Selamat Hari Lahir Cik!

Dengan Bismillah,
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Hari lahir ketika usia kita belasan tahun tak akan sama dengan hari di mana kita menyambutnya ketika usia dah menjadi mak-mak!alahai.Pagi-pagi lagi saya memang tak sempat feel nak rasa "birthday girl" sebab anak lelaki dah meragam nak pi sekolah.Sambil memujuknya, saya tabahkan dan sabarkan hati dengan berzikir.

Encik Google pun sibuk nak bagi wish sama..alahai..
Saya memang tak akan menangis seperti dua puluh tahun lalu ketika tahun pertama di universiti, di mana tiada seorang pun yang tahu apatah lagi ingat hari jadi saya.Sungguh saya menangis di telefon sambil mengadu kepada ibu nun jauh di selatan.Tak senonoh betul masa tu.Mungkin ketika itu, pertama kali hari ulangtahun kelahiran saya tidak diraikan oleh teman-teman.

Kini, bila ada rakan-rakan yang mengingati hari lahir saya, mungkin sesetengahnya dengan bantuan Encik Faceook, saya tetap sahaja bersyukur tapi sah-sah tidak akan menangis kalau mereka tidak mengingati atau mengucapkannya kepada saya.hehe.

Teringat pula akan beberapa perkongsian di whatapps, saat kita lahir ke dunia, kita tidak mengenal pun siapa yang bersihkan tubuh kita, malah siapa yang menyambut kelahiran kita, pun kita tidak tahu.Begitu jugalah nanti saat kematian kita.Kita juga tidak tahu siapa yang akan memandikan, mengkafankan dan mengebumikan jenazah kita..Sayunya baca perkongsian ini.


Zaman persekolahan saya, alam rendah dan menengah, saya banyak dikelilingi sahabat-sahabat baik.Sebenarnya bukanlah kerana baiknya saya, maka ramainya sahabat saya.Dengan merekalah saya belajar untuk memperbaiki diri dan berusaha menjadi sahabat baik.Pernah dengar tentang ciri-ciri sahabat yang baik?


Masa usia belum sebenar matang, saya fikir itulah ciri-ciri sahabat baik yang saya kena cari dan pilih, namun bila usia semakin dewasa, rupanya semua ciri-ciri itu harus lebih dahulu ada pada kita.Ya, barulah saya tahu, kita kena terlebih dahulu menjadi sahabat barulah beroleh sahabat.


Kini, dalam senyap saya akui, teman-teman kita waktu dahulu dan sekarang, adalah insan terbaik yang Allah sudah pilih untuk kita.Allah sudah tetapkan mereka untuk berada bersama kita.Menjadi teman dan membantu kita waktu kita perlukan.

Sungguh, meski ada teman yang mungkin kita rasa dia banyak sakiti hati kita, percayalah, dia tetap yang terbaik buat kita.Kerana dengan adanya dia, Allah mahu kita belajar supaya berbuat lebih baik kepada orang lain-Begitulah aturan hidup yang Tuhan tentukan.Dalam pada kita rasa DIA tidak memberi apa yang kita ingini, Sudah terlalu banyak yang kita nikmati tanpa kita sedar!


Saya tidaklah mahu mengumumkan inilah hari lahir ulangtahun kelahiran saya, tetapi begitu banyak ingatan, ucapan dan doa yang saya terima, sehingga catatan ini ditulia masih ada yang mahu mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada saya sehingga saya memohon semoga Allah kabulkan doa mereka untuk saya selagi mana ia baik untuk dunia dan akhirat saya.Semoga mereka semua juga mendapat seperti mana yang mereka doakan untuk saya-


Akhir kalam, buat semua sahabat saya-sahabat terbaik dalam hidup saya, dengan kalian bersama atau tidak bersama saya, saya mohon semoga silaturrahim ini menjadi sebab kita dijauhkan dari azab kubur dan api neraka.Semoga dengan ukhuwwah ini, Allah pilih kita untuk berada dalam SyurgaNya.Itulah pengharapan dan doa saya untuk kita semua-

Kerana itulah matlamat dan tujuan kita dalam hubungan persahabatan ini-Mencapai redha dan rahmatNya.Terima kasih kepada semua, yang rapat dengan saya atau tidak, yang mengenali secara dekat atau tidak, yang bersama saya atau tidak,yang menyukai saya atau tidak-saya terima kalian seadanya dan sangat-sangat bersyukur kerana dipertemukan dengan insan sebaik kalian.

Maafkan saya kerana terlalu banyak kurangnya saya dalam persahabatan kita.Namun dengan adanya kalian, kurangnya saya itu menjadi lengkap kerana kelebihan yang dikongsikan kalian.Allah jua sebaik-baik tempat bergantung dan berlindung-wasalam-

Post a Comment

0 Comments