Sarapan Pagi Atkinners :Salad Telur Rebus

Dengan Bismillah
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Saya bukan penggemar telur rebus.Ketidakgemaran saya ni membuatkan anak-anak kecik saya jadi jakun dengan telur rebus sebab depa akan hanya jumpa telur rebus time makan nasi lemak atau pi kenduri kahwin yang ada bagi telur rebus.kesian kan.Harapkan mama dia rebus telur untuk depa sorang sebiji memang taklah.hoho.

Hasil carian imej untuk salad telur rebus atkins

Tapi memang heran jugaklah.Tang mana depa boleh suka telur rebus, saya pun tak tahu.Mungkin semua budak kecik memang suka telur rebus kot.Saya pula ada sebab sendiri kenapa gamaknya jadi tak suka dengan telur rebus ni.

Kisahnya begini.Adik beradik saya waktu kecil kami, zaman kami sekolah rendah dan menengah dulu, telur rebus tulah bekalan sarapan kami ke sekolah.Yelah, orang dulu-dulu mana tahu nak kretip atau jadikan telur rebus lebih menarik atau sedap dipandang kan.Macam sekarang ada Salad Telur bagai.huhu.Dengan sebiji sejebon tulah saya dan akak-akak saya bawak pi sekolah.Segan beb nak kupas telur dekat kantin sekolah.haha.

Ada masa saya mengelat jugak. Bawak balik ke rumah semula sarapan tu, dan makan senyap-senyap.Haa, tulah ceritanya.Tiap hari tanpa gagal emak saya bawakkan telur rebus pi sekolah.Tengok member lain bawak bekal nasi goreng, nasi lemak.Den ni ha, harapkan telur sebiji tulah.hehhe.

Sarapan Pagi Atkinners :Salad Telur Rebus

Hasil carian imej untuk salad telur rebus atkins
Gambar ni hiasan je..
Bersempena dengan Diet Atkins yang saya ikut, maka haruslah belajar untuk makan telur rebus ini semula.Tu yang pi google Salad telur subuh sapiee lagi.Padahal takat nak buat salad telur je pun.Lagi mau google.Entah apa-apalah kan.

Cara Buat Salad Telur Rebus Atkins
  • 2 biji telur *rebus dan kupas kulitnya ~ potong bulat
  • 3-4 helai daun salad *cuci bersih
  • 2 biji tomato ~ potong nipis
  • 1 biji timun muda ~ potong nipis
Masukkan dalam pinggan dan curah mayonis.Setel. Mudah bukan? Sempat jugak saya make sure kalau makan telur rebus ni apa khasiatnya yang saya dapat.ecehceh.Jom tengok apa kata Encik Google kalau kita makan telur rebus ni.

Kebaikan Telur Rebus

1. Khasiat Protein

Telur mengandungi khasiat protein yang bagus. Kebanyakan para atlet atau pun ahli bina badan mengambil telur sebagai sumber protein untuk membina otot. 1 biji telur yang besar menyediakan protein sebanyak 6g.

2. Sumber Vitamin B

Telur mengandungi khasiat vitamin B2 dan B12. Antara kebaikan vitamin B2 ialah dalam meningkatkan keupayaan metabolisme dan menukarkan sumber makanan yang kita ambil dalam bentuk tenaga. Manakala vitamin B12 pula membantu membina sel DNA dan sel-sel darah merah. Kesemua komponen vitamin B adalah sangat penting menggalakkan sistem saraf yang sihat.

3. Kandungan Anti-Oksidan

Kuning telur mengandungi 2 sumber antioksidan iaitu lutein dan zeaxanthin. Antara kebaikan lutein dan zeaxanthin untuk kesihatan ialah menjaga kesihatan mata. Walaubagaimanapun, kandungan lutein dan zeaxanthin bergantung kepada diet pemakanan ayam. 

4. Sumber Mineral

Telur juga mengandungi khasiat mineral seperti selenium, molybdenum dan iodin. Mengikut laman World Healthiest Foods sebiji telur yang besar menyediakan 13.5mg of selenium, 7.5mcg molybdenum dan 23.7mcg iodin, hampir menepati standard cadangan keperluan diet harian. Telur juga mengandungi sumber iron yang penting untuk melancarkan perjalanan darah.

Okeh.Dah cukup semua info.Mari kita buat Salad Telur sekarang.Ingat, buat diet ni mesti dengan ilmu di dada, jangan ikut sembrono jek.Terima kasih sudi baca dan boleh kongsikan jika suka..:)

Post a Comment

0 Comments