365 Hari Berlalu Sudah : Tahun 2015 Dalam Kenangan

Dengan Bismillah,
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
365 hari dari tahun 2015 berlalu sudah.Rasa cepat pula masa berlalu.Sepertinya baru semalam saya cerita Cara Sebenar Tulis Azam Tahun Baru-Hari ini kita sudah pun mengakhiri tempoh 365 hari itu.Hakikatnya, lambat atau cepat masa berlalu, ia sudah pun pergi dari kita.Itulah yang dikata, apakah bendanya, yang dekat dengan kita, tapi kita tidak dapat memilikinya kembali.Itulah masa yang sudah berlalu.Meski hanya seminit dan satu jam yang lalu, kita tidak akan dapat memiliki masa itu kembali!

Hasil carian imej untuk tahun 2015

AllahuAkbar!Saya melihat 365 yang sudah pergi itu adalah hari-hari yang banyak mengembirakan saya secara peribadinya.Banyak juga kejayaan yang saya dan Encik Suami capai dalam memastikan keluarga yang kami bina terus sejahtera dan cemerlang.AlHamdulillah:)

Saya dan Encik Suami sebenarnya banyak berkongsi hasrat yang sama.Khususnya dalam melestarikan rumahtangga yang kami bina serta putera puteri kami terdidik dan mendapat yang terbaik dalam hidup mereka.
Hasil carian imej untuk tahun 2015
365 Hari Yang Penuh Kenangan
Sejak saya terdedah dengan sebuah ebook ( yang kini sudah ditutup jualannya) mengenai seni menulis impian hidup sehingga menjadi kenyataan, saya mulai menulis impian saya secara serius.Sungguh!sehingga saya menyediakan sebuah buku kecil khusus untuk saya menulis impian saya sepanjang tahun 2015 yang lalu.

Teringat saya kembali, sekitar usia penghujung belasan tahun tatkala saya akan menghadapi STPM.Optimisnya saya tatkala itu, ketika menulis sebiji-sebiji perkataan ini di atas jadual peperiksaan saya, yang saya tampal dalam bilik tidur :UKM-MEI,1997-

Fanatiknya saya akan universiti itu tentunya ada sebab tersendiri, yang tak mungkin saya kongsikan di sini, tapi itulah motivasi dan dorongan bagi saya untuk menjejakkan kaki ke universiti.Setiap hari, itulah yang akan saya pandang dahulu sebelum ke sekolah.Entahlah, tapi ianya hanya menjadi cerita yang saya ulang-ulang sekarang ini kerana selepas itu, pada bulan dan tahun yang saya inginkan, saya benar-benar menjejakkan kaki ke universiti tersebut!

Ah, betapa hebatnya kuasa doa dan juga dengan keizinan Ilahi, maka doa saya dikabulkan seperti yang saya inginkan.Hanya apabila membaca ebook seni menulis impian itu, tahulah saya, yang saya sudah pun melakukannya 20 tahun lalu.


Hasil carian imej untuk gambar tahun 2015
Menulis Impian Dengan Sepenuh Hati
Saya kongsikan pengalaman ini, kerana saya telah meraih hampir semua impian saya sepanjang tahun 2015 dengan hanya menulisnya dalam sebuah buku kecil.Kebanyakan impian saya itu, saya tulis dengan detail sehingga "malu" untuk saya kongsikan di sini.

Nah, sekarang saya ingin anda pula lakukan apa yang telah saya lakukan selama ini.Sangat mudah.Hanya tulislah impian anda dengan sepenuh hati.Bayangkan, betapa peribadi impian yang saya tulis sehingga saya menyebut nama, jumlah dan jenis sesuatu perkara yang saya inginkan.

Hasil carian imej untuk iphone 6s gold

Berikut adalah antara impian hidup saya yang sudah pun terlaksana.Pendek kata, dah boleh tick:)
  • Membeli sebuah rumah double storey ( rumah kedua kami) yang terletak berhampiran kampung halaman kami.
  • Memiliki telefon bimbit baru (Iphone 6s)seperti yang diimpikan-
  • Membayar deposit rumah baru tanpa menggunakan wang simpanan kami,
  • Menghadiahkan ibu saya mini Al Quran supaya mudah dibawa ke mana-mana.
  • Memiliki handbeg dan kasut kerja dengan jenama yang saya sukai.
  • Mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) sebelum 5 tahun perkhidmatan.
  • Pencapaian Blog sehingga mencapai Juta Pageviews ( terkini 4 Juta PV)
  • Mendapat komisen dari Program Affiliate sebanyak RM 150 sebulan secara konsisten.
  • Mencapai Pageviews Blog 10k sehari.
  • Berjaya menghasilkan entri-entri resepi dan mendapat ranking first page dalam Google Search.
  • Pencapaian Cemerlang anak-anak dalam Peperiksaan& Persekolahan ( Anak pertama dan kedua mendapat tempat pertama, anak ketiga mendapat tempat kedua, anak keempat mendapat tempat kelapan).
Banyak lagi sebenarnya yang saya capai termasuklah impian-impian kecil saya yang lain.Saya berkongsi begini supaya anda-readers blog saya juga harus berani mencipta impian dan memilikinya!

Untuk 2016 yang bertandang, selamat datang!semoga tahun baru ini lebih banyak impian akan kesampaian:)

Post a Comment

0 Comments