Sahabat Lama di Lupa Jangan

Dengan Bismillah dan Selamat Sejahtera,
Tersentuh dan terharu hati saya dibuatnya apabila seawal pagi beberapa orang sahabat lama yang sangat akrab dengan saya menghantar ucapan Hari Lahir. Ada yang menghantar di Dinding Facebook dan ada juga di telefon bimbit.Kiriman pesanan ringkas beserta ucapan Selamat Hari Lahir, membuat  rindu saya bertandang tambah-tambah lagi apabila terkenang akan kebaikan dan kegembiraan yang pernah mereka kongsi bersama saya.

Dalam hidup kita, siapa lagi yang dapat menyayangi dan menerima kita seadanya kalau bukan sahabat-sahabat karib yang setia dengan kita waktu senang dan susah.Hari ini yang sedikit istimewa, menjadikan saya kembali menjengah "pintu kenangan" bersama teman-teman karib. Ingatan mereka terhadap hari istimewa saya meski kami berjauhan dan semakin jarang bertemu, membuatkan saya bertambah sayu kerana terpaksa berpisah dan meninggalkan mereka.Ah, mana lebih sedih ya? Menjadi orang yang meninggalkan atau orang yang kena tinggal?

Sahabat Lama di Lupa Jangan


Siapalah yang dapat bertahan jika punya seorang teman yang asyik mengadu dan meminta tolong saat dia kesusahan.Yang peliknya, time susah sahaja si teman tadi akan mencarinya. Sehingga tiada gelaran atau anugerah yang paling afdal untuknya melainkan gelaran "kawan susah".Ya, sayalah tu yang dulunya ( sebenarnya sampai sekarang..huhu ) asyik sahaja meminta tolong dengan teman karib saya ni. Hari ini, semasa membalas kiriman ucapan Hari Lahir darinya saya sempat ungkapkan begini kepadanya :Betullah orang kata,kawan lama memang tak akan sama dengan kawan baru, sebab kawan lama yag bantu kita jadi seperti sekarang.Kawan lama, tetap baru dihati..:)

Seorang lagi, sahabat lama yang menyapa saya dengan ucapan selamat Hari Lahir ialah kawan baik saya semenjak kami di tingkatan 4 dahulu.Anehnya persahabatan kami kerana kami hanya bertemu setahun sekali iaitu setiap kali tibanya Aidil Fitri.Tetapi begitulah cerita sahabat.Sahabat baik adakala tidak perlu ada disisi kita sepanjang masa.Meskipun diduga hebat dengan ujian dalam rumahtangganya, sahabat karib saya yang ini memang tidak pernah sepi dengan gelak tawa dan gurau sendanya.Hanya dengan gurauan dan jenakanya, saya hampir terlupa yang dia pernah menangis kerana duka yang bertandang dalam hidupnya.Hebatnya teman karib yang mampu membahagiakan kita, tetapi pada masa sama dia sendiri hilang sumber bahagia itu.

Sahabat Karib Yang Membantu Kita Mencapai Apa Yang Kita Dapat Pada Hari Ini


Bercerita tentang teman karib ni, saya masih ingat pesanan ringkas yang saya perolehi tatkala mengikuti satu Kem Jati Diri.Penceramah itu berpesan begini :
Hargailah sesiapa sahaja, termasuk rakan dan kaum keluarga yang ada disamping kita pada waktu ini.Mereka adalah insan-insan terbaik yang Allah hadirkan pada masa ini di sisi kita untuk membantu kita memenuhi segala tanggungjawab dan peranan kita dan membantu kita mendekatkan diri kepada Ilahi...
Tentunya saya sangat bersyukur dan berterima kasih akan sesiapa sahaja yang pernah menjadi sahabat baik saya sama ada ketika menuntut di sekolah menengah, universiti dan juga fasa-fasa saya mula menimba pengalaman bekerja sebagai pendidik. Saya mungkin tidak dapat membariskan nama kalian satu persatu tetapi saya ingin himpunkan sekalung doa buat kalian yang banyak berjasa dan menemani saya saat saya melewati waktu-waktu sukar dalam hidup ini.Ya, kalianlah yang banyak menyumbang kepada kehidupan saya pada masa ini. Pengalaman hidup yang dikongsi bersama sahabat-sahabat lama tentu menjadi "nilai" yang tidak terhitung dengan sebarang angka.

Sebelum Mendapat Sahabat, Jadikanlah Dirimu Sahabat

Inilah pesan hikmah orang bijak pandai yang pernah saya dengar.Mana mungkin kamu mendapat sahabat, jika dirimu tidk mahu berkhidmat sebagai sahabat. Seorang sahabat sejati sedia mengorbankan masa dan tenaganya untuk manfaat sahabatnya.Apa lagi yang saya harapkan kepada semua sahabat-sahabat lama saya walau di mana mereka berada, hanya doa iringan saya panjatkan semoga dirimu beroleh rahmat dan redha Ilahi, mendapat keberkatan hidup dan persahabatan yang pernah terjalin menjadi satu tanda dalam catatan amal kita bahawa kita termasuk dalam golongan hambaNya yang berkasih sayang keranaNya.Aminn.

Post a Comment

2 Comments

  1. Hai..bkn apa sy disini cma nk luahkan serba sdikit mengenai perasaan yg sy alami slma ni..time first sy msk sklh kv (2018)(ni pun sbb nk mulkn hdp bru) sy happy sngat dpat kwan bru ni..mkn lma sy merasakn yg hbngn kmi mkn akrab. Dari 2 shabat menjdi 3..tidak kira mna shja sentiasa bertiga.sehingga lma kelmakan..hubungan kmi agk renggang.sy tak tau ap kslhn sy. Sehingga mereka mula bergosip d blkng sy..bertpa skitnya hti sy krna sy menganggap mreka adlh kwan yg terbaik buat diri sy..tpi krana sy ingatkn kwn ttp sy yg minta maaf walaupun sy tak tau ap keslhn. Dia ajk kwan yg lain kluar tnpa ajk sy..kecik hti. Ajk scra diam2 dngan kwan yg lain.smpai skrng.💔mesti cik phm dengan prsaan sy kn..kdng2 sy merskn yg sy ni mcm org ketiga shja.bagaikn parasite yg dtng menumpng kebahagian org lain.4 tahun sy alami bnda yg sma dn hnya mmpu sembunyi melalui senyumn shja. Even nk meluahkn prasaan sklipun tkut sbb org tk akn phm dn tkkn mengmbil prkra tersebut serius. Ni shja yg mmpu sy luahkn..sekian.😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam sis, bukan mudah jika dalam persahabatan kita adalah pihak yang selalu mengalah dan bersabar.Apatah lagi jika dalam situasi yang sis kongsikan.Nasihat saya jika untuk jangka panjang, lebih baik saudari undur diri daripada menanggung perasaan yang tidak selesa dan bersabar tanpa mengetahui kesilapan sendiri.Once a time, kita juga punya hak untuk rasa bahagia dan gembira.Cubalah move on dan sibukkan diri dengan hal-hal yang lebih berfeaedah.Mungkin dengan begitu, kita dapat kenal lebih ramai rakan baru dan bertemu dengan sahabat yang lebih baik dan memahami diri kita.Kalau orang lain tak suka kita, kita juga tak boleh paksa untuk mereka suka kita.Pilihlah hidup untuk lebih bahagia dan gembira.InshaAllah.

      Delete

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!