Rendang Tok Istimewa di Pagi Syawal

Dengan Bismillah dan Selamat Sejahtera,
Rendang Tok bukanlah resepi rendang yang baru kita dengar. Ia Sangat Popular terutamanya di negeri sebelah Perak dan Kedah.Rendang juga merupakan hidangan istimewa di pagi Raya bagi kebanyakan masyarakat Melayu di negara kita.Jadi, sempena lebaran yang bakal menjelang selang beberapa hari lagi, saya berkesempatan untuk berkongsi resepi Rendang Tok Istimewa yang saya ambil dari sebuah Buku Masakan Terkenal : 1 Hari 1 Resepi oleh Chef Hanieliza. Apa yang istimewa tentang Rendang Tok ini ialah kerana saya sertakan sekali panduan langkah demi langkah cara menyediakannya.


Bahan-Bahan Resepi Rendang Tok Istimewa

Bahan A
1 kg Daging
2 cawan santan pekat ( 1 biji kelapa )
1/2 cawan kerisik
1/2 biji kelapa ( Dihiris nipis, sekiranya suka )
3 sudu makan gula merah
3 keping asam gelugur
3 helai daun kunyit ( Dihiris halus )
Daun limau purut
Garam secukup rasa

Bahan B ( Dikisar )
2 sudu makan ketumbar
1 sudu makan jintan manis
1 sudu makan jintan putih
1 sudu makan lada hitam
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
25 tangkai cili kering
5 biji cili api ( sekiranya suka )
10 biji bawang merah
3 inci halia
5 batang serai
1 setengah inci lengkuas

Cara Menyediakannya :

1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar sehingga pecah minyak
2. Masukkan daging dan masak sehingga daging lembut
3. Masukkan santan pekat, garam, gula merah, kerisik, daun limau purut, daun kunyit 
    dan asam gelugur.
4. Masakkan sehingga pekat dan naik minyak. Kacau sekali sekala.
5. Tutup api dan sedia dihidangkan.

Selamat Menjamu Selera di Aidil Fitri.:)-

Post a Comment

0 Comments