Terima Bayaran Komisen 3 Angka Dari Affiliate Sweet Muslimah

Dengan Bismillah,
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Haih.Rasa semakin berkurang masa saya didepan laptop sekarang.Balik rumah pun, laptop dok terperuk dalam beg galas pi kerja.Kalau sebelum masuk bulan puasa, ada juga masa satu atau dua jam untuk saya blogwalking atau update blog kat rumah.Sejak masuk bulan Ramadhan ni, jumlah masa 24 jam sehari jadi macam cukup-cukup je untuk saya uruskan kerjaya dan rumahtangga.Untuk berblog sebagai part time pun tak sempat.

Tapi dalam pada tak sempat, saya masih tetap dapat tengok-tengok email yang saya terima.Dan paling terbaru, tentulah yang ada kaitan dengan tajuk entri yang saya publish hari ni.hehehe.

Alhamdulillah.Syukur sangat-sangat kerana rezeki saya sebagai Affiliate di sweetmuslimah masih berpanjangan dan kali ini lebih-lebih mengembirakan saya.Dapat komisen tiga angka bukanlah hal baru sejak saya berjinak-jinak sebagai Affiliate, tapi ini merupakan yang pertama dari sweetmuslimah.
Komisen 3 Angka sebagai Affiliate sweetmuslimah
Mungkin juga sempena perayaan Aidilfitri yang bakal menjelang, geng-geng muslimah kita sakan shopping online ye.uhuk.uhuk.Kalau ada kengkawan blogger yang berminat untuk sama-sama buat duit dengan blog sebagai Affiliate, saya kongsikan dekat entri ini,Tips jana komisen dari Affiliate sweetmuslimah:)

Cakap bab shopping online ni, bagi anda yang pertama kali dengar butik online sweetmuslimah ni, pasti ingin tahu apakah produk yang dikeluarkan oleh sweetmuslimah?

Kalau ikutkan, anda boleh je klik terus link sweetmuslimah ni, tapi hari ni den nak balas dendam sebab dah berhari-hari tak dapat nak publish post.Marilah saya kongsikan serba sedikit apa yang best untuk kita shopping kat online shop ni. Jom kita tengok:)

Kurung Premium Dengan Skirt Labuh


Yeahh..ini yang paling best sebab saya suka design dia yang simple tapi tetap menawan kalau nak pakai pergi raya sekalipun.Kalau anda sukakan baju kurung ringkas tetapi masih mengekalkan kesopanan, saya memang suggest dan reccomended kat anda semua akan kurung premium yang hanya boleh diperolehi di sweetmuslimah online ni.

SM09 00008
Pilihan lengan bergetah yang sangat selesa
SM09 00002
Pilihan warna kurung polos dengan skirt
bercorak floral yang menawan hati
 
Banyak lagi pilihan warna kurung dan skirt yang kita boleh pilih, kalau nak bagi hati korang lebih senang hati time nak shopping, baik cepat-cepat pi terjah sweetmuslimah ya!

Jubah Cutton Dengan Princess Cut
Yang ini juga salah satu koleksi yang anda boleh dapat di sweetmuslimah.Nak-nak bagi orang pompuan yang saiz badan tak berapa nak kecik..mueheee..confirm saya pun dalam kategori ni.hahah.

Anda boleh juga dapatkan Jubah cotton Dengan Princess Cut lagi beb dekat sini.Saiz jubah sampai tahap gaban..erkk..sampai 3xl ko..punyalah puas hati kalau dapat satu atau dua helai kann..

Meh, saya belanja gambar dulu:)

MT90 Hitam Pink
Jubah yang direka khas dengan kemudahan Nursing Friendly

Q154 Krim Tua
lengan bergetah yang kemas dan selesa
Q170 Merah
corak bawah kain yang berombak juga menarik hati 

Kalau ikutkan memang banyak nak kongsi dekat sini, karang kalau upload semua gambar kat sini, baik saya je buat online shop kan.hoho.

Tak payah cakap banyak, korang pi singgah sekarang online shop ni.sweetmuslimah.com-Butik pakaian muslimah terbaik- kalau dah singgah tu, jangan lupa shopping barang sehelai dua kurung atau jubah yang berkenan ya!

Terima kasih sudi baca entri ni, selamat bershopping!

Post a Comment

0 Comments