3 Sebab Penting Kenapa Peniaga Online Harus Sewa Iklan Dalam Blog

Dengan Bismillah
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Hurmm..saya baru sahaja selesai jalan-jalan blogwalking tambah maklumat dalam diri dan info untuk lebih memajukan blog.ceh gitu.Dan saya dapati, terdapat satu kecenderungan kalangan blogger baru dan lebih-lebih lagi yang lama untuk menjadikan blog depa ni sebagai medium pengiklanan.Wahh..sangat menarik bukan?

Hasil carian imej untuk gambar peniaga online

3 Sebab Mudah Kenapa Peniaga Online Harus Sewa Iklan Dalam Blog
Kali ini, saya bagi 3 sebab mudah dan paling simple khususnya kepada peniaga-peniaga online yang sedang bertungkus-lumus dan gigih memasarkan produk mereka ke seluruh Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei.

Ini Sebab Yang Ramai Orang Tak Tahu
  • Ketahuilah sesungguhnya, selain Facebook yang dikatakan mempunyai pengguna paling ramai dan aktif berbanding kalangan media sosial yang ada, terdapat satu lagi medium yang tidak disebut-sebut tetapi cukup dikenali dan telah memberi impak jualan berganda dalam tempoh panjang dan berterusan ialah menyewa tapak iklan di blog.
  • Susah nak percaya? Sebagai seorang Blogger, saya tidak hairan jika jenama-jenama terkenal seperti Digi, Samsung, Maxis dan banyak lagi sentiasa memberi perhatian agar iklan-iklan mereka sentiasa terdapat di dalam blog blogger tempatan.Bezanya hanyalah mereka menggunakan pengiklan seperti Nuffnang atau Innity sebagai wakil bagi menjalankan aktiviti promosi produk mereka.
Kadar Klik Iklan Yang Tinggi
  • Tidak dapat dinafikan, kadar "klik" dalam kalangan pembaca yang singgah ke sesebuah blog menunjukkan bahawa mereka sanggup klik iklan yang dipamerkan di blog kerana perasaan ingin tahu selain sedang membuat survey berkaitan produk sebelum mengambil keputusan membeli produk yang dingini.
  • Bayangkan jika iklan produk anda dipamerkan dalam sesebuah blog dalam tempoh tertentu, pembaca yang berpotensi sebagai pembeli akan melihat iklan yang sama jika ke Blog A dan seterusnya mendorong mereka untuk membeli produk yang ditawarkan.
Blog Anda Sendiri Tidak Dikenali
  • Jika anda sebagai peniaga online sudah mempunyai blog atau laman web sendiri, masalah yang mungkin berbangkit ialah adakah blog anda mempunyai kunjungan pelawat sehingga 5k-10k dalam sehari?Jadi jika anda berfikir tidak perlu menyewa iklan di blog sebagai tujuan promosi jangka panjang, maka anda harus memikirkannya mulai sekarang!
  • Bukan itu sahaja, yang paling menarik ialah kebanyakan blogger tempatan menawarkan kadar sewa iklan di blog mereka dengan kadar sangat rendah iaitu RM5-RM10 sebulan!Anda tidak akan dapat tawaran sebegitu jika anda mengiklan  kepada pengiklan lain di luar sana.
  • Tambahan lagi, potensi untuk pembaca atau pembeli melihat produk anda di blog saban hari sangat penting dalam mempengaruhi dan memujuk pembeli supaya terpikat dengan produk anda.Dan, bukankah ini yang anda inginkan selama ini?
Mulakan Sewa Iklan Di Blog Sekarang!


Nah, mulakan strategi pemasaran bijak anda sekarang.Blog Personal Berinsiprasi ini juga menawarkan ruang iklan untuk disewa dengan kadar bayaran serendah RM 10 sebulan.Malah lebih menjimatkan apabila anda tidak perlu pening kepala untuk fikirkan apakah gambar atau teks yang sesuai untuk dimasukkan dalam iklan anda kerana pemilik blog kebanyakannya boleh menyediakan kemudahan ini buat anda:)

Jika anda suka dengan entri ini, sila like dan kongsikan kepada lebih ramai rakan-rakan anda.Terima kasih kerana meluangkan masa membaca entri ini:)


Post a Comment

0 Comments