Semoga Allah Selamatkan Kamu...!

Dengan Bismillah,
Semenjak menggunakan smart phone pada penghujung 2009, saya gemar meluahkan dan mencatat apa yang saya rasai dan alami sama ada di sudut hati dan minda dalam apps note milik saya. Lebih mudah. Termasuklah pada hari saya melahirkan putera pertama dalam keluarga kami, perasaan syukur dan gembira kerana akhirnya DIA anugerahkan seorang zuriat lelaki buat kami telah saya kongsikan dalam notes di iphone saya. Masa mencatat ini, masih lagi di atas katil, di wad bersalin.Begini bunyi catatannya :


Tuhan tidak pernah hampakan segala permintaan baik hambaNya.Lambat atau cepat, biarlah masa yang tentukan. Bila telah sampai waktu terbaik,DIA akan berikan lebih baik dari apa yang kita minta. DIA memberi dengan sebab .(Terima kasih Tuhanku dengan anugerahMu... Putera Harapanku..).
Kemudian, pada hari keenam kelahiran putera pertama kami, saya catatkan begini pula :
Hari ke-6 kelahiran puteraku:Tuhanku, terima kasih atas ilham dan petunjukMu untuk kami namakan putera kami dengan sebaik-baik nama. Semoga dengan nama yang akan dibawanya nanti, menjadikan anak kami seperti maksud nama yang kami inginkan dan maksudkan.Tuhanku, aku ingin Puteraku ini menjadi Hamba lelakiMu yang cergas ImanNya dalam mendirikan syiarMu, mantap jiwa dan bijaksana dalam melakukan segala kebaikan dan ketaatan kepadaMu.amin.
Semoga putera mama dan ayah akan membesar dan dewasa sebagai Nur Muhammad Amsyar Iman yang Soleh.Amin.
Putera saya ini, satu-satunya cahayamata saya yang mengalami jaundis neonatal ( sakit kuning )semasa peringkat awal kelahirannya. Agak menghairankan para jururawat kerana dia hanya mengalami jaundis neonatal pada hari keenam kelahirannya. Lewat dari bayi-bayi lain biasa mengalaminya!. Rupanya, bersama kelahiran putera saya ini, Allah ingin saya memahami sesuatu. Mari ikuti catatan saya seterusnya.

Tuhan, aku sangka bila Engkau menguji diriku, beratnya beban aku rasa, tetapi bila melihat Engkau menguji hambaMu yang lain, aku masih bersyukur dan bernasib baik kerana berada ditempatku.Terima kasih Tuhanku.
Catatan ini saya sudahi dengan nota : Amsyar Iman warded @HPSF because Jaundis neonatal..

Ada kisah sebenarnya pada kelahiran tiga puteri saya sebelum ini. Saya melahirkan ketiga-tiga puteri saya sebelum ini sehingga mencapai overdue.Namun begitu, saya tidak perlu di induce kerana pada hari ketujuh atau kesepuluh tempoh yang diberi saya harus melahirkan, maka sakit bersalin saya akan datang sendiri. Al Hamdulillah. Saya anggap ini rezeki dan ketentuan para Ibu, sentiasa berlainan antara satu sama lain.Saya tak terfikir pun Allah ada sebab berikan setiap bayi saya lahir dalam tempoh overdue ( kelima-lima anak saya! ).

Hanya apabila, lahirnya Amsyar Iman, Allah mahu saya sedar dan tahu bahawa: Inilah sebabnya!.Sehingga saya sangat bersyukur dan mencatat begini :

Rupanya selama ini kelahiran setiap bayiku overdue menunjukkan Allah memberikan yang terbaik untukku.Terima kasih Tuhanku. Di hospital ini, barulah aku tahu, apa yang akan setiap ibu lalui jika melahirkan bayi pramatang.Tuhanku, kerdilnya ku rasa waktu ini...
Kini, sudah 2 tahun usianya. Terasa cepat masa berlalu. Kali ini saya mencatat di Blog ini tanda kehadiran Amsyar Iman yang menambah bahagia dan menyubur cinta kasih kami sekeluarga.AlHamdulillah. Sempena dengan ulangtahun kelahiran Amsyar Imanku yang ke-2 tahun pada 22 Julai 2013 ( Isnin ), mama catatkan sekalung harapan dan doa buatmu puteraku :

Amsyar Iman Putera Harapanku,Jadilah Engkau seorang lelaki hebat yang bijaksana dalam beragama, berbakti dan bermanfaat kepada keluarga dan nusa bangsa.Semoga Engkau akan terus besar dan dewasa dengan mewarisi sifat-sifat terpuji seperti indahnya akhlak pemilik nama Muhammad itu, Semoga Engkau akan bersinar sebagaimana permata yang tetap dikenang dan di ingini semua manusia duniawi. Semoga Allah Selamatkan Kamu, Nur Muhammad Amsyar Iman!
Selamat Hari Lahir Amsyar Iman..;)