Tahun Ke-4 Berblog

Dengan Bismillah,
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Alhamdulillah.Syukur sangat.Walaupun tengelam timbul dengan publish post yang tak berapa nak ada sangat, sampai jugak umur blog ini ke usia 4 tahun.Muda dan kecik lagi kan.muehehe.Umur tuan tanah je yang tak berapa nak kecik.erkk.

Tak banyak pun post yang saya dah publish.Cumanya dalam pada tak banyak tu, dalam senyap-senyap, blog saya bakal capai pageviews 3 juta tak lama lagi tau.uhuk.uhuk.Terima kasih kepada semua pembaca blog Cik Matahariku.Yang rajin hantar komen mahupun yang silent readers, kalian memang penyumbang terbaik kepada angka tersebut.Terima kasih ya!

Saya mula berblog secara serius walaupun masih part time pada tahun Julai 2011.Ini pula antara header blog yang pernah saya gunakan sepanjang 4 tahun berblog.Macam-macam style ada..heheh.






Dalam tempoh 4 tahun berblog, pada tahun ketiga, saya mula serius pula ke bidang Affiliate Marketer.Satu program buat duit dengan blog!Sangat mengujakan dengan berblog ini.Sehingga secara peribadi, saya dapat gunakan duit berblog ini untuk menampung bayaran deposit bagi pembelian rumah terbaharu saya di Negeri Sembilan.Alhamdulillah:)

Ya, saya belum ada niat untuk bersara dalam dunia blogging ini.Selain ia merupakan bidang kecintaan saya, iaitu menulis dan menulis, saya ingin sumbangkan lebih banyak artikel dan info yang dapat dimanfaatkan kepada semua readers blog saya.Insya Allah.ameen.

Sebenarnya banyak lagi yang saya tak tahu dan ingin belajar mengenai dunia blog.Semoga Allah permudahkan dan berikan banyak peluang dan kesempatan baik untuk saya perbaiki dan tingkatkan blog saya ni.ameen.

Akhir kata, terima kasih kerana memilih blog kecik saya sebagai pilihan info anda dan doakan saya sukses mencapai impian dunia akhirat saya.

Terima kasih semua:)



Post a Comment

0 Comments