Kenapa Jodoh Belum Sampai ?

Dengan Bismillah dan Selamat Sejahtera,
Kenapa tiba-tiba cikgu sorang ni tanya asbab jodoh belum sampai ni? Musykil jugak kan? Nak kata belum kahwin, bukan ke dah banyak entri dia dok cerita anak dah berderet lima orang?ahaha. Suka Ekau eh.Den ceghito ni, bukan sobab jodoh den tak jumpo laie ( cit, langsung tak kena gaya..).

Kenapa Jodoh Belum Sampai ?

kad kahwin menarik

Saya bukanlah mahu mempersenda hukum jodoh lambat atau cepat, cumanya ingin berkongsi cerita dengan anda semua akan beberapa kisah teman-teman baik saya di sekolah ( di Johor Bahru dan Gombak ) sekitar awal tahun 2000.Hek eleh, cerita punya lama dia simpan.Teruk betull.Okeh, takpe.Bawak bersabar.Jangan cepat menghukum.ecehceh.Entah-entah kengkawan yang saya nak kongsi kisah mereka ni, dah beranak-pinak kan, macam tukang tulis cerita ni.hee.

Jangan sangka Jodoh itu Jauh 

Ya, begitulah nasihat dan pesan saya kepada kengkawan yang masa tu belum bertemu jodoh.Padahal masa tu, saya sendiri pun tak kawin lagi sebenarnya.Citt. Tapi masa tu dah ada bau-bau nak bina masjid jugaklah kiranya.Bila kita duduk serumah dengan kawan-kawan yang masih solo-molo, maka sedikit sebanyak kawan-kawan yang begini akan terkeluar juga keluhan mereka akan jodoh mereka yang tidak tahu "menyorok" di mana.

Saya nak ingatkan disini, bahawasanya saya bukanlah agen pencari jodoh ye.Cerita pertama mengenai seorang sahabat baik berpangkat adik kepada saya. Dia seorang yang agak berbadan besar dan ketika itu kami bekerja di bawah satu bumbung.Hubungan baik kami menyebabkan banyak rahsia dia di dalam poket baju kurung saya.hehe.sampai macam tu sekali!.Yelah, Orang Bulan September macam yang saya cerita dalam entri lalu memang "stor" simpan rahsia orang.haha.Cuba baca Ciri-ciri Orang yang lahir bulan september.

Rupanya Jodoh ada kaitan dengan Chemistry ?

gambar irma hasmie

Kawan saya ni mempunyai seorang secret admirer yang dah tak secret lah sebab saya dah tahu kan. Sebagai teman baik yang mengetahui akan isi hati kawan ni, saya secara senyap-senyap cuba mencungkil isi hati si empunya secret admirer kawan saya tadi.wahh, jangan main-main dengan gelombang alpha, beta, delta dan segala mak nenek gelombang tu ye. Rupanya kalau kita maksimumkan pancadelima pancaderia itu, segala hajat dan keinginan kita akan lagi mudah tercapai tau.uhuk uhuk. Dah macam tok batin bomoh pulak saya ni.

Diringkaskan cerita, si lelaki yang menjadi secret admirer kawan baik saya tadi, memanglah masih solo juga cumanya dia meluahkan isi hatinya kepada saya bahawa selama ini tiada seorang perempuan pun yang menyedari kewujudannya diantara mereka (setelah saya cuba merisik adakah dia ada menyukai mana-mana kawan perempuan yang dikenalinya .Saya buat andaian, dia berkata begitu mungkin kerana merasakan wajahnya yang tidak sekacak Rosyam Nor atau Aaron Aziz kot.huhu).

Jadi, apa yang saya buat supaya dua hati ini dapat bersatu, dan sudah pasti dengan keizinanNya juga kan ? Sebenarnya saya tak buat apa-apa pun!. Kami semua bekerja bawah satu bumbung sekolah (hehe). Kalau sudah ditakdirkan jodoh mereka berdua,sesiapa pun tidak dapat menghalangnya. 

Tidak Semua Kisah Jodoh Berakhir Dengan Bahagia..

Ya, nampaknya begitulah juga kisah kawan saya ini.Err..Maksud saya kisah yang saya dok cerita ini belum berakhir lagi. Jika anda berminat mengetahui kisah selanjutnya, datanglah blog saya setiap hari.isk isk. Jangan susah hati dan jangan rasa tertipu. Saya pasti akan berkongsi sebab Kenapa Jodoh Belum Sampai.Tunggulah ye. Nantikan edisi Jodoh Belum Sampai pada Entri saya seterusnya nanti.

Sungguh! Jodoh itu rahsia Allah.Jika tidak masakan asam di belanga, ikan di laut bertemu jua kan...

Ikuti sambungan entri ini DI SINI.


Post a Comment

0 Comments