Mohon Maaf, Sampai Jumpa Lagi

Dengan Bismillah,
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Tak lama je lagi.Ramadhan kali ini yang seingat saya begitu pantas waktunya berlalu.Ramadhan yang bagi saya sedikit letih kerana menguruskan kerjaya dan rumahtangga.Pun Ramadhan paling manis bagi saya kerana berusaha sedaya upaya menyediakan sendiri juadah berbuka puasa.Sangat puas hati dan mengembirakan:)


Saya anggap inilah entri terakhir sebelum Blog saya bercuti seiring dengan cuti raya tuan tanah.hehhe.Balik kampung cuti raya kali ini sangat pendek tempohnya. Sehingga saya dapat rasa kurangnya waktu dapat bersua teman-teman lama dan saudara mara.

Apapun, dapat bersama bonda dan keluarga tercinta sempena lebaran ini sudah cukup membahagiakan saya sekeluarga.AlHamdulillah:)

Untuk itu, dalam kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada sesiapa jua yang sudi singgah dan melawat blog kecik saya sama ada mendapatkan info dan resepi kerana dengan kesudian anda semua datang berkunjung, blog saya telah mencapai bilangan Pageviews sehingga lebih 20k sehari.Begitu juga dengan bilangan Unique Visitor yang bagi saya sangat memberangsangkan dan akan saya ceritakan kemudian..:)

Hasil carian imej untuk gambar kad raya

Sebagai manusia biasa, saya juga mohon maaf zahir dan batin andai sepanjang anda mengikuti tulisan saya dalam blog ini, ada perkara-perkara yang saya luahkan dan kongsikan tidak sesuai, tidak bermanfaat dan menyinggung hati dan perasaan anda semua.

Semoga setiap manfaat yang anda perolehi daripada blog ini sentiasa diberkati Ilahi dan saya juga mohon semoga anda dapat kekal memilih blog ini sebagai antara santapan minda anda.

Sampai jumpa lagi dan Selamat Meraikan Syawal yang bakal menjelma:)

Post a Comment

0 Comments