Cara Masak Sup Tulang Rusuk Plus Sambal Kicap Johor

Dengan Bismillah dan Salam Sejahtera,
Saya jarang sangat sebenarnya masak sendiri Sup Tulang Rusuk atau segala mak nenek sup tulang.Paling sedap sup tulang yang saya pernah makan, hasil air tangan kakak ipar dan sup tulang dekat Jalan Doraisamy.hoho.

Gambar pinjam dari Google dengan Ehsan Periuktanah.blogspot.com
Ok. Itu satu bab.Kalau dekat rumah sendiri, bolehlah harap En.Suami tolong ajar masak Sup Tulang ni kan.Memandangkan ini first time kena masak Sup Tulang rusuk, saya terpaksa mintak tolong makcik Google untuk dapatkan resepi dan cara masak sup tulang ni.

Sup tulang rusuk ni pula lebihan daging dan tulang time hari raya korban tempohari.Seperti saya beritahu dalam entri sebelum ni, saya sekeluarga sekarang ni ada kat Kampung Omak den.Orang dapat Cuti raya Deepavali sampai seminggu kann.

Nak dijadikan cerita, mak saya pulak puasa sunat Khamis, kesian pulak nak mintak tolong omak den.Encik Suami awal-awal dah tolong kerat itu tulang rusuk.Nak tak nak, saya gigihkan diri untuk buat dan mula belajar masak sendiri Sup Tulang rusuk ni.Yelah, orang dah bagi harapan dan kepercayaan kan..ecehceh.

Sebelum lagi panjang mukaddimah ke laut entri masak-masak ni, jom kita tengok dulu cara buat Sup Tulang sendiri di rumah ya.

Cara Masak Sup Tulang Rusuk Sehingga Lembut
Bahan bahan:
1 kg tulang rusuk
2 kilo daging lembu
3 ulas bawang merah-dikisar/tumbuk kasar
3 ulas bawang putih-dikisar / ditumbuk kasar
4@5 ulas bawang merah dihiris.
4 sudu besar rempah sup serbuk Adabi
1 bunjut sup - jika ada boleh masukkan sekali
1 inci halia
Garam

Bahan tabur:
Bawang goreng
Daun bawang dan daun sup - hiris

Cara Menyediakan Sup Tulang Rusuk
  • Kisar bawang merah, bawang putih dan halia.Memandangkan saya ni terlebih rajin, maka saya tumbuk je bahan-bahan ni.Katanya lebih sedap dan aromanya pun lebih wangi.Saya tumbuk kasar je pun.
  • Pastikan daging dihiris nipis dan tulang sudah dibersihkan dan dibasuh.Saya guna periuk sederhana je, jadi tulang rusuk tu kenalah kerat bagi senang nak masak kan.hehhe.
  • Masukkan minyak anggaran dua sudu makan ke dalam periuk.Bila dah panas, masukkan bahan yang dikisar atau ditumbuk tadi.
  • Masak sehingga naik bau.
  • Masukkan daging dan tulang rusuk yang sudah dikerat dan juga daging yang sudah dihiris tadi.kacau sebentar dan masukkan air secukupnya.
  • Kemudian, tumis bawang merah yang dihiris sehingga naik bau dalam kuali.Masukkan serbuk sup Adabi yang telah dibancuh terlebih dahulu dengan air.
  • Kacau sehingga mendidih.
  • Selepas itu,masukkan  ke dalam periuk rebusan tulang rusuk tadi.Kacau sebentar dan tutup periuk rebusan tulang.
  • Petua supaya daging cepat lembut, masukkan sudu makan ke dalam periuk tadi.
  • Saya lebih suka rebus sup tulang itu lama sehingga daging pada tulang rusuk tertanggal sendiri.
  • Akhir sekali, taburkan bawang goreng dan hirisan daun sup dan daun bawang sebelum dihidangkan.
Bagi orang Johor macam saya dan keluarga,tak lengkap kalau makan sup tulang ni tanpa ada sambal kicap.Kadang-kadang sambal kicap ni, boleh juga dijadikan pencicah time makan pisang goreng atau tempe goreng.Kalau dah nama Johorean tu..makan apa pon mesti mau cicah kan..haha.

Ok.Ini dia resepi mudah dan brutal dari saya cara-cara nak buat sambal kicap.

Sambal kicap Johor ambik gambar dekat Google je..
tq to KUCINGORENGGEMOK

Bahan-Bahan buat Sambal kicap :
  • Cili padi dalam setengah gengam ( saya kuat pedas, jadi malas nak kira berapa tangkai.hoho).
  • bawang putih 3 ulas
  • gula
  • sedikit garam
  • kicap lemak manis Jalen atau sebarang kicap yang anda suka.
  • 1 atau 2 biji limau kasturi.
Cara Buat Sambal Kicap :
  • Buang tangkai cili padi.Masukkan cili, bawang putih ke dalam lesung batu.Err..kalau buat sikit, saya tumbuk je, tak payah blend. Bila cili dan bawang dah agak lumat, baru masukkan gula.Tumbuk lagi sampai lumat.Jika kita tumbuk dengan gula awal-awal tadi, nanti mudah terpercik pulak cili plus gula tu.
  • Ada juga yang goreng dulu cili dan bawang putih, then baru tumbuk.Mana-mana boleh.
  • Pindahkan bahan yang ditumbuk tadi ke dalam mangkuk kecil kemudian baru tuang kicap secukupnya.Jangan banyak sangat, takut termasin pulak.hoho.Kacau sebentar.
  • Perahkan satu atau dua biji limau kasturi untuk rasa lebih segar dan mantap.hehhe.
  • Pantang larang buat sambal kicap Johor ni jangan sesekali ko campur air ya..letak kicap sudah!
Resepi asal Sup Tulang ni asalnya saya dapat dari Blog Kak Azie : Azie Kitchen.Tapi saya telah sesuaikan mengikut keperluan masakan saya sendiri.Maaf ya kak.Tapi asasnya, memang saya ikut cara masak sup tulang di blog akak.terima kasih ya.

Terima kasih sudi baca dan boleh kongsikan jika suka:)


Post a Comment

0 Comments