SteaQ Hub Belanja Lamb Shoulder Dan Grill Chicken Steak Yang Lazat


Dengan Bismillah,
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Mesti korang ada terfikir, Blog Cik Matahariku ni asyik cerita pasal makan manjang.haha.Dah tu je aktiviti menarik yang saya rasa best.Karang kalau saya story pasal retis, gossip je pulak kan.muehe.Cakap pasal makan jadi lebih menarik kalau kita dapat makan free atau senang cakap ada orang belanja kita makan kan.hehe.

Kali ini, nak tak nak saya memang kena share story bab makan lagi.Part yang paling best bila dapat makan free ni bila kita dapat makan benda yang memang kita teringin.Beberapa hari lepas, saya ada story pasal Steak Sedap dan Lazat di SteaQ Hub-Udah ke baca story tu?

Lanjutan daripada story tu, saya juga sebenarnya dapat dua produk percuma sebagai "Produk Test".Kalau ikut nafsu, kalau boleh tu, saya nak rasa semua produk yang SteaQ Hub tu keluarkan, tapi tu lah, orang bisnes kan.Lainlah kalau ko punya bisnes sendiri kan.Nak makan satu hari 20 kali steak pun takde sapa kisah.hoho.

Ok, apapun bersyukur sangat dan saya doa semoga murahlah rezeki bisnes Pn.Rose yang belanja saya sekeluarga Lamb Shoulder Steak dan jugak Grill Chicken Steak tempohari-Terbaiklah bos:)

Jom layan gambar dulu:)

Saja bagi close up Lamb Shoulder Steak dari SteaQ Hub.Eh, ni bukan makan kat restoran tau, I sediakan sendiri kat kitchen tau. Tinggal masak kat Frying Pan je.Mudah kan?hehe.
Inilah ghupa Kotak Kit Stik Lengkap untuk Lamb Shoulder Steak.Dalam kotak ni dia dah sediakan potato fries, sausage yang gebu, sos black pepper resepi dari SteaQ Hub sendiri- Sayur kobis purple tu, saya tambah sendiri-Dah tu je sayur yang tinggal dalam fridge I.Karang kalau letak  sayur sawi, tak nampaklah westernnya..hihi.
Okeh, yang ni pulak Grill Chicken Steak.Dalam dia sama jugak, cuma yang bezanya Chicken dialah.Dah namanya pun Grill chicken kan.Nampak tak sos black pepper dia yang melimpah ruah tu.Sos dia memang sedap dan terbaik beb!Puas hatilah dapat makan steak sejuk beku macam ni-
Ni kira, memang tangkap gambar untuk display semata jelah ni. Encik  Husband yang terbongkok-bongkok tolong capture pic ni.Ingatkan nampak pro hasilnya..huhu..tapi bolehlah setakat nak bagi korang telan liuq..muehee.
Kalau korang dah mula terbukak selera tengok steak bagai nih, jangan lupa cari kat bahagian Frozen Food kat Giant atau Tesco ya! Kalau malas nak keluar rumah, boleh je call Delivery Tesco Online dan buatlah tempahan.Tapi Delivery Tesco ni cuma valid dekat bandar besar je tau macam kat sekitar Kolumpo, JB, Penang dan Selangor.
Jangan terpedaya dengan sudu dan garfu siap bertisu bagai.Padahal kalau tak ambik pic, ko ambik jelah tisu dengan garfu dalam laci kabinet tu.haha. Ok beb. memang puas hati sangat saya anak beranak makan steak orang belanja ni.Ingat nak pi cari lagi sebab anak-anak pun suka..
Gambar time makan memang tak payah tunjuklah ya! sebab memasing sibuk nak rasa dan melantak steak ni.Takdak sapa nak tangkap gambar.haha.

Saya ada kongsikan review Steak sedap dan lazat dari SteaQ Hub ni dalam entri ni : Steak lazat dan mudah disediakan di rumah oleh SteaQ Hub-Boleh klik pautan ini dan dapatkan lebih info tentang steak yang sedap ni ya!

Kalau nak tahu lebih details pasal steak dari SteaQ Hub ni, korang boleh je tengok-tengok Facebook, website atau instagram depa ni.Klik jelah mana-mana yang korang suka:)


Sampai sini dulu, Maaf kalau terlebih story pasal makan-makan ni.Just share about good taste of food:)-Terima kasih sudi baca ya!

Post a Comment

0 Comments