Momen Berharga di APC 2015 Peringkat JPWP

Dengan Bismillah,
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Menulis entri kali ini terasa sedikit kekok.Alasan utamanya ialah kerana kali ini saya cuba menulis mengenai diri sendiri, yang kebanyakan "penulis sejati" tidak gemari.Apapun, seperti yang saya luahkan dalam tajuk post saya kali ini, maka saya ingin kongsikan kepada pembaca yang rajin singgah dan menjadi readers di blog saya, momen indah dan berharga ini pasti tidak kan sama untuk lain kalinya.Bukan begitu?

Berita gembiranya bukan kerana dapat Sijil dan wang saku berbentuk Sijil Simpanan Premium, tetapi lebih kepada penghargaan atas usaha gigih dan curahan keringat yang mungkin sahaja masih lagi kecil nilainya.Ya, itu sahaja.

Semoga momen ini akan menjadi inspirasi kepada putera puteri saya bahawa tidak ada sempadan atau garisan noktah dalam mencapai sesuatu yang terbaik dalam hidup kita.

Mengejar dan mendambakan Syurga Allah juga merupakan perkara terbaik yang mesti kita usahakan meski jalannya berliku dan sangat panjang untuk ditelusuri.

Jangan mengharapkan ini semata dalam usaha mendidik murid-murid kita, tetapi ia perlu sebagai proses pembelajaran kepada mereka bahawa :Guru jangan tunjuk contoh sahaja, tapi harus pula jadi contoh..:)

Sekalung tahniah dan penghargaan buat semua penerima APC pada tahun ini.Semoga anda terus sukses membina dan menyemai budaya cemerlang dalam setiap pekerjaan yang diusahakan.Aamin.

Nah, saya belanja gambar:)

Majlis APC dilangsungkan di Institut Latihan Dewan Bandaraya, Cheras,Kuala Lumpur
Kali pertama saya attend majlis APC dalam tempoh perkhidmatan ke-4 tahun-AlHamdulillah :)
Bersama rakan setugas- Yang menerima APC buat kali ketiga dalam tempoh perkhidmatan 19 tahun.Rezeki..:)
Turut mendapat APC ialah Guru Besar saya yang akan berpencen dalam tempoh dua minggu lagi..

Doakan saya terus Istiqamah mendidik puteri-puteri saya di sekolah
Terima kasih baca entri ini.Semoga terus sudi menyokong blog kecik saya..:)

Post a Comment

0 Comments