Dengan Bismillah dan Salam Sejahtera,
Sejak menjadi guru,hanya disekolah yang terbaru ini sahaja saya tidak menggunakan rotan.Selain itu,pun tidak mempunyai rotan tapi pernah pinjam rotan kawan sebagai salah satu cara 'gertak" murid. Sekolah yang baharu ni, sekolah perempuan, jadi kenakalan murid masih dapat dikawal.Cuma pagi semalam, sewaktu kelas Sejarah berlangsung di kelas tahun 4, saya rasa sudah tiba masanya saya hukum murid-murid ini.
Nak jadikan cerita, guru kelas depa memang ada simpan satu rotan khas untuk mendisiplinkan mereka.Sampai satu tahap. saya sangat kecewa dan perlu bertindak sedikit agresif dengan merotan belakang tapak tangan budak-budak perempuan yang tak makan saman ni.grrrr.
Anak Orang Kita
Tambah sedih bila melihat yang tak buat homework dan latihan yang saya berikan untuk disiapkan dalam tempoh seminggu tu ialah anak-anak "orang kita".Dan itu bukanlah kali pertama mereka ulangi kesalahan sama.Banyak kali.Macam manalah saya tak naik angin, bila saya tanyakan sebab tidak buat homework, alasannya ialah buku hilang, buku tiada dan macam-macam lagi.Langsung tak tunjuk 'passion' terhadap pelajaran.
Pada penghujung pelajaran,saya ingatkan mereka jika tidak suka belajar subjek cikgu, dan tak suka saya rotan mereka, saya tidak akan bertanya lagi sama ada mereka buat homework atau tidak, mereka ada buku atau tidak.Mereka sendiri boleh pilih dan buat keputusan sendiri nak jadi apa dan mahu berjaya atau tidak.
Kemudian, bila bunyi loceng tamat mata pelajaran,boleh pula kumpulan murid yang tak siap homework tadi, berduyun-duyun hantar buku latihan.Saya perhatikan muka sensorang dan berbisik dalam hati.Dah kena rotan, baru rasa nak siapkan homework..grrrr..macam-macam peel pun ada..
Cikgu Dan Rotan
Bagi saya, ada masa dalam mendidik,ketegasan dan hukuman itu perlu.Tujuannya tak banyak.Cuma nak murid atau pelajar kita tahu "apa yang tak betul, yang mereka dah buat ".Hukuman dibuat sebagai peringatan supaya tidak mengulangi kesalahan.
Pasti ada yang tidak setuju dengan pandangan saya ini.Saya alu-alukan pandangan pembaca meskipun tidak sependapat dengan saya.
Niat guru dalam mendidik perlu jelas.Kalau nak guna rotan pula, janganlah sampai tahap berbirat dan berdarah.Itu bukan mendidik tapi balas dendam..erkk.
0 Comments
Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!