Dengan Bismillah,
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Malam tahun baru saya tidur agak lewat.Sekitar jam 2 pagi barulah saya dapat tidur dengan lena.Itupun setelah saya berjaya tulis penuh satu muka surat wish list 2015 dalam buku LTTD saya.Tak payah kalut dok tanya buku LTTD tu apa? Saya ada cerita pasal buku ni dalam Entri Meletup sempena tahun baru ni.
Sebaik habis menulis, saya semak kembali satu persatu, adakah ini benar-benar IMPIAN saya.Wow..boleh tahan kuat berangan jugak saya ni.hohoho.Yelah, kepala otak ni, kalau sebut list apa yang kita nak, memang melampau, cuba ko tambah dekat senarai tu, wish list yang sanggup saya buat untuk mendapatnya, mesti berkecai impian satu persatu..Pheww.
Daya Kesanggupan Kita
Ya, bukan benda mudah untuk kita dapat dan miliki apa yang kita ingini dalam hidup ini.Tulislah macam-macam impian, satu benda je kita kena sanggup untuk miliki impian kita.SANGGUP BUAT.Fikirlah.Anda sanggup ke tidak buat hal-hal yang menuju ke arah tercapainya impian?
Kalau tak sanggup buat, lupakan semua senarai wish list tahun 2015 anda, dan terimalah seadanya apa yang anda ada dan miliki.Jangan merungut dan mengeluh.Jangan cemburu akan kejayaan, kebahagiaan dan kekayaan orang lain.Noktah.
Eh, nanti dulu.Bukankah impian kita selama ini yang buat kita doa sungguh-sungguh time selepas solat Fardhu, impian kita juga yang buat kita sanggup berjimat cermat untuk beli sebuah rumah impian atau berkahwin dengan pasangan? Impian jugalah yang buat kita tak kenal penat,sanggup bangun awal pagi untuk ke tempat kerja atau ke sekolah, demi mencapai cita-cita kerjaya dan cemerlang dalam peperiksaan.
Impian Kita Harapan Kita
Begitulah impian telah buat hidup kita penuh dengan semangat, bersungguh-sungguh dan sabar dalam menempuh dugaan.Bukan begitu?
Begitulah impian telah buat hidup kita penuh dengan semangat, bersungguh-sungguh dan sabar dalam menempuh dugaan.Bukan begitu?
Agama kita sendiri mendorong supaya kita sentiasa mempunyai azam dan impian begini:Hari ini lebih baik dari semalam.Hari esok lebih baik dari hari ini.
Paling best, kalau dengan satu impian kita dapat dua perkara terbaik dalam hidup.Misalnya, bagi sesiapa yang ingin menamatkan zaman bujang.Tulislah impian anda selengkapnya.Pasangan jodoh yang bagaimana anda inginkan.
Kisah saya dulu, saya siap tulis dalam diari saya, lelaki yang akan berkahwin dengan saya mestilah yang tidak merokok, menghormati ibu bapa dan orang tua, mudah menyesuaikan diri, seorang yang berkepimpinan, solat 5 waktunya cukup dan beberapa kriteria lain.
Jika kita yang nak kahwin pun tiada gambaran lelaki atau wanita yang ingin kita nikahi, maksud saya ciri-ciri pasangan yang kita ingini, maka bagaimana kita nak fokus akan impian kita itu?
Strategi Kahwin Dan Kaya
Kahwin juga sebenarnya salah satu strategi membina kekayaan.Dengan berkahwin, pendapatan dan kewangan kita akan lebih stabil dan meyakinkan.Percayalah!.Bagi yang sudah berkahwin, akan dapat lihat kehidupan anda pasti lebih baik.Paling kurang pun, dah tak payah fikir nak order makan apa kat kedai mamak sebab dah ada "kawan baik" tolong masak kat rumah kann? hohoho.
Kahwin juga sebenarnya salah satu strategi membina kekayaan.Dengan berkahwin, pendapatan dan kewangan kita akan lebih stabil dan meyakinkan.Percayalah!.Bagi yang sudah berkahwin, akan dapat lihat kehidupan anda pasti lebih baik.Paling kurang pun, dah tak payah fikir nak order makan apa kat kedai mamak sebab dah ada "kawan baik" tolong masak kat rumah kann? hohoho.
Saya dah kahwin.Jadi saya punya potensi yang besar untuk kaya? Bukan begitu?Adakah anda yang sudah berkahwin, melihat institusi rumahtangga anda sebagai sebab anda terpaksa lebih banyak keluar duit dari simpan duit?Anda silap?
Orang yang bergelar jutawan pun tak simpan duit.Malah mereka laburkan duit, aset dan ilmu yang mereka ada.Kita pula yang tak berapa nak kaya, takut tak dapat simpan duit.huh!
Harta Sebenar Kita
Ok, fikir positif. Dalam Islam pun, harta kita yang sebenar ialah apa yang kita sedekahkah atau nifakkan ke jalan yang diredhai.Yang kita simpan tu belum tentu lagi milik kita.Jadi, jika anda sudah berkahwin, usahakan untuk banyak bersedekah, buat pelaburan kecil-kecilan dan laburkan ilmu yang kita ada.
Ok, fikir positif. Dalam Islam pun, harta kita yang sebenar ialah apa yang kita sedekahkah atau nifakkan ke jalan yang diredhai.Yang kita simpan tu belum tentu lagi milik kita.Jadi, jika anda sudah berkahwin, usahakan untuk banyak bersedekah, buat pelaburan kecil-kecilan dan laburkan ilmu yang kita ada.
Bagi si suami pula, niatkan setiap kali belanja barang dapur atau belikan keperluan isteri dan anak-anak sebagai sedekah anda.Rezeki akan bertambah jika kita banyak bersedekah kan?
Kalau masih ingin penjelasan, bagaimana kita boleh kaya melalui perkahwinan, boleh miliki atau baca buku : Strategi Kahwin dan Kaya.Harapnya buku ini dapat membantu anda lebih cepat mengapai impian.Insya Allah.
Ingat tahun 2015, mungkin sahaja boleh menjadi tahun paling bertuah dan bermakna buat anda jika anda berjaya mencapai impian, namun ia juga boleh menjadi tahun yang paling tidak bermakna jika anda sekadar berpeluk tubuh dan tak sanggup buat apa-apa untuk memilih bahagia hidup sendiri!
Terima kasih sudi baca dan boleh kongsikan jika suka dan memberi manfaat kepada orang lain:)
0 Comments
Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!