Dengan Bismillah,
As Salam dan Salam Sejahtera,
Cuti Raya Haji tahun ni, dapat pakej cuti sekolah sekali.Lama jugak cuti tu kan.Asalnya kami nak guna voucher percutian percuma yang kami dapat time daftar sebagai Ahli SGI Vacation Club yang kami ambil dalam post yang saya kongsikan ni : Sambut Merdeka di Swiss Garden Residencess-
Tapi kerana agak lewat membuat tempahan iaitu lebih kurang dalam satu minggu, tempahan kami tidak dapat dipenuhi.Takpelah.Asalkan dapat jumpa family kat kampung terutamanya orang tua, lepas tu Abang Haji saya ajak kami pi jalan-jalan ke Johor Bahru.Yeahh.
Nostalgik juga sebenarnya area Bandar Johor Bahru kepada kami.Kali ini saja nak bawak anak-anak kenal-kenal dan tengok-tengok negeri kelahiran mak pak dia orang ni.Karang orang tanya, pasal negeri Johor, dapatlah dia orang bagi jawapan bernas sikit kan.haha.
Jangan pulak kata, tak tahulah Johor tu kat mana.Pheww.Memang pantang orang Johor kalau anak beranak atau cucu cicit tak kenal asal usul ni.kihkih.Bajet assobiyyah pulak den ni ha.
Hutan Bandar Johor Bahru Destinasi Rehlah Famili
Selamat Datang ke Hutan Bandar Johor Bahru ya kawan-kawan..hehe..
Hutan Bandar ni macam Taman Rekreasi jugak..cuma bezanya tempat ni sangatlah luas dan ada macam-macam kemudahan.
Apa-apahal kalau baru pertama kali datang sini, lebih afdhal kalau kita tengok-tengok pelan yang ada dalam Hutan Bandar ni.Takdelah sesat ke hapa kan..
Orait, yang ni Abang Haji ( model jersi pasukan bola JDT..hihi) dengan hero dua ketul.
Sibuk budak dua ketul tu soal jawab bapak depa pasal ikan dalam kolam tu.
Kalau tahu ikan dia besor-besor macam ni, saya bawak penyauk hok besar tu,
boleh buat bbq free beb..haha..
panorama dalam hutan bandar yang mencuri pandangan
Ada juga playground untuk anak-anak kita bermain gelongsor..yeahh..
ni bukan gambar 3D ke apa eh, budak kemetot tu memang kecik besor-kecik besor dok atas kepala biawak tu..kihkih..
Masa ni semua tengah dok tunjuk sekor biawak yang tengah landing kat tepi kolam depan
depa berdiri..
Yeahh..rombongan Abang Haji jalan-jalan kat Hutan Bandar..hehe..
siap ada signboard tapak kaki lagi..ko tengoklah kalau tak habis belajar
time kat sekolah dulu..
Rombongan tawaf hutan bandar relax sat..ambik angin..
padahal si bapak tu dah tak larat nak jalan..kihkih..budak-budak tu happy je..
Rumah Tradisional Johor..kami tak masuk pun..
macam seram je..padahal masa tu tengahari buta..hihi..
barulah Mak Haji dapat selit gambar..huhu..
Johor Wifi..ko tak jumpa tempat lain hok wifi macam ni..
kat Johor je available..hoho..
Orait, sebenarnya sebelum jalan-jalan ni, kami dah pi melantak mi rebus tulang, soto, lontong kering dan nasi ayam special made in Johor..:) Tu yang pakat jalan-jalan dan tawaf satu Hutan Bandar tu. Seperti biasa, makanan di Johor memang tidak pernah mengecewakan..bajet assobiyyah tul ..muehee..
Rupa mi rebus tulang di Johor, mi rebus yang sebenar kuahnya mestilah pekat ya, kalau cair tu bukan mi rebus Johor..( gambar pinjam ni, sebab tak sempat tangkap pic ).
lontong kering maksudnya ko makan lontong tanpa kuah dan yang paling best mesti ada
serunding kelapa, rendang daging, sambal tumis..phewww..
ni pulak soto nasi himpit, lebih mantap bila kita makan soto kat Johor ni mesti ada
bergedil kentang, telur rebus, kacang tanah, soohoon goreng, dan kuah sambal kicap
yang marvelous..
Orait, harap selepas ini banyak lagi tempat-tempat best kami dapat pergi.InshaAllah.Terima kasih singgah blog kecik ni..huhu..sampai jumpa lagi..
1 Comments
Thanks on your marvelous posting! I truly enjoyed reading it, you will
ReplyDeletebe a great author.I will always bookmark your blog and will often come
back later in life. I want to encourage you to continue
your great posts, have a nice weekend!
Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!