Rahsia Membuat Mee Rebus Johor Yang Sedap

Dengan  Bismillah dan Salam Sejahtera,
Entah.Macam dah jadi kelaziman bagi saya, kalau kering idea nak update entri dalam blog, maka saya akan blogwalking atau pi kat Encik Google,lepas tu cari resepi makanan atau kuih muih yang sedap.haha. Lepas tu, buatlah entri berkaitan resepi yang saya dapat tu. Ok, kali ini saya nak kongsi sebab musabab kenapa Mi Rebus Johor lebih sedap dan enak berbanding mi rebus yang lain. Err..walaupun kedengaran ada unsur kenegerian, tapi percayalah, sesiapa yang pernah makan mi rebus Johor, pasti tidak akan jemu,apatah lagi untuk rasa menyesal.heheh. 
Memandangkan  saya memang asal dari Johor,maka tidaklah heran sangat dengan Mi Rebus Johor yang sedap ni.Yang menjadi kenangan dan kerinduan saya tentang mi rebus ini ialah apabila saya tidak lagi menetap di Johor dan mula bekerja di perantauan ( perantauanlah sangat kan, padahal dok kat KL je pun..).Sejak itulah, saya rindukan keenakan mi rebus Johor.Ada juga saya mencuba mi rebus yang ada dijual di bandar ini, tapi semuanya agak menghampakan.

Cakap pasal tempat-tempat best makan mi rebus Johor, seingat saya yang pernah saya cuba ialah Mi Rebus Tulang di Hutan Bandar, Johor Bahru.Selain itu, setiap kali balik ke kampung halaman saya di kawasan Felda di Kota Tinggi, saya juga akan singgah di sebuah warung kecil tepi jalan menghala ke Desaru.Wah, kepekatan kuah mi rebus di sini memang enak tak terkatalah.Subhanallah...siapalah MasterChef yang perkenalkan  resepi kat depa ni kan... 

Gambar Mi Rebus Johor 

Apa-apahal pun,kita tengok-tengok dulu,macam manalah rupa mi rebus Pujaan Orang Johor ni kan.  Alang-alang dah mengoogle, saya  sempat pilih gambar-gambar mi rebus Johor yang sempat ditangkap oleh chef-chef masakan kita.hehhe. 

Cik Matahariku suka Mi rebus Johor

Mi rebus Johor

resepimi rebus johor

Selain kepekatan kuah mi rebus itu sendiri,keenakan mi rebus ini juga adalah di sebabkan tepung goreng yang ditabur di atas hidangan mi rebus ini,digandingkan pula dengan kerangupan bawang goreng,  cili hidup,ada pulak telur rebus dan tauhu gorengnya.walaweh..lapar pulak perut dibuatnya..
mi rebus johor

Bahan-bahan:
  • 2 kilo mee kuning, dicelur
  • 1/2 kilo daging, dihiris halus ataupun tetel
  • 4 biji keledek, direbus dan dikisar
  • 1 cawan tauchu, dicuci dan dikisar
  • 3 ulas bawang putih, dikisar
  • 3 biji bawang merah, dikisar
  • 1 inci halia, dikisar
  • 1/2 cawan udang kering, dikisar
  • 3 batang serai, dititik
  • 1 inci lengkuas, dititik
  • 5 sudu makan rempah kari daging
  • garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
  • minyak untuk menumis

Bahan Taburan Tepung Udang Kering
  • 1/2 cawan udang kering, dikisar
  • 80g tepung gandum
  • ¼ camt serbuk kunyit
  • garam
  • air secukupnya
  • minyak untuk menggoreng

Bahan Hiasan
  • tahu yang digoreng, dipotong kecil
  • daun sup, dimayang
  • bawang goreng
  • telur rebus, dibelah dua
  • lada hijau, dipotong bulat
  • taugeh, dicelur
  • limau kasturi, dibelah dua

Cara-cara untuk Tepung Udang Kering
Campurkan kesemua bahan-bahan dan gaul rata. Cara menggoreng ada teknik sikit. Bancuhan tepung direnjis pada minyak dan goreng adunan sehingga garing. Angkat dan toskan. Minyak kena banyak untuk menggoreng tepung ini.

Cara-cara untuk Kuah
  • Panaskan minyak dalam periuk. 
  • Masukkan serai dan lengkuas yang telah dititik. 
  • Kemudian tumis bawang putih, bawang merah, halia dan udang kering yang telah dikisar hingga naik bau. 
  • Masukkan rampah kari kacau rata, 
  • kemudian masukkan tauchu dan keledek yang telah dikisar bersama dengan daging. (selalu tauchu dan keledek yang dikisar kita letakkan air untuk senang dikisar) jadi tak payah tambah air takut kuahnya tak pekat. 
  • Masukkan garam, gula dan serbuk perasa.

Cara untuk menghidang
Hidangkan mee yang telah dicelur bersama taugeh. Tuangkan kuahnya dan kemudian hiaskan dengan tauhu goreng, daun sup, bawang goreng, telur rebus, lada hijau, limau kasturi dan tak lupa juga taburan tepung udang kering.

Semoga resepi yang saya kongsikan ini dapat memberi manfaat kepada anda semua.Terima Kasih kepada Anns Delight de Patisserie yang telah berkongsi  resepi Mi Rebus Johor Hj Wahid ini dengan para pengikutnya di laman Facebook.Anda boleh LIKE Page beliau dengan klik pautan yang saya sediakan di sini.


Post a Comment

0 Comments