Review Blog Cik Matahariku Edisi Pertama : DiSebalik Tabir Blog Cik Matahariku

Dengan Bismillah,
Saya ada bercerita tentang ulangtahun kelahiran putera saya pada hari Isnin baru-baru ini. Sebenarnya, bulan ini juga merupakan ulangtahun kedua Blog Cik Matahariku ini bernafas di Persada Maya. Apa pendapat anda? Usia dua tahun tentulah masih lagi setahun jagung kan Blog CMK ni? Bersempena dengan ulangtahun kelahiran kedua Blog Cik Matahariku ini, saya ingin buat sedikit review tentang Blog yang baru sahaja di Page rank 1, dengan jumlah paparan halaman dalam lingkungan 46k. Jom, kita intai di sebalik tabir : Blog Cik Matahariku.

Header Blog Cik Matahariku yang terkini
Kenapa Cik Matahariku ?

Sebenarnya, masa mula-mula membina blog, banyak nama yang saya fikirkan. Tetapi nama Cik Matahariku juga yang saya berkenan. Ada sedikit kaitan dengan nama sebenar saya. Selain itu, asal usul gelaran itu kepada saya kerana pernah ada seseorang dahulu, yang memanggil saya dengan nama itu, dan tidak memanggil saya dengan nama sebenar. Itu sahaja.

Selain menyukai falsafah yang selalu dikaitkan dengan Matahari atau mentari, iaitu yang selalu menerangi dan menyinari alam, yang selalu meminjamkan cahayanya kepada bulan, yang tidak jemu terbit setiap pagi sebagai petanda mulanya hari baru dan banyak lagi. Jadi, falsafah ini sangat mengesankan bagi saya kerana : saya ingin Blog Cik Matahariku ini peranan dan fungsinya begitu kepada semua insan.InsyAllah.

Mengapa Pilih Tagline "Harapan Tak akan Menghampakan Sesiapa Kerana Disitulah Letaknya Kekuatan Meraih Impian" ?

Dulunya, saya pernah menghadiahkan Encik Suami saya sebuah Planner. Pada muka pertama sebelah dalam Planner itu, saya ukirkan kata-kata tagline seperti di atas. Seingat saya, waktu itu, Encik Suami saya baru sahaja bertukar kerja baru ke sebuah syarikat swasta. Penghijrahan tempat kerja baru tentunya memerlukan kekuatan dalaman yang jitu. Banyak benda kita akan mulakan semula. Kita tidak akan tahu cabaran baru yang akan kita hadapi. Harapan saya, dengan menghadiahkan planner bersama ukiran kata-kata tersebut, diharap dapat mententeramkan perasaan dia setiap kali memulakan kerjanya.

Bila menceburi dunia penulisan Blog, saya juga berasa begitu. Saya Blogger baru. Tentu banyak cabaran yang perlu dilalui dan banyak benda baru yang perlu dipelajari.

Begitulah ceritanya.Asalnya dulu tagline Blog saya berbunyi begini : Dengan Tidak memberi, Allah Sebenarnya Memberi".Lama-lama saya fikir, takut-takut ada yang perlukan penjelasan lanjut mengenai tagline itu, saya menukarnya seiring dengan berubahnya saya kepada template yang baru, yang saya gunakan sekarang.
Image Foto Ana Muslim ini saya pilih kerana namanya dan juga kerana kecomelannya..hehhe
Saya Sayangkan template ini sebab banyak "renovation" yang saya dah buat.
Tetapi Untuk Berjaya, kenalah berani Berubah kan..
Siapakah Blogger yang Menjadi Inspirasi Pada Awal Berblog ?

Secara peribadi, saya memang suka menulis.Sebelum kenal Blog, saya banyak menghantar notes ringkas di Facebook. Kepuasan berkongsi rasa fikir dan ilham sangat terhad di dinding Facebook. Akhirnya, saya beralih ke Blog kerana di situ peluang berbicara dan menulis apa sahaja tidak terbatas.

Saya telah menjadi Silence Readers kepada beberapa Blogger tanahair yang menjadi inspirasi bagi saya dalam berblog. Siapakah mereka? Nantikan Review Blog CMK Edisi Kedua Nanti.
Ada beberapa blogger yang menjadi sumber Inspirasi saya tatkala berblog dua tahun yang lalu. Ada antaranya yang anda kenal dan disegani ketokohannya dalam dunia Blogger Malaysia, ada yang telah meraih pendapatan sehingga empat angka dengan Nuffnang, ada yang telah mencapai Page rank Blog 2 dan 3. Siapakah Blogger yang saya maksudkan? Hmm, apa kata anda nantikan kemunculan Review Blog Cik Matahariku Edisi Kedua nanti? Sabar ya!

Post a Comment

0 Comments