Blog Capai 3 Juta Pageviews Dalam Tempoh 2 Bulan

Dengan Bismillah,
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Haih.Rasa macam baru semalam saya belajar buat blog.Seperti baru semalam saya kongsi cerita yang blog saya dapat Capai 1 Juta Pageviews.Tup.tup hari ni bila bukak dashboard blogger saya senyum sensorang.heheh.Hey!blog saya dah capai 3 juta pageviews!!



Alhamdulillah.Semuanya dengan izin dan kurnia Ilahi.Rezeki betul.Yelah kan, nak dapat cash 3 juta macam lambat laun lagi, syukurlah Allah bagi rasa happy dapat 3 juta pageviews.hehhe.Terima kasih kepada semua readers blog saya.Entahlah.Saya pun bukan kenal sangat sesiapa yang baca atau terjumpa blog ni, yang penting lawatan korang nilah yang sedikit sebanyak telah menyebabkan pageviews blog ini naik dengan sangat mendadak sehingga capai 3 juta dalam tempoh 2 bulan.Terbaiklah..:)

Pada masa sama, rasa bersalah jugak.Manalah tahu kan, ada secret admirer blog ni yang naik fed up time singgah blog ni.Yelah, cuba korang kira dah berapa lama blog ni tak berupdate? Asal singgah blog ni, entri tu jugaklah yang korang jumpa.huhu.

Apa nak buat, terimalah hakikat yang den ni ha cuma akan berblog kalau ada masa free.Macam nilah.Takpun free sangat, tapi memandangkan esok cuti, anggaplah ada banyak masa free nanti.:)

Tips Capai Pageviews Blog 3 Juta Dalam 2 Bulan
Pada bulan Mei 2015, blog saya telah capai PV sebanyak 2 juta.Dalam tempoh dua bulan, pageviews blog ini meningkat dengan mendadak sehingga 3 juta. Saya dapati ada beberapa tips yang saya cuba dalam blog ini telah berhasil. Saya harap dengan sedikit tips yang saya kongsi dapat bantu Blogger baru untuk buat hal yang sama.

cara-cara buat bihun goreng sedap
  1. Tulis entri tentang hal yang menjadi masalah bagi orang lain.
  2. Kita cuba selesaikan dan bantu mereka.Misalnya saya buat entri mudah macam ni : Petua Mudah Buat Bihun Goreng Sedap.Asalnya saya sendiri selalu "failed" time nak buat bihun goreng ni.Then, saya belajar dengan mak mertua saya.Saya kongsikan pengalaman yang kecil dan sedikit ini dalam blog saya.Nampak macam simple sebab masak bihun tu macam senang je kan? Tapi buat akak-akak yang baru belajar pegang sudip, bab masak bihun ni susah beb!hehhe.Dekat situ je, sepanjang bulan Ramadhan sampailah Syawal, saya dah boleh kumpul view yang banyak.Cubalah...:)
cara-cara buat agar-agar santan pandan
  1. Gunakan perkataan magik yang dapat tarik perhatian pembaca.Sebenarnya, ada antara entri resepi yang saya kongsi, diambil daripada blogger masakan femes, saya cuba olah tajuk bagi resepi tersebut supaya saya boleh tackle pembaca di Google search.Misalnya begini :Saya ingin kongsi cerita yang saya sangat suka akan agar-agar santan pandan.Jadi, saya jumpa resepi yang saya sudah mencubanya dan sangat sedap rasanya.Saya tahu kalau saya buat tajuk yang sama macam ramai lagi blogger lain tulis, entri saya tu mesti dah ke laut dan orang tak jumpa.Jadi apa yang saya buat, saya olah tajuk yang dapat tarik perhatian pembaca seperti ini : Cara Sebenar Buat Agar-agar santan. Mesti ramai yang nak tahu kan "cara sebenar" buat agar-agar santan?
  • Satu lagi, saya juga suka buat follow up bagi entri popular dalam blog saya.Bila saya buat macam ni, hasilnya entri baru atau entri follow up juga jadi popular.Boleh baca entri follow up saya yang ini : Punca-punca kek coklat kukus Tidak Menjadi-secara tak langsung, pembaca akan baca kedua-dua artikel dan membantu meningkatkan pageviews blog.Mudah kan?
Cuba buat tiga tips mudah yang saya kongsikan ini, khususnya kepada Blogger baru.Insya Allah, pasti berhasil.Yang penting kena rajin belajar dan timba ilmu daripada ramai lagi Blogger Otai yang PV blog depa bukan setakat puluh juta malah followers juga ramai.

Terima kasih sudi baca entri :Blog Capai 3 Juta Pageviews Dalam Tempoh 2 Bulan-semoga memberi manfaat kepada anda semua:)

Post a Comment

2 Comments

  1. Bestnya. Saya pun suka baca resepi-resepi yang ada kat blog ni. Terima kasih untuk tipsnya. Jadi inspirasi untuk terus rajin update blog. Moga blog saya pun dapat juta-juta pageview juga. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah, terima kasih tau sudi singgah n blogwalking blog saya:) Saya doakan blog sisi juga akan lebib berjaya dari blog saya, aamiin:)

      Delete

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!