Dengan Bismillah,
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Memang betul kalau ramai blogger yang berjaya dan berhasil buat duit dengan blog masing-masing itu sebenarnya bukan datang bergolek depan mata.Tak jugak susah, tapi memang kena ada usaha, rancang dan bertindak.Ecehceh.

Terima Komisen keempat Dari Ashadee.Com
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Memang betul kalau ramai blogger yang berjaya dan berhasil buat duit dengan blog masing-masing itu sebenarnya bukan datang bergolek depan mata.Tak jugak susah, tapi memang kena ada usaha, rancang dan bertindak.Ecehceh.
Kalau cakap pasal duit, terbukak biji mata tu semua.heheh.serius.Itu Fitrah.Itu semulajadi tarikan kepada manusia waras yang bercita-cita untuk mengubah hidup.Mungkin saya dan anda juga sebahagian daripada mereka yang percaya bahawa hidup boleh berubah kepada lebih baik dan lebih kaya, asal sahaja kita sendiri berusaha menghendakinya dan dengan doa kepada Allah.
Entri kali ini saya ingin kongsikan bagaimana saya dapat generate income dan terima komisen bukan lagi yang pertama tapi kali ini saya sudah berjaya menjana komisen yang keempat dan insha Allah bakal menyusul komisen yang ke 14 dan ke 400..(hoho..yang ini semua memang poyo sebab tu cuma angan-angan dan impian terpendam saya.
Terima Komisen keempat Dari Ashadee.Com
Ashadee.Com dulunya dikenali dengan Jomniaga.Saya sebenarnya tak tahu pun dengan buat blog bodoh-bodoh macam ni, rupanya boleh buat duit.ewahh..sekali lagi terbukak biji mata baca bab duit eh.hohoho.
Asalnya baca blog orang lain sebab nak belajar cara buat blog yang bagus, tulis entri yang baik dan cara nak tarik traffik banyak ke blog, alih-alih sebab selalu sangat singgah BLOG BROTHER ni, saya bacalah sekali tentang entri beliau berkaitan buat duit online, jana komisen dengan jadi agen Affialiate dan macam-macam lagilah.
Belajar Sendiri Cara Buat Duit Sebagai Agen Affiliate
Maka, saya pun menyibukkan diri pergi ke website berkaitan dan cubalah belajar sikit-sikit cara nak buat entri yang sesuai dan menarik sebagai Agen Affiliate.erkk..memang terbelit lidah kalau kena sebut sendiri perkataan Affiliate tu, nasib baik den kena taip je..takdelah susah sangat nak kongsi pengalaman yang tak seberapa ni kan.uhuk.uhuk.
Sudahnya, harapan tinggal harapan.setahun jugak saya tunggu, satu habuk komisen pun tak dapat.Tapi saya lupa satu perkara masa tu, yang artikel yang saya sudah publish tentulah kekal di alam maya selagi saya tidak mendeletnya kan?
Ya, akhirnya pada pada suatu hari yang cerah, saya dapat email yang bagitahu saya dapat komisen dari jomniaga.com (sekarang Ashadee.com).Selepas itu, saya mula percaya bahawa tidak ada yang mustahil dalam dunia ini jika kita menghendaki sesuatu dan Allah IzinkanNya berlaku.Alhamdulillah..Syukur sangat beb:)
Nah, sekarang saya dah berjaya dan KAYA ( akan..Insha Allah) uihh..mata duitan sungguh den ni ha.hohoho.Ya, saya happy sebab minat saya membuahkan hasil.Kongsi info beri manfaat dekat pembaca dan pada masa sama dapat komisen.:)
Memanglah komisen yang saya generate tu sekali dapat dalam RM20 -RM25 je ..tapi kalau seminggu 4-5 kali dapat, tentu anda juga berminat bukan?
- Tak payah suruh pembaca beli, tapi kongsikan maklumat dan panduan yang kita dapat daripada produk tersebut.
- Ceritakan kebaikan dan keistimewaan produk yang kita review supaya pembaca faham kenapa kita kata produk tersebut bagus dan berguna.
- Kaitkan dengan pengalaman sendiri.
- Pengaruhi emosi pembaca dengan kongsikan kesan dan kebaikan yang kita dapat jika kita miliki produk tersebut.
Inilah yang saya dah buat dekat produk review yang saya pilih sendiri sebagai Agen Affiliate.Selain itu, kena belajar sendiri cara tulis review produk yang bertujuan untuk Marketing.
Kalau anda serius dan berminat, Google je dekat internet, sah-sah banyak benda boleh dapat.Cubalah sendiri ok.
Terima kasih sudi baca dan boleh kongsikan kepada rakan taulan yang berminat Buat Duit Dengan Blog Sendiri.

0 Comments
Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!