Mee Kari Kerang Menu Pilihan Rumah Terbuka Raya

Dengan Bismillah dan Salam Sejahtera.
Menjelang Raya Aidil Fitri, biasanya mak-mak yang paling sibuk. Yelah dari mula malam raya, sampai hujung raya, peranan mak-mak memang tak dapat dinafikan.Sekarang ni, saya pula yang jadi mak-mak tu.heheh.Hmm..mak-makjugakkan.Apa pula menu pilihan anda semua sempena rumah terbuka hari raya ni?Kalau tak buat open house pun, apa agaknya menu plan anda untuk meraikan tetamu yang datang berkunjung ke rumah?

Kali ni saya nak kongsikan resepi best dari seorang blogger masakan yang selalu tayang masakan beliau yang best-best dan kongsi gambar masakan yang cantik-cantik.Saya suka betul dengan resepi Mee Kari Kerang yang beliau kongsikan ini.Mee kari ni memang sesuai untuk kita hidangkan kepada tetamu yang datang berkunjung ke rumah.

Sebelum kita belajar cara membuat Mee kari kerang, apa kata kita tengok dulu gambar-gambar mee Kari yang menyelerakan ni.huhai.memang sungguh buat ramai yang telan liuq.hahaha.



Resepi Mee Kari Kerang
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1/2 ekor ayam - di potong kecil
6 sb rempah kari daging (bancuh dg sedikit air)
1 keping asam keping
2 cawan santan pekat (guna 2 santan kotak 200ml)
5 cawan stok udang
1 kg isi kerang atau lebih
1/2 cawan minyak masak
2 keping fishcake- hiris nipis
10 ketul fish ball- belah 2
1 biji kentang - rebus & tumbuk
Garam dan sedikit gula
Air secukupnya

Bahan Kisar
6 ulas bawang merah
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
1/2 inci halia
2 sb cili kisar (boleh juga guna serbuk cili)
1 btg serai
2 sb udang kering- rendam & tos
1 cawan udang hidup (buang kulit & blend dg stok udang)

Bahan Tumis
1 btg kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
2 tangkai daun kari
2 batang serai - ketuk

Bahan Untutk Mee dan Hiasan
1 kg mee kuning- celur, tos & lumur minyak menggoreng bawang
3 keping tauhu kering - digoreng & hiris nipis
2 fish cake - goreng & hiris nipis
4 biji telur - direbus & belah dua
4 biji limau kasturi - belah 2
Daun bawang dan daun sup- dihiris
Cili merah dan cili hijau - hiris
Sawi - dicelur dan tos
Taugeh - goreng tanpa minyak
Bawang goreng
Cara-cara Menyediakan Mi kari kerang

  • Buat stok udang dengan membuang kulit dan kepala udang dan asingkan isi. Rebus kulit dan kepala udang seketika. Kisar dengan sedikit air dan tapis airnya. Kemudian kisar isi udang dengan air rebusan kulit udang tadi. 
  • Panaskan minyak dan tumis bahan bahan tumis. Masukkan pula bahan bahan kisar dan tumis sehingga naik bau. Masukkan pula rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air, kacau sehingga naik bau.
  • Masukkan 1 cawan air dan biarkan mendidih. Masukkan ayam yg di potong kecil dan biarkan sehingga empuk.
  • Masukkan  fish cake, fish ball, stok udang dan asam keping. Biarkan sehingga mendidih, bila kuah dah mendidih masukkan santan kotak, garam dan gula.
  • Masukkan ubi kentang yang telah ditumbuk bertujuan untuk memekatkan kuahnya
  • Akhir sekali masukkan kerang dan sesuaikan rasa dan kepekatan. Bolehlah tutup api, angkat dan hidangkan. Jangan masak kerang terlalu lama untuk mengelakkan ianya menjadi liat.
Selamat menyediakan mi kari kerang dengan air tangan sendiri:) jom kita..

Post a Comment

1 Comments

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!