Dengan Bismillah dan Selamat Sejahtera,
Entahkan ada, entahkan tidak.Entahlah. Tapi kalau tengok catatan pageviews, takdelah pulak hari-hari indah syawal yang berlalu tanpa kunjungan tetamu di Blog ini.Maknanya apa tu? Ada readers yang datang beraya ke Blog saya dan tidak beraya ke rumah saudara mara ye.haha.Kalau ada yang begitu,maaflah ya.Tuan rumah Blog ini bercuti lama sempena Aidil Fitri, dan pada syawal ke-8 ( hari ini ) baru buka kedai.huh.macam-macam...
Aidil Fitri Tanpa Entri
Hari itu sebelum cuti raya ( padahal kalau tak raya pun,memang sedang dalam cuti 90 hari sebab deliver baby.hihi ) ada jugak buat draft untuk auto publish entri. Nampaknya, draft ke mana, cik puan blog ke mana.Hmm...jadilah cerita Aidil Fitri tanpa entri.Sebelum menulis catatan ini, sempat juga belek entri pada raya lepas. Masa tu raya kelima dah ucap selamat Aidil Fitri kepada readers. Padahal masa tu, bukanlah ramai sangat pun yang datang "beraya kat blog cikmatahariku".hehe.Takpelah.Biarlah semalam yang berlalu itu kita jadikan sempadan atau kayu ukur untuk letakkan di mana kita sekarang dan akan datang kan? Positif thinking tu penting.Lebih-lebih lagi sebagai Muslim, apatah lagi dengan adanya DIA yang selalu dekat dengan kita.
Ucapan Salam Aidil Fitri 1434 H
![]() |
| Ini pula kad raya terbaru untuk syawal 1434 h khas kepada pembaca setia blog |
Rasanya belum terlambat bagi saya mengucapkan Salam Aidil Fitri kepada semua pembaca setia blog saya. sama ada yang kenal atau tidak akan diri saya.Mohon maaf lahir dan batin. Dunia maya tidak menjanjikan kita "terlepas" dari sebarang dosa. Dosanya mungkin lebih besar.Nauzubillah.
Kepada teman-teman bloggers, yang kerap saya kunjungi blog mereka, mungkin banyak atau ada komen-komen saya yang tidak manis dirasa, kemaafan jua yang saya harapkan.kadang-kadang "bahasa" tulisan ini lebih banyak ditafsir dengan pelbagai andaian yang boleh membawa kepada pelbagai dugaan.Wallahualam.Bukan senang rupanya menjadi "penulis" yang harus menjaga "perasaan" readers yang tidak dikenali dalam tulisannya.
Doakan Saya
Akhir sekali, Saya halalkan semua yang anda ambil atau kongsi dari blog ini.Sedikit saya mohon dari anda semua, doakan saya sekeluarga sejahtera, selamat dan berjaya di dunia hingga akhirat. Jangan jemu datang blog saya ya!

.jpg)
0 Comments
Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!