Salam Ramadan 1435H

Dengan Bismillah dan Salam Sejahtera,
Syukur AlHamdulillah.Ramadan Datang lagi.Bulan Rahmat dan Bulan Berkat.Bulan dimana, semua amalan baik dianugerahkan pahala berganda.Sepatah kata Ustaz di sekolah saya : Bulan Ramadan ini, Allah bagi Discount!Dalam hati terdetik juga.Discount apa pulak maksud Ustaz ni.Yelah kan, setiap ibadah yang kita lakukan Allah gandakan pahalanya.Subhanallah!.Pahala Puasa bagaimana? Yang itu, Allah sahaja yang berhak menilainya.Wallahualam.

http://cikmatahariku.blogspot.com

Alhamdulillah, Masuk Ramadan kali ini, puasa dah level mak-mak macam saya ni, tentulah kehendak dan keperluan anak-anak didahulukan.Encik Suami? Err..Dia pun dah level puasa pak-pak.Jadi, kami bersepakat, utamakan dan raikan anak-anak.

Ramadan tahun ini, giliran anak ketiga pula kami latih berpuasa.Dia tidak banyak kerenah sebab dia memang tak suka makan.haha.Jadi, puasa ke idak, tak jadi hal bagi dia.Sonang keje den.Banyak faktor juga kena ambik kira.Dari segi niat berpuasa, doa berbuka, latihan bertadarus dan juga adab-adab berpuasa kenalah ajar sikit-sikit dekat depa.

Kepada anda semua, yang sudi singgah dan menziarah Blog ini, ampun dan maaf saya hulurkan.Mohon maaf kalau-kalau ada entri yang saya terbitkan tidak dapat memenuhi keperluan informasi anda.Semoga Ramadan Tahun ini menjadi yang terbaik buat kita semua ya!amin.

Post a Comment

0 Comments