Kuasa Minda dan Imaginasi Manusia

Dengan Bismillah dan Selamat Sejahtera,
Hari ini terasa ingin menulis tentang Kuasa Minda dan Imaginasi Yang Tuhan Pinjamkan kepada kita. Sebenarnya, semalam sebaik sampai ke sekolah dan masuk ke bilik saya, saya terus menekan remote TV dan memicit butang 119-biasalah di saluran 9 Di Hatiku, kalau pagi-pagi macam ni, mesti ada slot Motivasi.Best juga kan, kalau pepagi sebelum buat kerja, kita dengar sedikit kata-kata perangsang buat semangat diri.

Kuasa Minda dan Imaginasi Manusia
Kalau ikutkan, saya takdelah masalah sangat nak motivate diri sendiri, sebab saya dah tahu apa nak buat kalau rasa malas dan tak bersemangat nak memulakan kerja, seperti yang saya tulis di SINI.Cumanya, apa yang ingin saya kongsi kali ini berkaitan minda atau fikiran kita-Bagaimana kita rangsang minda dan gunakan kuasa imaginasi untuk menjadikan kehidupan kita sehari-hari lebih bermakna.

Misalnya begini: Jika kita bekerja dan fikiran kita berbisik bahawa,jika kita bersungguh-sungguh, bukan dapat naik pangkat pun, Bukan dapat Anugerah Cemerlang pun, bukan ada orang peduli pun, bahkan Tak dapat apa-apa pun, Gaji sama jugak dan lain-lain fikiran negatif, Maka apa yang kita fikirkan ini akan terzahir melalui tindakan dan komitmen kita terhadap pekerjaan.

Kata Tuan Penceramah tu, Sungguh memang kita tak akan dapat semua tu. Sebab fikiran kita menafikan yang kita akan mendapatnya dan tindakan kita tentulah sama seperti fikiran kita kan.

Fikiran Negatif Membawa Tindakan Pasif

Fikiran yang sebegini tidak mendorong kepada suasana bekerja yang seronok, aktif dan produktif. Jika anda seorang guru, maka jadilah anda seorang guru yang hanya masuk dan keluar kelas tanpa menambah dan mengurangi apa-apa. Tiada Perubahan dan Penambahan kualiti kepada anak murid anda.

Ingat ye kawan-kawan, orang yang tidak punya apa-apa, tidak akan dapat memberi apa-apa.Berhati-hati dengan pemikiran negatif. Ia tidak membawa anda selangkah lebih baik atau selangkah ke hadapan, sebaliknya pemikiran negatif dan pesimistik tidak akan membawa anda kemana-kemana, malah jika tidak kena gaya hanya boleh membawa kita ke "tempat paling buruk" di sana.

Kuasa Imaginasi Manusia : Sejauh mana anda menggunakannya ?

Saya bukanlah pakar terapi minda, tetapi saya pernah tahu tentang ini semasa mengikuti kursus motivasi semasa belajar di sekolah menengah dahulu.Yelah kan, masa tu nak ambil STPM, jadi kenalah ikut kursus motivasi.Bila ikut kursus ni, antara lagu yang biasa dinyanyikan ialah lagu Fikirkan Boleh. Wahh, lagu ini sungguh ajaiblah kepada saya!jika kita telusuri baris liriknya, ia memandu fikiran kita ke arah cara berfikir yang lebih baik dan bermakna.Cuba Cari lirik lagu ni di SINI.

Saya pernah ceritakan hal ini kepada murid-murid saya semasa mengajar di sebuah sekolah Integrasi di Gombak.Semasa saya akan menghadapi peperiksaan STPM, saya tinggal dirumah sewa bersama rakan-rakan sebaya (tetapi unit rumah sewa ni dijadikan asrama oleh pengurusan sekolah ).Saya telah menampal jadual peperiksaan di bilik tidur saya dan di bahagian atas jadual tu saya tulis begini : UKM, Mei 1997.

Masa tu, saya tidak tahu bagaimana nanti result periksa saya. Tetapi yang saya nak dan saya tahu, cukup tahun dan bulan tu, saya mesti dapat masuk UKM.Macam tu sekali kan impian dan harapan saya.hehe.

Tuhan Tidak Akan Mengubah, Jika kita Tidak Ubah Diri Sendiri


Meskipun saya tidak lulus penuh dalam peperiksaan percubaan STPM pada tahun tu, saya kuatkan semangat, seperti yang saya kongsikan dalam entri INI,. Ya, kadang-kadang kita buat dan capai sesuatu bukan kerana kita mampu mendapatnya, tetapi kerana harapan orang lain kepada kita.

Sebagai seorang anak Peneroka FELDA, sekitar penghujung tahun 1990-an, saya bukanlah anak orang berada. Setiap hari saya dok pandang perkataan yang saya tulis pada jadual peperiksaan tu ( sambil bersengkang mata malam dan siang mengulangkaji pelajaran.huhu) Sehinggalah saya diumumkan sebagai Pelajar Terbaik STPM sekolah untuk tahun itu, maka hasrat saya semakin berkobar-kobar untuk menjayakan impian saya ke UKM.

Akhirnya, menjelang Mei 1997-saya berjaya juga memijak tanah dan bumi UKM yang saya dambakan selama ini-Ya, Dengan izin Ilahi, semua yang saya imaginasikan menjadi kenyataan kerana saya dorong kuasa minda dan imaginasi saya untuk mendapat apa yang saya inginkan.Jika fikirkan kemenangan, Kau Hampiri Kejayaan.Engkaulah apa yang Engkau Fikirkan...;)


Post a Comment

0 Comments