Dengan Bismillah,
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Ketika awal usia perkahwinan saya dengan Encik Suami, sambal tumis merupakan antara menu yang paling ngeri yang saya kena sediakan.Huh..teruk betul dengarnya kan?Ada masa saya belajar buat sendiri sambil tumis di rumah tapi dengan syarat time saya belajar membuatnya Encik Suami tiada di rumah atau pergi bekerja.huhu.
Resepi sambal tumis ikan bilis yang simple tapi sedap by Blogger Cik Matahariku:)
Alasannya mudah sahaja, saya tak mahu Encik Suami tahu kalau saya telah buang sambal tumis tak jadi saya tu free-free je dalam bakul sampah.Sampailah satu hari yang cerah tu, time balik ke rumah mak mertua, saya tanyakan ibu mertua bagaimana nak sediakan Sambal tumis yang sedap seperti yang kerap disediakan ibu mertua saya jika kami pulang ke kampung menziarahinya.
warna sambal tumis yang merah gelap menunjukkan sambal tumis itu telah dimasak lama, selain gabungan gula dan perahan asam jawa yang menambah lagi kelazatan sambal tumis.
Sejak itulah, saya mulai mempunyai keyakinan membuat sambal tumis sendiri dan berani menghidangkannya jika ada tetamu datang berkunjung.Kali ini saya mahu kongsikan dengan anda apakah petua dan cara menyediakan sambal tumis yang enak dan boleh disimpan sehingga beberapa hari jika anda menyediakannya dengan betul.
Penggunaan bawang merah yang agak banyak merupakan salah satu petua bagi menjadikan sambal tumis lebih sedap dan mantap.ceh gitu:)
Resepi Sambal Tumis Secukup Rasa ( Just Nice )
Resepi asal : Mak Muo Blogger Cik Matahariku
Bahan-Bahan
5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
satu gengam setengah ikan bilis
2 labu bawang besar
3 cawan cili kering blend ( buat banyak sebab sambal akan tahan lama)
1 sudu teh / sudu kfc pes Asam Jawa Adabi Extra
6 sudu makan gula
Garam secukup rasa
Minyak yang secukupnya
1 cawan setengah air
Cara Menyediakan Sambal Tumis Yang Sedap
- Tumbuk atau blend bawang merah, bawang putih dan ikan bilis.Hiris bawang besar.Saya suka hirisan bawang besar yang sedikit tebal supaya kita dapat meratahnya dengan nasi.
- Panaskan minyak dalam kuali.
- Masukkan terlebih dahulu bawang besar yang dihiris tadi.Bawang besar yang digoreng terlebih dahulu juga antara petua untuk dapatkan sambal tumis yang sedap.Bila naik bau, barulah masukkan pula bahan yang ditumbuk atau dikisar tadi.
- Masukkan pula cili kering yang sudah diblend.Sambal tumis akan berasa lebih enak jika menggunakan cili kering dan bukan cili boh yang banyak dipasaran.
- Pastikan minyak mencukupi supaya cili kering itu dapat masak dengan sepenuhnya.
- Masukkan air dalam satu cawan setengah sahaja dan kacau perlahan.Jika anda masukkan air yang banyak, ia akan menyebabkan sambal tumis kurang bertahan lama.
- Masukkan perahan air asam jawa dalam satu sudu teh atau sudu kfc.Asam keping atau asam gelugor juga boleh mengantikan perahan air asam jawa.Tapi kena pastikan segera diangkat asam keping tersebut selepas sambal sudah masak.
- Masukkan gula, garam dan serbuk perasa secukupnya. Pastikan api sederhana atau kecil sahaja.Sambal tumis yang dimasak sehingga naik minyak akan membantu sambal tumis menjadi lebih tahan lama.
- Biarkan sehingga sambal tumis anda naik minyak barulah ditutup api.
Sambal tumis lebih sedap jika bawang merah, bawang putih dan ikan bilis ditumbuk berbanding kalau kita blend sampai lumat.
Petua Dan Cara Buat Sambal Tumis Yang Sedap Dan Tahan Lama
Sambal tumis yang saya kongsikan resepinya ini sebenarnya lebih kepada sambal tumis kosong.Jika anda mahu membuat sambal tumis ikan bilis, asasnya sama seperti diatas.Cuma biasanya saya akan goreng ikan bilis itu dan kemudian barulah masukkan ikan bilis yang sudah digoreng.
Sambal tumis kosong ini juga biasanya sedap dimakan dengan Nasi lemak.Sesetengah dari kita suka buat sambal tumis petai, sambal kerang atau sambal udang atau sotong.Kalau hendak dibuat sambal udang atau sotong, saya tidak akan masukkan ikan bilis tumbuk kerana tujuan kita masukkan ikan bilis tumbuk itu adalah supaya sambal tumis kita akan berasa lemak, dan sedikit manis.
Jadi bila kita nak buat sambal udang atau sotong, tidak perlu masukkan ikan bilis kisar tadi kerana udang dan sotong itu sendiri sudah dapat gantikan rasa lemak.Namun demikian, saya suka masukkan sos tiram jika buat sambal udang atau sotong.
Perahan asam jawa dalam sambal tumis tadi dapat seimbangkan rasa pedas dan manis dan menjadi sebab sambal tumis itu lebih sedap.
Keluarga saya juga biasa makan lempeng atau roti canai dengan cicah sambal tumis kosong ini.Wahh..banyak juga kegunaan sambal tumis kosong ni kan.Saya ni dah namanya orang Johor, makan apa je yang kami tak buat pencicah.Dari makan sup sampai makan pisang goreng, mesti ada sos atau sambal untuk dijadikan pencicah.haha.
Satu lagi, saya juga biasa gunakan lebihan sambal tumis kosong ini sebagai inti kepada pau sambal yang pernah saya cerita dalam entri ini : Pau sambal gebu dan lembut.
Pau sambal dengan inti sambal tumis yang sedap pasti membuka selera
Satu lagi, saya juga biasa gunakan lebihan sambal tumis kosong ini sebagai inti kepada pau sambal yang pernah saya cerita dalam entri ini : Pau sambal gebu dan lembut.
Rasanya cukup setakat ini saya kongsikan petua buat sambal tumis sedap dan tahan lama.Semoga dapat bantu anda yang ingin mencuba resepi baru ni time buat sambal tumis dirumah.:)
14 Comments
sedap betul tengok sambal tumis ni...kecur air liur dibuatnya...dah ada resepi lepas ni boleh cuba buat sendiri...terima kasih admin atas info berguna ni....
ReplyDeletealhamdulillah, memang sedap sebab saya kongsi ni resepi mak mertua saya..:)
DeleteAssalam..tq sis kongsi resepi..nampak menarik. Nak try buat nanti.
ReplyDeletewkmslm tuan, cubalah resepi ini, inshaAllah memuaskan hati:)terima kasih singgah sini..
DeleteUNTUK BRAPA ORG MKN HIDANGAN TU SIS?
ReplyDeletesaya buat sambal ni biasanya untuk disimpan dalam fridge beberapa hari sebab ia tahan lama, kalau ikut sukatan resepi, sambal tumis ni sesuai untuk hidangan 7-8 orang dewasa yang suka pedas tahap sederhana.heheh..
Deletemmg sedapp
ReplyDeleteTerima kasih cikgu... teringat sambal tumis arwah nenek saya... Alhamdulillah
ReplyDeleteTerima kasih cikgu. Resepi jujur… Dah terai, الØمدالله sedap. Resepi sambal belacan ada ke cikgu? 😅
ReplyDeletesama-sama, terima kasih mencuba resepi sambal tumis ini.alhamdulillah..
Deleteجزاك الله خيرا cikgu. Dah jumpa Resepi jujur. Dah terai…الØمدالله sedap…best… nak resepi sambal belacan sedap lom jumpa lagi..😅
ReplyDeletesama-sama puan:) bila ada kelapangan masa nanti, saya akan kongsikan cara saya buat sambal belacan ya..InshaAllah.
DeleteWow memang sedap.terima kasih perkongsiannya
ReplyDeleteTkasih byk2 share. mmg nk tunggu resepi sambal belacan hihi
ReplyDeletewww.asmahabubakar.com
Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!