Dengan Bismillah dan Salam Sejahtera,
Menaip entri waktu petang dengan cuaca mendung memang sesuai kalau dapat makan benda-benda panas.Tambah-tambah lagi, saya ni mak-mak yang ramai anak dan haruslah buat makan-makan yang simple dan mudah disediakan.hehhe.Ringkasnya,ni kira golongan mak yang tak berapa rajin masak,tapi kalau nak masak, biarlah yang senang dan simple tapi rasa mesti sedap.Amacam..jumpa ke resepi yang dikehendaki tu ?
Ok,kali ini saya kongsikan satu resepi mudah buat pizza homemade dengan roti gardenia.Memang enak dan gerenti mudah disediakan.Terima kasih kepada tuan punya resepi yang tak kedekut resepi.Maklumlah akhak sorang ni,masak benda mudah pun pakat cari resepi.uhuk.uhuk.
Cara Mudah Buat Pizza Homemade Dengan Roti Gardenia
Sumber Resepi :Jendela Dapur Surianti

Bahan-bahan :
- 4 keping roti gardenia
- 2 batang sosej dicelur dalam air panas dan dihiris nipis
- Mix vege ( Sayur campur )
- 1/2 labu bawang holland dicincang kecil
- Sos prego tradisional
- Sedikit mentega
- Daun oregano (boleh dibeli dalam botol di pasaraya)
- Cheese yang diparut halus
Cara penyediaan Pizza Homemade Dengan Roti Gardenia
1. Sapu (secara nipis) sedikit mentega pada roti.
2. Sapu sos prego di atas lapisan mentega tadi.
3. Taburkan bawang holland dan mix vege.
4. Letakkan hirisan sosej di atasnya.
5. Taburkan sedikit daun oregano.
6. Akhir sekali, taburkan cheese parut.
7. Bakar pada suhu 180ÂșC selama 10 minit.

*sila gandakan bahan-bahannya jika anda menyediakan lebih.
Selamat sediakan Pizza Homemade Dengan Roti Gardenia.Pizza Homemade ni bukan sahaja mudah dan sedap dimakan,malah turut menjimatkan bagi keluarga besar seperti saya ni.hehe.Semoga berjaya mencuba ya!
0 Comments
Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!