Selamat Hari Merdeka Negaraku

Dengan Bismillah dan Salam Sejahtera,
Merdeka.Merdeka.Merdeka. Erti kemerdekaan bagi bebudak zaman sekarang memang tak sama dengan zaman budak saya dulu.Saya juga lahir ketika Dasar Ekonomi Baru sudah diperkenalkan.Banyak juga dasar kerajaan yang membantu orang Melayu macam saya ni berjaya hingga ke universiti dan dapat kerja untuk bantu ekonomi keluarga.


Pun begitu, setelah 57 tahun bukan maknanya kita dah tak payah fikir apa lagi kita perlu buat untuk kekalkan keamanan dan keharmonian yang kita nikmati pada hari ini.Lebih banyak kita beri sumbangan kepada kebaikan negara,maka disitulah letaknya nilai cinta akan negara yang aman makmur ini.

Tak payah fikir susah-susah untuk tunjukkan kita ini seorang yang patriotik.Kalau kerja kita sapu sampah kat dataran merdeka sekalipun, lalu kita buat dengan bersungguh-sungguh dan ikhlas sebab kita tahu itu antara tempat tumpuan pelancong.Dan dengan sikap kita bekerja kerana ingin menjaga nama baik negara yang kita cintai ini, maka itu juga tanda kita seorang patriotik. Bertambah nilai itu apabila kita niatkan pula pekerjaan kita sebagai sebahagian daripada ibadah.

Saya tahu.Ramai rakyat Malaysia yang lain pun tahu, negara kita tidak perlukan pewaris negara ini yang datang dari Vietnam, Indonesia, Myanmar,Bangladesh atau Nigeria.Kita dan anak-anak kitalah yang seharusnya mengisi erti kemerdekaan ini sehabis daya.Negara kita,Kita yang punya.Negara kita tanggungjawab kita.

Selamat Hari Merdeka, Negaraku...:)

Post a Comment

0 Comments