Dengan Bismillah,
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Malam-malam buta, sempat lagi saya singgah dekat Portal Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).Ini pun gara-gara ada link broken yang sangkut dalam salah satu entri terdahulu saya berkaitan Cuti Bersalin 90 Hari.
Alhamdulillah.Tergerak hati saya malam ni, baca semula dan check link yang terdapat dalam entri yang saya publish.Sambil baca entri sendiri, sambil buat spot check akan broken link.Kalau tak jaga betul-betul broken link ni, memang cari pasal lah kan.huhu.
Err..sebenarnya nak kongsi berita gembira kepada kalangan penjawat awam yang dah capai level pencen atau sesiapa yang bakal pencen tahun 2015.Paling kurang syukurlah sebab kerajaan ambik tahu tentang masalah pakcik dan makcik yang dah pencen tapi pada masa sama masih menanggung anak yang masih bersekolah atau sedang belajar di kolej atau institusi pengajian tinggi.
Ok, inilah berita gembira yang saya maksudkan.Semua dah tahu ke..hehheh.Biasanya bab-bab duit ni ramai yang advance dan ambik tahu.hohho.
Kadar Amaun Pencen Bulanan Penjawat Awan Naik 2 Peratus
Nampak tu, paling best start dengan pencen yang akan diterima pada bulan Januari 2015 ni.Semoga kenaikan dua peratus ini dapat membantu sedikit sebanyak kalangan penjawat awam yang sudah pencen dan dapat menikmati hidup bersama keluarga dengan lebih baik.Insya Allah.
Terima kasih sudi baca dan boleh kongsikan jika bermanfaat kepada orang lain:)
0 Comments
Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!