Maple Impian Terbaru Saya

Dengan Bismillah,
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Ambil masa sehingga hari ke-8 dalam bulan Februari untuk update blog memang suatu yang mengharukan bagi saya sendiri.huhu.Tersangatlah sibuknya Cik Matahari kite ni ya.Anda sendiri bagaimana? Sudah bosan menunggu update terbaru dari blog ini atau masih setia menunggu ? Atau..tak ambil port langsung...uhuk.uhuk.kecik hati den ni ha..:)



Kesibukan bukan sahaja kerana sudah bermula sesi persekolahan, malah saya menambah komitmen terbaru dengan berusaha untuk memiliki "sebiji Maple" sebagai impian masa depan saya.Nampak pelik tak? Tang mana si maple telah menjadi "sebiji" dalam cerita saya ini?

hehhe.Biarkan dulu cerita ini menjadi tanda tanya anda.Saya suka dan inginkan begitu.( sambil kenyit mata..).Harap-harap usaha terbaru ini berjaya dan dipermudahkan.Amiin..


Cakap pasal Maple, satu lagi saya nak bagitahu readers blog saya bahawasanya saya juga telah mengubah background blog kepada gambar daun maple.huh..maple lagi kan.Ada rasa nak muntah tak..apa kehalnya dengan si Maple ni??

Cuma tidak dapat edit secara besar-besaran kerana mata yang sudah semakin memberat dan mengecil tatkala menghadap Cik Acer Ultrabook ni.huhu.Terima jelah warna pink dan oren yang sedia ada walaupun langsung tak ngam gabunga warna tu.belasah jek.hoho.

Maple Impian Terbaru Saya
Ya, inilah sebenarnya.Dalam pada merancang antara sanggup dengan tidak, akhirnya saya dan Encik Husband telah memutuskan untuk memiliki si Maple.Tambah-tambah mengujakan kami kerana lokasi Si Maple ini yang terletak antara jalan menghala ke kampung halaman kami.

Sengaja saya pilih dedaun Maple ini sebagai simbolik kerana ia sangat dekat dengan impian terbaru saya dan Encik Suami.Tunggu perkembangan kisah Si Maple saya ni pada update terbaru nanti.Insha Allah:)

Inilah antara pencapaian terbaru saya sempena tahun baru 2015.Anda bagaimana? Sudah ada berita gembira ingin dikongsikan? Tulislah sedikit untuk saya dalam ruangan komen:)

Terima kasih sudi baca dan kongsikan jika suka.




Post a Comment

0 Comments