Cara Mudah Membersihkan Perabot Kayu

Dengan Bismillah dan Selamat Sejahtera,
Cara Mudah Membersihkan Perabot Kayu menggunakan serbuk teh merupakan satu lagi tips yang ingin saya kongsi bersama anda. Maklumlah, dekat-dekat raya ni, mesti ramai di kalangan pembaca yang bergotong-royong membersihkan rumah atau sekitar kediaman masing-masing.

Kalau ikut zaman remaja saya dulu, bila time raya antara tugas utama saya selain tolong pasang sarung kusyen baru dan langsir baru, saya juga kena lap dan bersihkan perabot kayu kat rumah yang tak berapa nak baru.hahah.Yelah, saya dok rumah felda masa tu, perabot kat rumah yang paling mahal pun masa tu mestilah sofa kayu. Sofa kayu yang terdiri dari 3+2+2 tu berwarna coklat kayu, tapi bila dah kena cat warna hitam, habuk yang melekat cepatlah nampak kan.

Gambar Ihsan Google
Sekarang ni, kalau mak saya suruh lap kaki kerusi sofa tu, pasti saya guna tips yang saya baru dapat ni.Err..kalau sekarang ni, dah ada ramai "askar-askar" baik saya suruh depa je yang buat, dok ghitu..hihi.

Cara Mudah Membersihkan Perabot Kayu

1.Ambil beberapa uncang teh dengan 1 liter air atau sesuaikan mengikut keperluan.
2.Celupkan kain lap halus ke dalam rendaman teh tersebut dan perah airnya. 
3.Gunakan kain lap halus tersebut untuk membersihkan permukaan perabot kayu 
   Anda. 
4.Jangan biarkan perabot kayu dalam keadaan basah. Setelah dilap dengan kain lap 
   yang dicelup dalam rendaman teh itu, gunakan kain lap bersih dan lap kembali    
   perabot kayu sehingga kering.

Hmm..mudah kan? Boleh juga buat aktiviti membersihkan perabot kayu ini sementara tunggu waktu berbuka puasa, idaklah terasa penat kan? Cubalah praktikkan tips mudah membersihkan perabot kayu yang saya dapat dari SINI. 

Post a Comment

0 Comments