Resepi Rahsia Buat Tart Nenas Gulung Untuk Jualan

Dengan Bismillah dan Salam Sejahtera,
Tart Nenas Gulung memang antara biskut atau kuih favourite saya sejak dulu.Bila sudah berkahwin, anak-anak ikut kongsi kegemaran serupa.Hai, nampak gaya kalau setakat beli sebalang biskut Tart Nenas ni memang tak cukuplah.Mahu atau tidak Cik Mama depa kenalah belajaq buat sendiri kuih ni.Tambahan pula rega biskut tart nenas ni semakin mahal jika di bandar.

Sebelum ini, ada juga saya kongsikan resepi tart nenas yang cair dimulut.hehhe.Anda boleh cuba resepi tersebut : Resepi Tart Nenas Cair Di Mulut.

Ada satu website ni, depa tawarkan CD buat sendiri tart di rumah.Bagi sesiapa yang bekerja atau tiada pengalaman sendiri buat tart ( macam saya) memang bagus dapatkan CD khas yang mengandungi langkah demi langkah dan video buat tart sendiri di rumah.Kira, kalau ada peluang macam ni, mudahlah kan kita nak buat tart di rumah.

Anda boleh tengok Panduan Buat Tart Sendiri Dirumah dan Buat tempahan untuk mendpatkan CD tersebut.

Kalau ikutkan banyak pilihan resepi tart nenas gulung ni.Pilih sajalah nak yang mana.Bahan yang digunakan juga berbeza antara satu resepi dengan resepi yang lain.Cumanya, saya tertarik dengan satu resepi yang saya dapat ini kerana katanya ia digunakan untuk jualan.Maklum sajalah, sementara nak dekat raya, manalah tahu ada yang berminat nak cari duit lebih, maka bolehlah buat bisnes jual biskut raya kan.

Resepi Tart Nenas Gulung Untuk Jualan


TART NENAS GULUNG
Sumber: Rahel
Bahan Untuk Kulit Tart:( Dapat 180 Biji tart)
1 kg tepung gandum
625g mentega (2 1/2 buku mentega)
4 kuning telur
1 putih telur
1/2 sudu teh garam halus
15g gula halus
1 sudu teh esen vanilla

Bahan Untuk Jem Nenas
Sumber :Jintan Manis
2 biji nenas 
3/4 cawan gula pasir
sedikit pewarna kuning
cara Menyediakan Jem Nenas :
  • Buat Jem nenas dahulu,  blender nenas dengan secawan air, curahkan dalam kuali bersama gula dan sedikit pewarna kuning, kacau selalu dan biarkan betul-betul pekat dan jus nenas nye agak kering. sejukkan terlebih dahulu.
Sapuan:
1 kuning telur + pewarna kuning + 1/2 sk air-kacau sebati

Cara membuat:
  • Campurkan kuning telur,putih telur,garam,esen vanilla dan pewarna kuning dalam mangkuk kecil.Pukul sedikit.
  • Dalam mangkuk besar,gaulkan mentega,gula dan tepung hingga menjadi serbuk roti.
  • Kemudian masukkan campuran telur tadi.Gaul sebati.Masukkan dalam acuan tat gulung kemudian picit dan letakkan jem.Kemudian gulung.
  • Sapu atasnya dengan bahan sapuan kemudian bakar pada suhu 160'C selama 20 minit atau sehingga masak.(suhu dan masak bergantung pada jenis oven)
  • Jika adunan keras yakni gulungan putus-putus bolehlah tambah sedikit lagi marjerin/mentega sehingga mendapat adunan yang betul-betul lembut.

Kalau dah boleh buat kuih tart sendiri, bagus juga kalau anda berminat menjualnya sebagai bisnes sampingan terutama bagi sesiapa yang berminat nak dapatkan duit lebih menjelang perayaan ini.Anda boleh dapatkan panduan bisnes lengkap Buat Duit Dengan Bisnes Kuih Raya.Ikuti panduan lengkap yang diberi dan buatlah tempahan anda sekarang.

Selamat Mencuba dan boleh kongsikan jika Suka:)

Post a Comment

0 Comments