Dengan Bismillah dan Salam Sejahtera,
Paling best time cuti-cuti sekolah ini kalau dapat buat apa saja yang kita suka kan.Erkk..Ni kira edisi khas untuk cikgu-cikgu se-Malaysia yang sedang bercuti selama seminggu.hehe.Kali ini saya ingin kongsikan dengan anda semua cara buat puding sagu gula Melaka.Pertama kali saya makan puding sagu ni masa di sekolah.Masa tu,ada seorang rakan setugas yang rajin membuat puding sagu gula Melaka dan membawanya ke sekolah.Hmm..rasa kuah gula melaka campur santan dan dimakan sekali dengan puding sagu ni memang sedap terutamanya bila kita nikmati pada musim cuaca panas.
Gambar Puding Sagu Gula Melaka
Gambar Puding Sagu Gula Melaka
Sebelum nak kongsi resepi puding sagu gula melaka, jom kita tengok dulu gambar-gambar yang mencairkan selera kita ni ya.heheh.Bagi sesiapa yang tak kenal lagi puding sagu gula melaka ni ( sebab ni antara hidangan tradisional ) inilah masa terbaik untuk anda mencubanya.Lagi satu sebab utama kenapa saya nak kongsi resepi ni, tentulah kerana bahan yang digunakan tidak "macam-macam" dan langkah penyediaan yang mudah!
Cara Buat Puding Sagu Gula Melaka Yang Sedap, Lembut dan Mudah Disediakan.
Puding sagu yang sedap apabila kita makan ia berasa lembut, sejuk dan manis gula melakanya juga sedang elok.Nak dapatkan puding sagu yang lembut, kita hendaklah rendam dahulu biji sagu dalam setengah jam, kemudian barulah kita merebusnya.
Untuk kuah puding sagu, ada dua pilihan sama ada kita guna susu cair dan gula melaka atau gunakan santan bersama gula melaka.Dua-dua pun sedap.Tapi siapa penggemar sejati puding sagu, pasti dengan kuah santan ia lebih-lebih menjadi sedapnya.heh.
Kalau korang baru pertama kali nak buat puding sagu gula melaka ni, cara nak pastikan biji sagu kita dah betul-betul masak ialah apabila ia bertukar menjadi jernih seperti mata ikan.Air dalam periuk juga semakin likat dan masa ni kita boleh tutup api dan biarkan sekejap sebelum cuci sekejap di bawah paip untuk hilangkan kanjinya.Bila kanji dah hilang, biji sagu ni nampak macam sebiji-sebiji halus/kecil.
Bila dah campurkan warna yang kita sukai, kita boleh masukkan dalam acuan atau bekas yang kita sukai.Kalau untuk jualan, bolehlah masukkan dalam bekas container yang biasa kita lihat para peniaga jual dengan harga RM2 sebekas.
Bahan Puding Sagu:
1cawan biji sagu (warna putih)1 liter air
1 helai daun pandan simpul
Pewarna kegemaran
Cara-Cara Menyediakan Puding Sagu:
1.Rendam biji sagu lebih kurang setengah jam.Kemudian toskan
2.Didihkan air bersama daun pandan.
3.Masukkan biji sagu ke dalam air yang mendidih tadi.
4.Masak hingga sagu bertukar jernih.Tutup api dan biarkan seketika.
5.Toskan sagu dan lalukan dibawah air paip yang mengalir.Untuk buang kanji.
6.Bahagikan sagu kepada beberapa bahagian.Titiskan warna kegemaran.Kacau guna garfu.
7.Masukkan ke dalam acuan.Simpan dalam peti ais untuk disejukkan.
Bahan Untuk Kuah Gula Melaka:
1 ketul gula melaka/gula nipah/gula kabung ( hiris kecil dan nipis supaya mudah larut)
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan air
1 helai daun pandan simpul
Cara-Cara Menyediakan Kuah Gula Melaka:
Satukan semua bahan, masak hingga gula larut dan pekat kemudian tapis. Simpan dalam peti ais untuk disejukkan.
Bahan Untuk Kuah Santan :
1 cawan pati santan + 1/4 camca teh garam
Cara Menyediakan :
1 cwn santan pekat masak bersama 1 cwn air,tambah sedikit garam dan sejukkan.
Untuk menghidang:
Keluarkan sagu dari acuan, curahkan kuah santan dan juga kuah gula melaka.
Nota: Puding ni sedap dimakan bila disejukkan beberapa jam. Boleh juga menggantikan kuah santan dengan susu cair.
Enaknya dan segarnya dapat makan puding sagu gula melaka ni kann.Selamat mencuba, semua:)
Sumber Resepi :
Teratak Mutiara Kasih & 1001 Cerita 1001 Rasa
1 Comments
selamat mencuba sis:)
ReplyDeleteThanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!