Dengan Bismillah dan Salam Sejahtera,
Adehh, kemain bulan-bulan puasa macam ni buat story pasal kuih-muih ya.Erkk.Dah agak lama saya tertanya-tanya dengan soalan berbau kuih raya ni.ngee.Sebenarnya nama biskut yang satu ni apa ? Ada yang panggil biskut semperit dan ada juga yang gelar biskut ni Dahlia.Kalau anda pula, apakah pula panggilan anda dengan kuih kat bawah ni.Cuba kongsikan dengan saya :)
Jadi sekarang, yang mana satu betul? Nama sebenarnya Biskut Semperit atau Dahlia?Sebenarnya kalau ikut saya yang memang "Hantu Biskut Semperit / Dahlia" ni, gasaklah pun nak bagi nama apa pun kan.Janji kalau kita sebut nama semperit atau Dahlia, dua rupa biskut ni je pun yang muncul.
Kalau ikut kenangan zaman bebudak hingus meleleh dulu ( gulp..erkk!) time raya dan jumpa biskut semperit ni, memang confirm mulut bersepah dan comot dengan serdak biskut ni.Mahunya tak comot dan selekeh masa tu sebab asal biskut tu masuk mulut, masa tu jugak mulut sibuk menceceh.Haa, jawab sendiri.Ada masa tersembur jugak dekat muka kengkawan.haha.
Tahu tak kenapa jadi gitu? Sebab biskut ni juga terkenal dengan tag line antara biskut yang cair dimulut selain tart nanas gulung ( yang juga sedap tu..).
Pendek cerita, kepada anda yang baru sahaja berjinak-jinak dengan dunia Homemade Cookies Raya, jangan malu-malu nak letak nama biskut raya anda.Lagi satu, kalau rasa susah sangat nak buat biskut raya, boleh cuba resepi biskut dekat sini: Resepi Biskut Homemade
Banyak pilihan dan rasanya sudah pasti ala-ala homemade.Yay!
Cukup! tak boleh cerita banyak sangat pasal makanan bulan puasa ni.Makruh!Sampai jumpa lagi.Terima kasih sudi baca dan kongsikan jika suka:)
0 Comments
Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!