri, setiap masa dan ketika, tidak kisah ditangga usia berapa kita berada kerana ajal dan maut tidak mengira had usia.


Walau siapapun anda pada usia ini, berkahwin atau belum, tanggungjawab muhasabah itu terletak atas bahu masing-masing. Muslim yang cemerlang sentiasa ambil kira apakah setiap harinya lebih baik dari semalam, begitulah juga ramadan ini, apakah ibadah puasa kita selama menghampiri hari terakhir ( esok hari ke-10 ) pada ramadan ini telah cukup memuaskan hati? wallahualam...


Post a Comment

7 Comments

  1. salam ramadhan # 9
    betul tu..time bujang lah boleh nak buat ape saje2..bile dah kawen ade ank..sume agak terbatas..

    ReplyDelete
  2. Sangat setuju , salam perkenalan dari saya n salam Ramadhan ;)

    ReplyDelete
  3. Ya setuju sangat. Muhasabah perlu setiap masa moga kita tidak terpesong.

    p/s:terima kasih sudi membaca cerpen saya.

    ReplyDelete
  4. betul . bujang lebih senang urus masa sbb cuma perlu urus diri sendiri ... sbb dok umah akak , so kena lah tlg apa yg patut . perang dgn anak buah nih dah biasa la ...

    ReplyDelete
  5. hai.. salam kenal,
    follower no.119
    done follow sini,
    jom follow teman yea yunk..=)

    http://tengkubutang@blogspot.com/ -->(official)
    http://kucenkucenbelog.blogspot.com/ -->2nd blog

    ReplyDelete
  6. Bila dah berkeluarga ni, kita kena pandai urus masa kan,tapi betul kata Fairus, ada masanya aktiviti agak terbatas kerana perlu sesuaikan dengan keperluan anak2..

    ReplyDelete
  7. salam ramadhan sis..tima ksrh bkunjung ke blog kite..insha allah bb gurl..tp nk spare juga bb boyz

    ReplyDelete

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!