Ke Arah Target Pageviews Blog 10K Sehari

Dengan Bismillah,
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Rasa kembang setaman je senyuman saya dipagi hari ini.Mana taknya, pencapaian Pageviews (PV) blog saya menghampiri 10k pada tempoh 24 jam semalam.Tengok graph overview dekat dashboard Blogger.com pun sedang cantik je naik.Wehh..memang semakin hampirlah target saya untuk dapatkan PV dan UV blog yang lebih baik mulai Jun 2015 ini.AlHamdulillah.Syukur beb!

Memandangkan blog ini pun bukanlah blog femes, malah tak semengah mana pun, jadi dengan PV blog 10k sehari, ia cukup buat saya excited terlebih sudah.hohoho.

Pageviews Blog Semakin menghampiri target 10k sehari


Pageviews Blog Pada 10 Jun 2015


Bilangan UV turut meningkat ke 2k sehari
Pencapaian PV Blog sehari dengan 10k antara yang terbaik saya capai pada tahun ini.Saya tidak pasti mengapa PV blog agak banyak pada hari semalam, cuma sepanjang pengamatan saya mungkin kerana saya publish dua entri sehari dan juga beberapa entri popular saya mendapat bilangan G+ (Googe Plus ) yang bertambah.

Banyak juga pendapat yang saya pernah baca dan mengatakan bahawa semakin banyak entri kita yang mendapat perkongsian g+ ( google plus), maka ia akan menyebabkan blog kita mendapat rangking lebih baik di enjin carian Google. Secara tidak langsung juga, ia akan memudahkan artikel yang kita publish mendapat rank terbaik dalam enjin carian.

Mungkin juga sebab inilah saya berjaya capai bilangan PV blog ke 2 Juta dalam tempoh 6 bulan seperti yang saya kongsikan dalam entri ini : Blog Capai 2 Juta Dalam Tempoh 6 Bulan-

Jadi, ianya saling berkaitan. Pun begitu, bukanlah tujuan saya paparkan bilangan PV dan UV blog ini sebagai "pertunjukan masuk bangkul angkat sendiri", melainkan saya positif dengan azam dan target saya terhadap kemajuan blog sendiri.

Saya berpegang, bila kita buat sesuatu mesti ada hasil.Hasil itu datang bila kita usahakan dengan bersungguh-sungguh dan perancangan rapi.Hasil pula, bukanlah ganjaran dunia semata.Kalau boleh kita dapat dua ganjaran sekaligus.Dunia dan akhirat.Amiin.InsyaAllah.

Buat masa ini, fokus saya masih mendapatkan lebih banyak PV dan UV blog kerana saya juga menjalankan program Affiliate secara serius dalam blog.Mahu atau tidak, jika saya mahu dapatkan lebih banyak komisen, maka saya juga perlu mempunyai bilangan pelawat yang berpotensi sebagai pembeli kepada jualan produk digital dan fizikal yang saya tawarkan.

Apapun, content blog pun kena jaga.Ada masa tulis apa yang orang suka baca, tapi disebabkan ini blog kita sendiri, kita tulislah apa yang kita suka..hehhe.

Terima kasih sudi luangkan masa dan baca entri :Ke Arah Target Pageviews Blog 10K Sehari.Sampai jumpa lagi..

Post a Comment

0 Comments