Cara Masak Nasi Lemak Sambal Kerang

Dengan Bismillah dan Salam Sejahtera,
Nasi Lemak sambal kerang merupakan antara menu kesukaan saya terutamanya time zaman-zaman bawak baby dalam perut.heheh.Entah apa enaknya Nasi Lemak Sambal Kerang ni, mulanya tidaklah saya sedari.Pada mulanya saya "terjebak" makan Nasi lemak dengan sambal kerang kerana setiap kali pregnant, saya akan hadapi masalah Hb darah yang rendah. Jadi, pada masa itu, dengan makan sambal kerang dapat membantu meningkatkan kepekatan Hb darah saya ( Ini ikut teori sayalah masa tu.hehhe.).

Nostalgia Masak Nasi Lemak 


Saya pernah cerita dalam ENTRI LALU, akan kekurangan saya dalam hal memasak.Ini cerita zaman baru-baru kahwin dulu.Saya dan Encik Husband sama-sama pengemar Nasi Lemak.Setiap kali berkesempatan membuat sarapan pagi sendiri di rumah, saya dan Encik Husband akan berbahagi tugas untuk menyediakan Nasi Lemak.Biasanya saya akan memasak sambal tumis ikan bilis, manakala Encik Suami pula menyediakan Nasi Lemak. Pelik kan, masak nasi lemak pun bergotong royong bagai suami isteri ni.haha.

Cerita sebenarnya ialah, saya "failed" bab masak nasi lemak nih.Masa mula-mula belajar buat nasi lemak, nasi lemak yang saya sediakan habis lembik.Entah kenapa.Terlebih santan kot.haha.Lepas tu, bermulalah sesi "Mari belajar memasak bersama Chef Hadi Suamiku." Selepas sesi belajar memasak tu, oklah dah tahu lah sukatannya.Dah bolehlah masak sendiri.Tapi kadang-kadang tak jadi jugak, yelah kan, kita bukan hari-hari nak makan nasi lemak..(alasang semata..huh!). Sejak itu, saya cadangkan kepada Encik Suami,biaq dia je yang masak nasi lemak, saya pula sediakan sambalnya.hehe.Teringatlah pula tagline kami semasa zaman berkawang berkawan-kawan dulu:The Best Of You, The Best Of Me, Combine To Make A Perfect WE..( cehh..gitu.).

Cara Buat Nasi Lemak Sambal Kerang

Hai, panjanglah pulak mukaddimah nak buat Nasi Lemak Sambal Kerang ni kan.Berkaitan dengan menu kesukaan saya dan Encik Suami ni, maka dengan sukacitanya saya ingin kongsikan dengan anda semua resepi Nasi Lemak Sambal Kerang. Resepi ni bukanlah resepi dari dapur saya tetapi saya ambil dari SINI, supaya nanti lain kali kalau saya berkesempatan buat nasi lemak, saya buka sahaja blog sendiri untuk melihat resepinya.Jom, sesamalah kita belajaq cara buat nasi lemak sambal kerang ni ye kawan-kawan semua.Sesiapa yang dah tahu tu,dok senyap jelah ye. Kita Orang baru nak belajar..hihi.

Cara Masak Nasi Lemak
Resipi : Kak Nor@SecubitGaram

Bahan-bahan Nasi Lemak
  • 3 cawan beras
  • 1/3 cawan santan pekat
  • air secukupnyai
  • 1 inc halia ~ dihiris
  • 2 helai daun pandan ~ disimpul
  • garam
Cara Memasak Nasi Lemak
  • Bersihkan beras.
  • Masukkan kesemua bahan termasuk beras dalam periuk.
  • Biarkan 5 minit baru dimasak ( boleh guna rice cooker)
  • Bila nasi setengah masak, kacau perlahan-lahan seketika untuk mesrakan santan dan bahan-bahan lain dengan nasi.
  • Tanak hingga nasi masak.
  • Biarkan seketika dan switch off rice cooker.
  • Biarkan dalam 5 minit lagi, baru la digemburkan nasi.
  • Sedia untuk dihidangkan dengan lauk dan bahan sampingan nasi lemak.
Tips Nasi Lemak Sedap
Kak Nor tak nyatakan sukatan air secara tepat sebab sukatan air berbeza bagi jenis beras. Sukatan air yang dah dicampur santan tu hendaklah macam biasa kita menanak nasi.Kak Nor suka biarkan beras terendam seketika sebelum menanak atau memasak nasi. Ini akan buat nasi kita gebu dan sedap dimakan.
Bahan Rebusan kerang
  • 2 kg kerang
  • 3 batang serai ~ diketuk
  • sedikit garam
  • 3/4 cawan air
Cara Merebus Kerang
  • Masukkan kesemua bahan ke dalam kuali.
  • Panaskan dan tutup kuali.
  • Biarkan seketika hingga keluar wap dan kacau-kacau biar sebati.
  • Tutup lagi dengan penutup kuali dan masak seketika lagi
  • Padamkan api dan toskan kerang.
  • Kopek kerang hingga habis dan bilas sedikit untuk buang kekotoran dalam kerang dan ketepikan.
Tips Mengopek Kerang

Nak masak sambal kerang ni perlu bersusah-susah dulu, berenak-enak kemudian. Apa taknya, banyak proses yang perlu dilakukan sebelum kerang dapat disajikan sebagai satu masakan yang enak. Kerang perlu dibersihkan dulu sehingga kulit kerang nampak putih. Kemudian direbus (setengah orang suka rebus setengah masak, tetapi Kak Noor rebus sehingga masak). Selepas itu kerang dikopek untuk mengeluarkan isinya. Kalau saiz kerang besar, senanglah dikopek, laju aje….. Tetapi kalau saiz kerang kecil, berpeluh juga mengopeknya. Tangan pula akan terasa kegatalannya disebabkan air rebusan kerang. Mulalah nak menggaru. Last-last sekali sampai satu lengan gatal.( Petikan Daripada Entri Sajian Dapur Bonda ).
Tapi la ni, dah banyak kerang segera yang boleh didapati di pasar-pasar tani atau pasaraya. Kalau ekau dah malas, bolehlah dapatkan kerang yang dah siap dikopek dan dibersihkan di pasaraya berdekatan ya kawan-kawan semua.( Dahlah tak reti masak, malas lagi..huh! ) 

 Bahan Sambal Kerang
  • 2 sudu besar cili mesin
  • 3 ulas bawang merah ~ dihiris
  • 2 ulas bawang putih ~ dihiris
  • 1/2 in halia ~ dihirs
  • 1 labu bawang besar ~ dihiris
  • 1 sudu besar kicap
  • 1 sudu besar sos tiram
  • air asam jawa
  • sedikit garam dan gula
  • 1/2 cawan air
  • minyak
Cara Memasak Sambal Kerang


  • Panaskan minyak dan masukkan bahan-bahan yang dihiris.
  • Tumis hingga bahan-bahan kekuningan dan masukkan cili mesin.
  • Masak hingga pecah minyak dan masukkan bawang besar yang dihiris.
  • Masak lagi hingga bawang layu dan masukkan kicap dan sos tiram.
  • Masukkan juga air asam jawa, garam dan gula secukupnya.
  • Kacau dan biarkan seketika, masukkan 1/2 cawan air.
  • Biarkan merenih dan masukkan isi kerang.
  • Masak lagi hingga kuah pekat dan bolehlah diangkat dan dihidangkan.
Tips Sambal Kerang Sedap


Tips untuk menjadikan sambal tumis kerang ini sedap ialah menggunakan bawang besar yang banyak. Rasa sambalnya pula mestilah menepati citarasa iaitu cukup rasa manisnya, masinnya, pedasnya, dan lemaknya. Bagi membangkitkan rasa seimbang manis dan lemak dalam masakan ini, Kak Noor gunakan gula perang. Sambal akan rasa lebih sedap sekiranya kita gunakan gula perang dicampur dengan gula putih dalam masakan. ( Petikan Daripada Entri Sajian Dapur Bonda ).  
Okeh, sekarang dah siap pun resepi lengkap sambal kerang kita. Jangan pulak lupa sediakan kacang tanah, timun, ikan bilis goreng, telur mata atau telur rebus sebagai bahan asas dalam hidangan Nasi lemak. Yang ini saya tak sebut awal-awal sebab tak kanlah ekau pun tak tahu benda-benda basic macam ni.citt.eksyen.

Sambal kerang ni boleh saja dimakan bersama nasi putih biasa tetapi ia akan lebih enak jika kita makan bersama hidangan nasi lemak.Satu lagi, resepi lengkap nasi lemak sambal kerang yang saya kongsikan ini sebenarnya saya perolehi daripada dua blogger chef masakan terkenal dalam dunia blog masakan tanahair. Dengan mengabungkan resepi dan tips mereka, dapatlah kita nikmati resepi lengkap nasi lemak sambal kerang.

Selamat Mencuba Kawan-kawan..:)


Sekalung penghargaan dan Terima kasih saya tujukan kepada Blog Sajian Dapur Bonda dan Blog Secubit Garam kerana saya kongsikan resepi dan tips masakan mereka dalam entri ini.




Post a Comment

1 Comments

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!