Cara Buat Biskut Suji Tradisional Dengan Sukatan Cawan

Dengan Bismillah,
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Cara Buat Biskut Suji Tradisional Dengan Sukatan Cawan.Pheww.macam nak masuk dalam laptop Ultrabook ni dan ambik sebiji dua biskut suji yang putih melepak dan gebu gebas nih.Merata saya cari Cara Buat Biskut Suji Tradisional Dengan Sukatan Cawan ni tau.

Biskut Suji Tradisional Dengan Sukatan Cawan

Kenapa Cari yang tradisional? Teringat pada rasa dan bau minyak sapi bila kita makan biskut suji nilah yang menyebabkan saya gigih cari biskut suji yang tradisional ni.Nak jugak yang warna putih dan gebu yang atasnya ada hirisan buah ceri merah.hoho.Nak jugak resepi yang buat biskut ni bolat-bolat gitu.Padahal ikut suka sendiri ko nak buat biskut suji tu macam mana kan?hahha.

Memang selama hidup ni, saya biasa makan biskut yang dah siap, tinggal telan je.Biskut Suji antara biskut kegemaran saya time zaman kecik dulu selain biskut semperit, tart nenas dan biskut kelapa.Jadi, bila dah ada blog sendiri ni, rasa nak kongsikan resepi Biskut suji ni.Selain itu nak simpan resepi ni supaya bila terbuka hati nak buat biskut sendiri, saya tak payah pening kepala nak google resepinya.

Rasa best pulak bila jadi Blogger dan ada blog sendiri kann.muehehe.

Hasil carian imej untuk gambar biskut suji

Cara Buat Biskut Suji Tradisional Dengan Sukatan Cawan
Berikut saya kongsikan resepi buat biskut suji dengan sukatan cawan dan cara membuatnya.
Bahan-Bahan :
  • 3 cawan tepung gandum (diayak)
  • 1 cawan gula halus ( gula icing ) ( boleh tambah kalau suka manis)
  • 1 tin minyak sapi jenama Ghee (200g)
  • 2 sb tepung jagung
  • 4 sb susu tepung ( kalau tak letak pun boleh )
  • Hirisan buah ceri merah sebagai hiasan
RESEPI BISKUT SUJI*
Cara Membuat Biskut Suji Tradisional
  • Masukkan minyak sapi dan gula dalam bekas menguli dan gaul sebati.(minyak sapi tak perlu cairkan)
  • Masukkan pula tepung gandum sedikit demi sedikit, diikuti tepung jagung dan susu tepung dan gaul rata sehingga sebati.
  • Gaulkan semua bahan hingga menjadi doh yang lembut.
  • Ambil tepung yang sudah diuli dengan sudu kecil bentuk bulat supaya saiz biskut sama.
  • Bentukkan tepung bulat-bulat di atas tapak tangan.
  • Letakkan hirisan ceri di atas bahagian tengah biskut sebagai hiasan.
  • Sapu minyak/ marjerin di atas loyang pembakar sebelum letakkan biskut suji yang sudah dibentuk bulat.
  • Bakar pada suhu 160 `c dalam masa 20 minit (bergantung pada oven ).
Nampak mudah dan ringkas sahaja cara membuatnya kan.Inilah resepi yang paling saya suka sebab pertama bahannya tak banyak, cara buatnya juga simple dan memang gerenti sedaplah kan,.Korang boleh refer kat sini, ramai yang dah cuba buat biskut suji dengan resepi ini dan menjadi.InshaAllah.
Sumber resepi biskut suji menjadi :Cik Nurul Aini Gebuu-

Biskut suji yang enak dan gebus

Kalau ikutkan ada je pelbagai resepi biskut suji.Antaranya yang saya jumpa biskut suji pelangi, biskut suji rangup dan macam-macam lagi.

Kalau anda berminat untuk buat biskut suji sebagai jualan sempena hari raya, saya ada kongsikan tips bisnes buat biskut raya supaya dapat untung berganda.Anda akan diberi panduan tepat dan lengkap berkaitan Bisnes Biskut Raya Dengan Untung Berganda-

Gambar biskut suji Azlina Ina

Terima kasih luangkan masa baca entri masak-masak ni :Cara Buat Biskut Suji Tradisional Dengan Sukatan Cawan.

Post a Comment

54 Comments

  1. hai sya. menaip utk raya tahun 2017 yg dtg dlm msa dua minggu lg ni. hritubuat guna resepi ni. tak sngka ramai suka. terima lkasih yee. 😊

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Assalamualaikum thun ni..pling hpyy dlm hdup sya😍sebb sye brjya menemui resepi biskut suji yg amat sye minat mkn zman kanak2 dolu2😍pling best sye brjya membuatnya..😍tq cik matahri sdi kongsi resepi biskut suji yg sngt sedappppp ni😍🌹⭐⭐⭐⭐⭐

      Delete
    2. waalaikumuslm puan, tahniah kerana berjaya buat biskut suji dengan resepi ini..sedap kann..heheh..kalau peminat suji memang akan tahu kesedapan suji sebenar mcm mana..

      Delete
    3. Assalamualaikum..kak NK Tanya resepi biskut suji ni..klau tepung gandum tukar kepada tepung suji jadi tak sedap ke? Tpi Bahan yg lain ikut sukatan Sama mcm dlm ni.

      Delete
    4. Assalamualaikum..kak NK Tanya klau tukar kepada tepung suji jadi tk

      Delete
  3. Assalamualaikum puan.

    Utk adunan ni dpt berapa biji ya?

    Btw,terima kasih atas perkongsian resepi ni 😇.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waslm sis, dengan resepi ini anggran boleh dapat dalam 60-80 biji biskut suji.InshaAllah.Ikut saiz biskut suji yang sis bentukkan:)

      Delete
  4. Inilah resepi yang saya cari-cari. Senang je guna cawan. Ty sis

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama, terima kasih cuba resepi di blog ini:)

      Delete
  5. Kalau takde minyak sapi.guna majerin boleh ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. X boleh.. Nnt x jadi biskut Suji pulak

      Delete
    2. yup betul, yang menjadikan biskut suji ni istimewa ni sebab ada bau minyak sapi..heheh..

      Delete
  6. Replies
    1. kalau gaul doh guna tangan lebih afdhal rasanya..hihi.sebab kita mudah nak ramas bahan-bahan.Boleh agak adunan dah okey ke belum.

      Delete
  7. Dah jumpa resepi biskut guna sukatan cawan.tq..nak cuba ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih cuba resepi di blog ini:)resepi sukatan cawan memang pilihan saya:)

      Delete
  8. izin copy tulisan di blog ini

    ReplyDelete
  9. As salam...kak nk tnya bila dh mix semua bahan...adunan dia memang akn jadi lembik ke?

    ReplyDelete
  10. slm sis, kalau adunan lembik, boleh tambah tepung sedikit-sedikit sampai okey:)

    ReplyDelete
  11. Kalau tak guna susu tepung sedap tak

    ReplyDelete
    Replies
    1. kurang sedap sebab trade mark biskut suji selain ada bau minyak sapi, ada jugak bau tepung susu..hehe..

      Delete
  12. salam..nk tny sis guna cawan yg mcm mane ye.sbb cawan bnyak jenis..mnta maaf ye sy bdk baru blaja..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya biasa guna cawan yang ada tangkai, yg biasa org hidang air tea tu..tea cup..

      Delete
  13. salam sis, nak tanya sb tu apa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sb dalam resepi merujuk kepada sudu besar sis, terima kasih bertanya:)

      Delete
  14. Sis knp sy bt jd keras kuning garing xputihh gebun

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin masa membakar terlebih masa, ikut kebiasaan oven puan ya jika membakar..

      Delete
  15. Salam sis, tepung suji sya ni lerai lah nak buat mcm mna ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tepung lerai boleh tambah minyap sapi sikit demi sikit sampai doh okey ya.selang seli dengan dengan tepung gandum

      Delete
  16. Salam sis tpg suji sya ni lerai la nk buat mcm mna ya?

    ReplyDelete
  17. minyak sapi 200g bersamaan bape cawan ye..?sbb sy cari tin yg 200g xdela sis

    ReplyDelete
    Replies
    1. 200g minyak sapi tu boleh sukat hampir kpd 1 cwn, kalau 250 baru tepat satu cawan.. boleh anggar sendiri kot dengan info ni ya..😚

      Delete
  18. Assalam sis, guna susu tepung jenama apa?

    ReplyDelete
  19. Assalam sis nak tanya guna tepung susu jenama apa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wkmslm..boleh guna susu tepung nespray atau anmum dan lain-lain..

      Delete
  20. Resepi biskut arab sama ke dgn biskut suji..sukatan minyak sapi ru mxmna ye

    ReplyDelete
  21. Kalau bakar sekali dengan paper cup boleh kah kak

    ReplyDelete
  22. Saya dah buat Biskut suji ni mmg sedap...thank you resipi jadi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah, terima kasih dan tahniah biskut sudi puan menjadi:)

      Delete
  23. Semoga mendapat rahmat Allah di atas perkongsian ilmu ini.tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. aamin, terima kasih doanya.semoga dipermudahkan juga untuk Encik Sekeluarga.aamin

      Delete
  24. Terima kasih di atas perkongsian, memang menjadi resepi ni.

    ReplyDelete
  25. Terima kasih atas resepinya.. baru je cuba, alhamdulillah jadi..

    ReplyDelete
  26. Assalamualaikum..NK Tanya klau pkai tepung suji bleh ke

    ReplyDelete
  27. Da 3 tahun sye follow resepi yg same ni,, Alhamdulillah mmg sngat2 membantu.. Hehe tq

    Klau bole post gmba, sye tunjuk dekat sini 😗

    ReplyDelete
  28. wahh..mesti menjadi dan sedap kann hasilnya..tahniah!

    ReplyDelete
  29. Sy ada buat hrni 1mei 2022 cantik gebu sedap tu terhangit suhu betul dh tu oven kot beza.sy guna oven KHIND.apa2tqvm Shanre resepi ya.sedap mudah myelerakan

    ReplyDelete

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!