Bahagia Itu Apa Yang Kita Miliki Hari Ini

Dengan Bismillah dan Salam Sejahtera,

Mutiara kata untuk bahagia

Dulu-dulu, zaman sekolah dan universiti saya, memang banyak masa saya peruntukkan dengan menulis.Masa tu kalau jumpa kawan baru atau kawan minta tulis autograph, sayalah orang paling happy.Itulah masa paling best sebab saya ada ruang untuk mencurah idea dan bakat yang tak seberapa.Rakan karib saya ramai yang tahu kegemaran saya ni.Sehingga ada yang minta saya " tolong ayatkan " terutama dalam bab "mengayat" kawan istimewa depa.hihi.Alhamdulillah, mereka kini sudah jadi pasangan yang sah dan membina keluarga bahagia.

Boleh baca entri ini kalau ingin lebih lagi..erkk!:
Pun bukanlah maknanya ayat -ayat cinta  yang saya nukilkan itu rekaan dan imaginasi semata, ada masa tanpa pengetahuan mereka, secara senyap dan sembunyi, nukilan kata itu juga lahir dari pengalaman saya sendiri.Apapun semuanya dengan izin Ilahi dan pinjamanNya juga.Saya cuba untuk mensyukuri semua Nikmat dan Anugerah pemberianNya.amin.

Terima kasih sudi baca dan boleh Kongsikan jika anda suka :)

Post a Comment

0 Comments