Cara Mudah Popularkan Entri Baru Dalam Blog

Dengan Bismillah,
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Selepas saya publish entri dengan tajuk ini : Blog Capai Pageviews 2 Juta Dalam Tempoh 6 Bulan, saya mendapat komen yang bertanya bagaimana saya lakukan pencapaian tersebut.Yup! setakat 2 Juta PV bagi sesetengah blogger apalah sangat kan, mungkin anda boleh capai dalam tempoh lebih singkat.Cumanya, sebagai menghargai komen dan pertanyaannya itu, maka saya kongsikan kali ini entri khas atas permintaan beliau.Saya harap dia dan anda yang membaca entri ini akan dapat banyak manfaat, khusus untuk memajukan lagi blog anda semua.Insya Allah:)

Cara Popularkan Entri Baru Dalam Blog
Sebenarnya ramai blogger yang dah buat perkara ini, cuma mungkin definisi atau memberi nama dengan kaedah lain.Saya pelajari hal ini pun dengan membaca banyak blog tempatan dan dari seberang yang berkongsi tips bagaimana mahu meningkatkan traffic ke blog kita.Jadi, antara yang saya dapati dari blog tersebut ialah Cara Popularkan Entri Baru Dalam Blog.

Perkara pertama yang saya buat ialah kenal pasti manakah entri atau post paling popular dalam blog.Kemudian, saya draft post terbaru yang boleh dikaitkan dengan entri popular tersebut. Ini contoh yang saya buat.

cara mudah tingkatkan pelawat ke blog
Cara Popularkan Entri Baru Dalam Blog
Apabila anda sudah publish entri terbaru tersebut, jangan lupa buat satu link dari post popular ke entri terbaru supaya pembaca akan klik entri baru tersebut.Kemudian buat juga satu pautan dari entri baru ke post popular tadi supaya pembaca akan terus klik mana-mana entri anda.Proses ini boleh dibuat secara berkala atau berterusan bagi memastikan pembaca akan dapat stay lebih lama di blog anda.

Hal ini secara tidak langsung, akan mengurangkan bounce rate di blog anda.Bounce rate blog yang rendah menunjukkan anda mempunyai bilangan pembaca yang "stay lama" di blog anda untuk mendapat atau mencari maklumat yang mereka ingini.Dan katanya, ini mengikut pendapat ramai pakar seo dan blogger senior, google suka dekat blog yang mempunyai bounce rate rendah:).

Kesan jangka panjang yang saya dapat dengan buat teknik ini ialah entri baru saya turut menjadi antara paling popular dalam blog.Cuba lihat ini :

Cara Mudah Popularkan Entri Baru Dalam Blog
Sebenarnya ada satu lagi faktor penting untuk popularkan entri baru anda.Ya, sedikit sebanyak anda kena tahu menulis entri dengan ciri atau teknik yang mempunyai SEO.Apakah SEO?sebagai seorang Blogger, tidak kiralah anda menulis untuk kebajikan atau tujuan pemasaran atau perniagaan, penulisan dengan teknik SEO sangat penting.

Mengapa saya katakan begitu?

Ini kerana, dengan menggunakan penulisan yang mengutamakan SEO, artikel atau post baru yang anda publish dalam blog, akan mudah ditemui oleh para pencari maklumat.Jadi, meskipun anda sudah buat pautan atau link antara entri popular dengan entri baru, ditambah post baru tersebut disediakan dengan ciri penulisan SEO, maka lebih ramai pelawat akan singgah ke blog anda.

Tidak perlu rasanya untuk saya ajar anda menulis dengan ciri SEO, kerana banyak maklumat tentang SEO ini boleh anda perolehi dengan hanya google atau taip 3 huruf paling berkuasa dalam menentukan kualiti sesuatu blog ini.

Ok.Saya kongsikan satu blog yang menjadi kewajipan saya sebagai rujukan dalam penulisan blog ialah blog ini- Blog Untuk Belajar Menulis Blog.

Setakat ini dahulu perkongsian saya tentang cara popularkan entri baru dalam blog.Jika anda mempunyai teknik atau kaedah yang lebih baik dalam menjana traffic ke blog, apa kata anda kongsikan dalam ruangan komen nanti.

Terima kasih sudi baca entri baru saya kali ini.Apapun ilmu hanya berguna apabila kita mengamalkan dan memanfaatkannya!

Sampai jumpa lagi:)



Post a Comment

0 Comments