Cara Amalan Minum Air Kosong Dalam Diet Atkins

Dengan Bismillah,
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Pada hari ke-30 saya buat Diet Atkins, saya check balik diary harian saya.Pheew..tak pasal-pasal buat diary sebab nak layan diet nih.hehhe.Saya ikut je saranan mereka yang terbukti berjaya dengan kekdah diet ni supaya buat satu log book untuk list apa yang kita makan.Then, kita akan tahu jawapannya kalau kita cepat dapat turun berat badan atau sebaliknya.Yelah..kita kan apa yang kita makan..ecehceh.
Hasil carian imej untuk diet atkins dan air kosong

Cara Amalan Minum Air Kosong Dalam Diet Atkins
Asal usulnya saya ni sebelum on diet, sangatlah suka minum akan minuman manis.Kalau sehari tak ambik teh tarik barang segelas, memang tak bermakna hidup ini bagaikan.huk aloh.melampau sangat perbandingannnya ni.muehee.
Hasil carian imej untuk diet atkins dan air kosong

Bila dah on diet ni, antara saranan dalam dalam DA ialah tak boleh ambik minuman manis atau yang bergula.Senang cakap elakkan makanan atau minuman yang mengandungi gula.Itu untuk 2 minggu pertama pengambilan diet ni.

Kalau berat dah mula ok dan menunjukkan penurunan yang memberangsangkan, bolehlah ambik makanan atau minuman yang ada gula.Itupun kena bajet jugak beb.Bukan ikut suka ko je.

Saya juga minum air kosong.Tapi masa tu hanya minum air kosong bila betul-betul dahaga,Kalau setakat nak minum sesaja, saya taklah minum air kosong.Memang saya notice yang saya ni tak tentu lagi boleh habiskan air kosong berliter-liter dalam sehari.

Hasil carian imej untuk diet atkins dan air kosong
Saranan DA dalam Fasa Inductions
Jadi apa saya buat supaya dengan DA ni, saya berjaya ikut saranan depa yang ajar supaya minum air kosong ikut kadar berat kita.Iaitu setiap 25 kilogram berat ko, ko kena ambik 1 liter air kosong.Nampak kat situ, berapa liter saya kena habiskan air kosong dalam sehari?Sah-sah berat saya ni mesti kena habiskan dalam 3 liter beb..

Tips Minum Air Kosong dalam Diet Atkins
Demi merealisasikan hasrat dan azam saya dalam DA ni, maka saya cuba kekdah-kekdah ini supaya saya boleh make sure yang saya dapat minum 3 liter air kosong dalam sehari.Ok, macam ni yang saya buat:

Hasil carian imej untuk diet atkins dan air kosong
  • Saya sediakan satu jug ( di rumah) atau botol air minuman untuk ke tempat kerja dengan sukatan 1 Liter.Kalau kat rumah, saya minum air kosong dengan tuang dalam satu gelas.Kalau habis satu gelas, saya isi dan akan pastikan air dalam gelas tu sentiasa saya minum sambil tengok tv ka, masak ka, buat kerja depan laptop ka dan lain-lain.
  • Kalau attend mesyuarat guru atau pi kelas, saya usung botol air tu sekali.Tambah lagi musim panas macam sekarang, cepatlah habis setakat 1 liter tu.
  • Buat aktiviti yang boleh mengeluarkan peluh.Saya perasan bila saya banyak buat aktiviti yang keluarkan peluh, kita akan rasa dahaga dan dengan mudah dapat minum air dengan banyak.
  • Minum air siap -siap sebelum makan.Ini pun petua supaya perut tak buncit dan cepat kenyang.
  • Kalau rasa teringin nak makan sesuatu antara waktu makan, ambik dan minum air kosong dulu.gerenti rasa lapar tu akan berkurang.
Inilah yang saya buat untuk pastikan saya boleh minum air kosong ikut berat saya.Al Hamdulillah.Ia sangat membantu dan bantu saya atasi masalah sembelit kita dalam DA.

Bagaiaman dengan anda yang buat DA ni.Macam mana korang buat untuk minum air kosong seperti yang ditetapkan.Jom kongsi dengan saya dlm ruangan komen:)

Selamat mencuba dan terima kasih baca entri ini:)

Post a Comment

0 Comments