Dapat Komisen Ketiga Dari Affiliate Klikjer.com

Dengan Bismillah,
As Salam dan Salam Sejahtera,
Sejak bertukar ke template responsif yang terbaharu ni, Allah gandakan rezeki saya menjadi lebih mudah dalam Affiliate Klikjer.Syukurlah.Sungguh benarlah bahawa rezeki itu Allah dah sediakan untuk semua hamba-hambaNya.Tinggal kita rajin dan usaha sahaja untuk menjemputnya.Alhamdulillah.


Semoga rezeki anda yang membaca post ini akan bertambah hebat dan terima kasih jika berkongsi mana-mana artikel saya yang dapat beri manfaat kepada orang lain.Ini sahajalah yang saya tinggal sebagai amal jariah saya jika saya sudah tiada di alam ini lagi.

Baru-baru ini saya ada menziarah seorang teman sekerja yang kehilangan ayah tercintanya.Sungguh sesiapapun akan mengalirkan air matanya demi ayah yang dikasihi.Kenangan bersama arwah saya sendiri ada saya kongsikan dalam post lama ini : Lelaki Pertama Dalam Hidup Saya.

Kenangan dan Manfaat Setelah Kita Pergi
Tatkala saya datang menziarah ke rumah teman sekerja tadi, mata saya menangkap pelbagai hasil seni lukisan karya arwah bapanya.Ya, saya pernah mendengar dia bercerita tentang ayahnya yang berbakat melukis pelbagai karya lukisan dan antara yang saya lihat pada hari itu ialah tulisan kaligrafi atau khat dengan kalimah Laailahailallah, Bismillahirahmannirrahim dan banyak lagi.

Saya terkenang diri sendiri.Andai sudah tiba giliran saya pula meninggalkan alam fana ini, apakah kenangan atau manfaat yang akan saya tinggalkan untuk anak-anak saya?Maka, saya memikirkan, blog inilah peninggalan saya untuk semua dan sesiapa sahaja termsuk anak-anak saya dan keluarga saya.

Saya hanya berbakat menulis.Itulah yang saya nampak sedikit kelebihan yang Allah beri kepada saya.Kalau adapun yang lain, Allah izinkan dengan sikap suka mencuba perkara baru dalam hidup saya.Termasuklah menyertai Program Affiliate yang merupakan salah satu cabang perniagaan secara online.

Terima Komisen Kali Ketiga Daripada Affiliate Klikjer.com

Komisen kali k-3 yang dah meningkat jumlahnya kepada tiga angka:)

Entri ini saya post sempena kali ketiga saya mendapat komisen dari Klikjer.com.Meski baru ketiga kali, tapi jumlahnya sudah meningkat ketiga angka, maka semestinya saya gembira dengan perkembangan ini:).Boleh baca sini bila kali pertama saya dapat komisen Affiliate Klikjer.com:Kali Pertama Dapat Komisen Sebagai Affiliate Klikjer.com-

Sebenarnya anda juga boleh lakukan hal yang sama.Jika anda tidak tahu bagaimana harus bermula, anda boleh dapatkan maklumat dalam blog ini atau blogger lain yang berkongsi panduan atau tips memulakan program Affiliate dalam blog anda sendiri.

Jika anda mahu fokus dan mendapat input yang lebih "power", anda boleh juga dapatkan pelbagai ebook yang sedang hangat dan laris dalam pasaran sekarang :

Manalah tahu, dengan semangat untuk memajukan diri dan mengukuhkan kewangan keluarga, Allah lorongkan kita kepada pintu-pintu rezeki yang lebih luas dan hebat.Jika saya sendiri tidak mencuba program Affiliate atau perniagaan online ini, saya pun tak tahu yang rezeki saya ada dalam bidang ini.Anda pun harus belajar untuk memulai perubahan dalam hidup.

Perubahan itu jika disertai dengan niat dan hasrat yang baik dan betul caranya, ia sebenarnya akan bawa kita lebih dekat kepadaNya-InsyaAllah:).

Terima kasih dan sampai jumpa lagi..

Post a Comment

0 Comments