Selamat Ulang Tahun Blog Cik Matahariku!

Dengan Bismillah dan Salam Sejahtera,
Betul-betul saya terlupa!Kalau ikut tarikh sebenar saya bangunkan Blog ini sekitar tahun 2010.Tapi post pertama saya hanya dihantar beberapa jam sebelum saya deliver baby keempat iaitu pada Julai 2011.Uishh.Sempat lagi masa tu kan.haha.Jadi saya anggap, saya betul-betul mula berblog ialah pada hari lahir putera saya di lahirkan kerana itulah pertama kali saya post entri pertama dalam blog ini.
Tahun Pertama Berblog, saya hanya ada 11 Follower..huhu:)
Doakanlah saya terus berada di jalan yang benar dalam berblog
Alhamdulillah.Ini tahun ketiga saya menjadi Blogger yang hanya akan menulis Bila Ada Masa.Erkk.Teruk betul kan?Apapun, syukur kepada Tuhan Yang Esa, yang mengerakkan hati dan memupuk minat saya terhadap dunia penulisan.Pernah saya kongsikan sebelum ini, keinginan saya untuk menjadi penulis DIA kabulkan dengan peluang mempunyai blog sendiri.

Meski ada kala tulisan saya terbabas, terkurang dan terlajak tanpa fikir sempadan rasa pembaca, saya akui dengan menulis sebenarnya saya akan rasa lebih tenang kerana disitulah saya mencurahkan perasaan dan minat mendalam saya terhadap dunia penulisan.

Saya masih ingat, ketika zaman remaja dan berada di alam menengah, kerap juga dimarahi ibu kerana banyak buang masa dirumah dengan memegang buku dan pensel.Masa tu, macam-macam saya tulis.Konon-konon tulis cerpenlah, kadang-kadang perasan tulis novel, ada masa berlagak tulis puisi sesat dan banyak lagi.hahha.Err..mungkin itulah sebabnya saya "lambat" pandai masak!

Anak dara lain sibuk belajar memasak sebelum kawin, saya dok bawak buku dan pensel ke hulu hilir.Begitulah serba sedikit saya mula mencintai dunia penulisan dan terjebak "dengan izin Allah" dalam dunia blog.

Apapun doakanlah saya terus berada di jalan yang benar dalam berblog.amin.Selamat Ulang Tahun Blogku:)

Post a Comment

0 Comments